Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Mercedes-Benz lancar strategi baharu

Suhana Veru

Kongsi melalui

Mercedes-Benz Malaysia memulakan tahun 2021 dengan melancarkan strategi komprehensif baharu dengan menyediakan bilik pameran secara maya sekali gus membolehkan para pelangan melihat kereta idaman secara dalam talian.

Perkhidmatan itu membolehkan para pelanggan memeriksa ketersediaan stok dengan serta-merta, menguruskan kiraan pembiayaan kewangan selain dapat meminta sebut harga daripada pengedar kereta.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Mercedes-Benz, Claus Weidner berkata, pihaknya telah menerokai kaedah inovatif dengan melancarkan bilik pameran maya itu.

“Bilik pameran ini adalah salah satu usaha untuk memberi pengalaman terbaik kepada pelanggan kami,” katanya.


Bilik pameran maya itu dikatakan memberi keselesaan sepenuhnya kepada pelanggan memandangkan segala-gala proses pembelian boleh dilakukan hanya di hujung jari. 

Menerusi bilik maya itu, pelanggan dapat meminta sebut harga atau meminta untuk dihubungi dan mereka akan diberikan sebut harga untuk model tertentu selain akan dilantik menjadi ejen penjualan di bawah syarikat.

Antara ciri lain, ia dilengkapi dengan Widget  Perkhidmatan Kewangan dimana satu sebut harga untuk kenderaan tertentu akan dihantar kepada pelanggan pada setiap bulan. 

Tambah beliau, pihaknya amat optimis terhadap pemulihan industri automotif pada tahun ini.

“Kami yakin perjalanan industri ini akan menjadi lebih menarik memandangkan kami telah membangunkan kaedah baharu untuk berkomunikasi dan mengendalikan perniagaan dengan rakan niaga,” ujarnya.


Gallery

Tag:

Mercedes-Benz Malaysia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Mercedes-Benz CLA Elektrik Kini Boleh Ditempah – Capai 792 KM, Cas 10 Minit!

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) hari ini secara rasmi telah mempertontonkan Mercedes-Benz CLA elektrik sepenuhnya.

14-01-2026
Kereta Baru

Dilancar: Mercedes-Benz G580 EQ 2025 - Harga Bermula RM958,888

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) akhirnya melancarkan secara rasminya Mercedes-Benz G-Class Mercedes-Benz G580 dengan Teknologi EQ ke pasaran tempatan di ibu negara, pagi tadi.

26-06-2025
Kereta Baru

Dilancar: Mercedes-AMG SL 63 S E Performance 2025 -Harga RM2.168 Juta

Mercedes-Benz Malaysia turut melancarkan varian tertinggi model roadster SL, Mercedes-AMG SL 63 S E Performance le pasaran tempatan.

05-06-2025
Kereta Baru

Mercedes-Benz EQS 450 4Matic SUV Dipertontonkan – Capai 673 KM, 355 HP, Dari RM625K!

Mercedes-Benz Malaysia hari ini telah mempertontonkan EQS 450 4Matic SUV. Ini yang anda patut tahu...

16-08-2024
Kereta Baru

Mercedes-AMG A45S 4Matic+ Limited Edition, RM558,888, HANYA Ada 10 Unit!

MBM melancarkan model terbaharunya, Mercedes-AMG A 45 S 4Matic+ Limited Edition, semalam

08-08-2024
Berita Auto

Peluang Pandu Uji Model Terkini di Acara Mercedes-Benz World 5-7 Julai Ini!

Mercedes-Benz World kini sedang berlangsung di KL Base. Apa yang menarik?

05-07-2024
Kereta Baru

Mercedes-AMG GLA 45 S 4Matic+ Kini Di Malaysia – Dari RM539,888

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah melancarkan Mercedes-AMG GLA45S 4Matic+ facelift. Ini spesifikasinya...

04-07-2024
Kereta Baru

Mercedes-AMG C63 S E Performance F1 Edition Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM958,888

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) sebentar tadi baru sahaja melancarkan Mercedes-AMG C63 S E Performance. Ini spesifikasinya...

04-07-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Lesen Kena ‘Gantung’ Tapi Masih Memandu? Sedia Ke "Dalam" 3 Tahun

Lesen Digantung Mahkamah? Jangan Nekad Memandu Jika Tidak Mahu Dipenjara 3 Tahun.

22-07-2026
Berita Auto

'Test Speed' Solo Di Jalan Awam, Bakal Jadi Kesalahan Jenayah: Denda Hingga RM10,000, Penjara 2 Tahun

Tak Berlumba Pun Kena Saman RM10,000? Ini Maksud Baharu 'Menduga Kelajuan' Yang Wajib Anda Tahu.

21-07-2026
Berita Auto

Susulan Tragedi Pokok Tumbang: DBKL Pergiat Kerja Mitigasi di 6 Lokasi Utama

Isu Pokok Tumbang di KL: Ini 6 Lokasi Fokus Kerja Mitigasi DBKL Minggu Ini.

21-07-2026
Berita Auto

Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.

21-07-2026
Berita Auto

Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru

21-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto