Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

BMW Malaysia Salur Sumbangan RM20,000 Untuk Subsidi Kerusi Kanak-Kanak

Suhana Veru

Kongsi melalui

Kumpulan Perkhidmatan Kewangan BMW Malaysia menyalurkan sumbangan lebih RM20,000 kepada program subsidi BMW Safety 360° melalui kontrak pelanggan yang dibiayai menerusi platform kewangan secara atas talian, BMW Engage.

Pada tahun lalu, BMW Malaysia telah berjanji untuk memberi komitmen bagi pihak pelanggannya untuk menyumbangkan RM100 kepada program subsidi berkenaan bagi setiap kontrak yang diluluskan di platform pembiayaan yang pertama itu. 


Pengarah Urusan BMW Group Financial Services Malaysia, Tobias Eismann berkata, pihaknya berbesar hati untuk mengumumkan bahawa mereka mampu mensubsidikan lebih 300 kerusi yang dikumpulkan dari platform itu sejak tiga bulan lalu untuk disalurkan kepada keluarga yang memerlukannya.

“Walaupun ketika ini perjalanan dihadkan, kami mahu terus menggiatkan penggunaan kerusi kanak-kanak untuk memastikan keselamatan kanak-kanak di atas jalan raya kerana ia dilihat penting apabila  pelaksanaan perjalanan dibenarkan semula,” katanya. 

Program BMW Safety 360°  buat pertama kali yang diperkenalkan pada Disember 2019, telah merekodkan lebih daripada 25,000 permohonan golongan ibu badapa daripada B40 sekali gus menunjukkan kepentingaan penggunaan kerusi kanak-kanak di Malaysia. 


Malah, program ini dikatakan turut mendapat sokongan daripada Shopee yang mengambil bahagian  sebagai rakan penaung  E-Dagang Eksklusif  termasuk KU.KU, Duckbill, Otomo Mideer, Ankou dan Kakimotor.

Sementara itu, Ketua Komunikasi Korporat BMW, Sashi Ambi berkata, biarpun penguatkuasaan penggunaan kerusi kanak-kanak ditangguhkan buat sementara waktu namun pihaknya mahu terus berusaha untuk menggalakkan penggunaan kerusi itu melalui program berkenaan.

“Kami percaya ia  bukan sahaja tanggungjawab rakan kongsi kami malah ia melibatkan  golongan ibu bapa dan seluruh rakyat yang mahu memastikan tahap keselamatan di jalan raya,” katanya.

Setiap kerusi kanak-kanak itu ditawarkan dengan subsidi bernilai RM50, manakala RM30 sebagai caj penghantaran termasuk diskaun harga yang ditawarkan oleh Safe ‘n Sound eksklusif bagi penerima program subsidi ini.

Sehubungan itu,  setiap penerima program ini akan menerima baucar Shopee bernilai RM113 yang boleh digunakan untuk pembelian melalui laman mikro https://shopee.com.my/m/bmw-child-safety-seat-subsidy-programme.


.


Tag:

BMW Group Malaysia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.

21-07-2026
Berita Auto

Siapa Kata EV Tak Laku? BMW Buktikan Sebaliknya

BMW Group Malaysia sekali lagi membuktikan dominasi mereka sebagai pengeluar kenderaan premium nombor satu di tanah air bagi tahun kelima berturut-turut.

16-01-2026
EV

BMW & UM 'Terangi' Kawasan Pedalaman Guna Bateri EV Terpakai

BMW Group Malaysia mengukuhkan komitmen kelestarian mereka menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Universiti Malaya (UM).

16-01-2026
Kereta Baru

Harga BMW 218 Gran Coupe Sport 2025 Diumumkan – CKD, Dari RM218,800

BMW Group Malaysia telah mengumumkan harga runcit rasmi bagi model baharu BMW 218 Gran Coupe Sport 2025 yang kini dipasang secara tempatan (CKD).

04-07-2025
Kereta Baru

Harga BMW X3 20 xDrive M Sport 2025 Diumum, Cuma Berharga RM320,800

BMW Group Malaysia akhirnya mengumumkan harga runcit bagi model serba baharu BMW X3 20 xDrive M Sport 2025, sebentar tadi.

25-06-2025
Kereta Baru

BMW M340i xDrive M Sport Pro 2025 Kini Di Malaysia – Dari RM388,800

BMW Group Malaysia terus mengukuhkan barisan model 2025 untuk model 3 Series generasi ketiga (G20) dengan pelancaran rasmi BMW M340i xDrive M Sport Pro versi CKD.

20-06-2025
Kereta Baru

BMW M2 2025 Dilancarkan Di Malaysia – Kekal Ikonik, Dari RM650,800

Selain pelancaran BMW M5 2025 di MY BMW World 2025, BMW turut memperkenalkan versi terkini model M lain iaitu BMW M2 2025.

13-06-2025
Berita Auto

Ini Yang Menarik Di MY BMW World 2025 – Mula Esok, 13 Hingga 15 Jun

Setelah sedekad berlalu sejak pertama kali dianjurkan, MY BMW World kini kembali menghangatkan dunia automotif tempatan bagi tahun 2025.

12-06-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Susulan Tragedi Pokok Tumbang: DBKL Pergiat Kerja Mitigasi di 6 Lokasi Utama

Isu Pokok Tumbang di KL: Ini 6 Lokasi Fokus Kerja Mitigasi DBKL Minggu Ini.

21-07-2026
Berita Auto

Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.

21-07-2026
Berita Auto

Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru

21-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026