- Berita
- Berita Auto
- Andrea Bandinelli Dilantik Sebagai Ketua Perhubungan Pelabur Di Stellantis
Andrea Bandinelli Dilantik Sebagai Ketua Perhubungan Pelabur Di Stellantis
Bermula 1 Mac 2021, Andrea Bandinelli telah dilantik sebagai individu yang bertanggungjawab dalam urusan Perhubungan Pelabur di Stellantis. Beliau akan melaporkan diri kepada Richard Palmer, Ketua Eksekutif Kewangan (CFO).
Andrea Bandinelli telah menyertai Groupe PSA yang merupakan pengeluar automobil dan juga motosikal multinasional yang berpangkalan di Perancis pada September 2017. Sebelum ini, beliau memegang pelbagai jawatan di Banque PSA Finance (BPF) termasuklah sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di PSA Banque France. Ketika memegang jawatan ini, beliau merupakan salah seorang ahli dalam Jawatankuasa Pengurusan di Banque PSA Finance.
Andrea Bandinelli memegang Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan dan Kewangan dari Catholic University, Sacred Heart di Milan.
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv