Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Rembat Kereta Pandu Uji

Suhana Veru

Kongsi melalui

Taktik  licik seorang lelaki yang kononnya mahu memandu uji kereta Axia ‘menjadi’ apabila dia berjaya melarikan kenderaan itu dari sebuah pusat jualan kereta terpakai di Ipoh.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata, suspek datang ke premis yang terletak di Jalan Kampar, kononnya untuk melihat kereta Myvi.

Bagaimanapun, tiada model Myvi di pusat jualan itu, jadi salah seorang jurujual wanita berusia 25 tahun mengesyorkannya untuk melihat perodua Axia.

“Jurujual berkenaan dikatakan sempat membuat kiraan berhubung bayaran ansuran namun malangnya, dia tidak merekodkan sebarang butiran suspek sebelum membenarkannya memandu uji kenderaan tersebut.

“Wanita itu duduk di bahagian penumpang belakang ketika menemani suspek  untuk memandu uji.  Tidak lama kemudian, dia meminta suspek supaya pulang ke pusat jualan semula. Mujur, suspek bersetuju untuk berbuat demikian,” katanya.


Mengulas lanjut mengenai kejadian itu, suspek kemudian berjaya melarikan diri sebaik menurunkan wanita itu berhampiran premis jualan kereta.

Malangnya, mangsa tidak dapat mengenal pasti wajah suspek kerana lelaki itu datang dengan memakai pelitup muka. 

Kereta Perodua Axia 1000 G (Auto) yang dilarikan itu bernilai RM24,000 dan kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.


Tag:

Perodua Malaysia
Perodua Axia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Berita Auto
Berita Auto

07-07-2023
Video

Perodua Axia 2023 Serba Baru | Lebih Besar & Selamat, Bakal Mencabar Myvi

Perodua Axia 2023 Serba Baru | Lebih Besar & Selamat, Bakal Mencabar Myvi

14-03-2023
Berita Auto
Berita Auto

02-12-2022
Berita Auto

Berita Terkini

Berita Auto

Selain GWM Tank 300 HEV, 5 Lagi SUV Bakal Menyusul

Great Wall Motor (GWM) Malaysia bakal menggegarkan pasaran automotif tempatan pada tahun ini.

01-04-2026
Berita Auto

Terbeliak Mata Tengok Harga Diesel - Naik 50 Sen

Satu kejutan besar buat pengguna kenderaan diesel di Semenanjung Malaysia apabila harga runcit bahan api tersebut dilaporkan melonjak sebanyak 50 sen.

01-04-2026
Berita Auto
Berita Auto

Industri Automotif Malaysia: Perodua Puji MITI

Perodua, menyatakan sokongan padu terhadap penjelasan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengenai hala tuju Dasar Automotif Negara (NAP).

01-04-2026
Berita Auto

BUDI95 200 Liter Sebulan: Ramai 'Sapu' Baki Subsidi Semalam

Beberapa stesen minyak di sekitar Lembah Klang dilaporkan mengalami kesesakan luar biasa semalam.

01-04-2026
Berita Auto

Isu BYD: MITI Perjelas Perkara Sebenar

Jangan keliru, ini penjelasan MITI.

31-03-2026
Berita Auto

Angkara Pemandu Mabuk, Ini Nasib Mangsa Rempuhan

Duit boleh beli Range Rover, tapi tak boleh beli nyawa orang lain!

31-03-2026
Berita Auto

Pemandu Mabuk Di Jasin, Polis Sedang Siasat

Polis Daerah Jasin kini sedang giat mengesan seorang pemandu van yang terlibat dalam kemalangan di Simpang Kerayong, Melaka.

31-03-2026