Realiti Atau Gimik Digital? Voyah Passion S Buktikan Kemampuan Aksi Ekstrem 360 Darjah

Percaya atau tidak, Voyah Passion S, sebuah SUV elektrik sepenuhnya mampu melakukan aksi ekstrem dengan membuat pusingan sehingga 360 darjah, lapor berita automotif, CarNewsChina.
Untuk makluman anda, VOYAH merupakan jenama kenderaan premium di bawah Dongfeng.
Terdahulu, Voyah mengumumkan bahawa Passion S telah berjaya menyempurnakan cabaran ekstrem itu yang dikenali sebagai “360° Tunnel Big Loop”.


Walaupun Voyah menegaskan rakaman tersebut adalah rakaman sebenar tanpa sebarang suntingan, klip itu mencetuskan reaksi negatif yang mana kebanyakan pengguna laman sosial meragui aksi esktrem kenderaan itu.
Ini kerana ada satu klip juga turut tular di media sosial yang menunjukkan model prototaip Passion S itu gagal melakukan aksi ekstrem itu.
Cubaan untuk mempertaruhkan beberapa kenderaan prototaip menunjukkan ia merupakan percubaan fizikal dan bukannya suntingan semata-mata.
Apa yang membuatkan orang ramai teruja adalah melihat model yang diuji itu terus memusing ke dalam sebuah terowong dan sebaik ia terjatuh ke bawah, ia cuma mengeluarkan percikan api kecil dan tidak terbakar.
Maka, ramai yang teruja dengan ketahanan bateri suv elektrik itu menyebabkan VOYAH dilaporkan menerima lebih 10,000 tempahan dalam tempoh sejam selepas tempahan awal dibuka.
Difahamkan, untuk melakukan aksi tersebut, Passion S perlu memecut 130 km/j sebelum membuat aksi melengkung. Pemandu juga perlu memasuki laluan berkenaan dengan sudut stereng sekitar 16 darjah.
manakala ketiadaan kebakaran besar semasa kemalangan itu berlaku meningkatkan lagi keyakinan terhadap tahap keselamatan bateri kenderaan elektrik (EV) moden.

Bagi menangani keraguan ini, Voyah telah mengeluarkan video aksi tersebut dalam satu rakaman tanpa henti (one-take) semasa majlis pelancaran rasmi baru-baru ini.
Untuk makluman, kenderaan yang dijual di China ini hadir dengan tiga varian dengan harga bermula daripada 229,900 yuan (AS$33,800 USD) dan 279,900 yuan (AS$41,200). Bulan lalu, ia telah dibuka untuk pra-jualan dengan model varian tertinggi ditawarkan pada harga 309,900 yuan (AS$45,600).

Reka Bentuk Passion S menampilkan bahagian hadapan bergaya “Kunpeng Wing”, lampu utama gelung bintang terapung dengan logo jenama yang bercahaya, serta pekali seretan 0.24. Kereta ini dilengkapi dengan gril ambilan udara aktif, 10 set saluran angin jenis tembus (through-type), dan 19 corong udara sebenar. Kenderaan ini ditawarkan dalam tujuh pilihan warna, termasuk Leap-Day Red dan Twilight Purple.
Rantaian Kuasa & Pengecasan Pantas
| Spesifikasi | Varian RWD | Varian AWD |
| Konfigurasi Motor | Motor Tunggal Belakang | Dwi-Motor (Hadapan 175 kW + Belakang 300 kW) |
| Kuasa Puncak | 300 kW (402 hp) | 475 kW (637 hp) |
| Kapasiti Bateri | 81 kWh / 98 kWh | 81 kWh / 98 kWh |
| Jarak Pemanduan (CLTC) | 630 km – 740 km | 630 km – 740 km |
Menjengah luarannya, SUV ini mempunyai siluet fastback dengan rim 21 inci dan angkup brek berprestasi tinggi. Ia turut menyertakan cangkuk beban berganda pada pintu belakang (menyokong sehingga 3kg setiap satu) yang direka untuk menggantung skrin projektor semasa berkhemah. Dimensi kenderaan ini ialah 5050 x 1998 x 1656mm dengan jarak roda 3000mm.
Ruang Dalaman Di bahagian dalam, Passion S menampilkan kokpit balutan mesra pengguna dengan ketersediaan tiga skrin: skrin kawalan pusat terapung 2.5K 15.6 inci berganda, AR-HUD HD 29 inci, dan kluster instrumen 2K 8.8 inci. Ia dikuasakan oleh sistem kokpit Harmony Space 5.2 yang menyokong interaksi suara model besar MoLA.


Ciri-ciri premium tambahan termasuk sistem audio 2160W dengan 27 pembesar suara serta peti sejuk pintar 6.6L yang mampu menyediakan julat suhu dari -6°C hingga 50°C.


Keupayaan Pintar Passion S dilengkapi LiDAR 896-saluran dwi-laluan generasi baharu dan lima radar gelombang milimeter 4D. Perkakasan ini menyokong sistem Huawei Qiankun ADS 5.0 yang membolehkan fungsi City NCA, Highway NCA, serta "Parking-to-Parking" P2P 3.0.


Kuasa dan Pengecasan Passion S menawarkan dua konfigurasi rantaian kuasa:
RWD: Motor tunggal belakang dengan kuasa puncak 300 kW (402 hp).
AWD: Motor dwi (hadapan 175 kW/235 hp, belakang 300 kW/402 hp) dengan gabungan kuasa puncak 475 kW (637 hp).
Dilengkapi dengan pengecasan pantas 800V 5C serta pilihan bateri 81 kWh atau 98 kWh, jarak pemanduan piawaian CLTC adalah antara 630 km hingga 740 km.


Pengecasan selama 10 minit mampu meningkatkan kapasiti bateri daripada 20% ke 80%, menambah jarak perjalanan sehingga 474 km. Kerangka chasis menggunakan suspensi hadapan double-wishbone dan suspensi belakang five-link, manakala model spesifikasi tinggi menerima kelebihan suspensi udara dan redaman elektromagnetik CDC.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRL2041
SELANGOR
BSS7396
JOHOR
JC4370J
PULAU PINANG
PSE7015
PERAK
APK6673
PAHANG
CFH4535
KEDAH
KGH5507
NEGERI SEMBILAN
NEL4387
KOTA KINABALU
SJT5412
KUCHING
QAB4045P
Terakhir Kemas Kini 17 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Realiti Atau Gimik Digital? Voyah Passion S Buktikan Kemampuan Aksi Ekstrem 360 Darjah
Voyah Passion S boleh pusing semacam.
17-08-2026
Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS
Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.
17-08-2026
Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun
Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.
12-08-2026
Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia
Apabila Kapal Pengangkut Tak Cukup: Inilah Cara Bijak Pengeluar China Eksport Kereta.
11-08-2026
Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun
Chevrolet Ucap Selamat Tinggal Kepada Pasaran China Sebaliknya Tumpu Kepada Pasaran Eksport.
11-08-2026
Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan
Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.
10-08-2026
Pemilik Berang Tengok Iklan Spider-Man Muncul Dalam Skrin Infotainmen
Pemilik BMW berang tengok iklan Spider-Man pada infotainmen setiap kali enjin dihidupkan.
06-08-2026
Harga Boleh Beli Rumah! Perodua Traz & Alza Mula Dijual Pada Harga RM242k
Perodua Traz, Alza Serba Baharu Rasmi Dilancar Di Sri Lanka.
27-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat