Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Hyundai Motor Group Memperkenalkan Kenderaan Mobiliti Kelas Atas TIGER Tanpa Kru

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Hyundai Motor Group telah memperkenalkan kenderaan mobiliti kelas atas (UMV) yang kedua iaitu TIGER (Transforming Intelligent Ground Excursion Robot atau Mengubah Robot Pengembaraan Darat Pintar).  


Kenderaan ini ialah rekaan pertama yang telah dihasilkan tanpa memerlukan kru dan boleh membawa pelbagai jenis muatan semasa bergerak di atas laluan yang mencabar.  

Pada masa ini, TIGER sedang dalam proses untuk dikeluarkan di New Horizons Studio milik Hyundai Motor Group yang berpangkalan di Mountain View, California.  Studio ini telah diwujudkan pada penghujung tahun 2020 untuk dijadikan tempat kajian UMV dijalankan  dan juga untuk tujuan pengeluarannya.  


Tujuan lain penubuhan studio ini adalah untuk pembangunan teknologi seperti gerak alih roda-kaki, struktur dan material berprestasi tinggi, sistem kuasa berprestasi tinggi, sistem badan dan kerangka, sistem pembangunan dan penilaian maya, serta rekaan dan juga sistem berasaskan manusia. 

"Kenderaan seperti TIGER, dan juga teknologi yang menyokong kenderaan jenis ini, dapat membuka ruang kepada kami untuk menjadi lebih kreatif," kata ketua New Horizons Studio, Dr. John Suh. "Kami sentiasa mencari cara untuk memikirkan semula reka bentuk dan juga pembangunan kenderaan di samping berusaha untuk menentukan masa depan pengangkutan dan mobiliti."

Antara ciri penting yang dimiliki oleh TIGER termasuklah teknologi gerak alihnya yang merupakan gabungan sistem kaki dan roda. Ciri lain yang menarik adalah kawalan arah 360 darjah, beberapa buah sensor untuk pemerhatian jarak jauh, serta sambungannya dengan kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) yang boleh dicas sepenuhnya dan menghantar TIGER ke lokasi yang sukar untuk dijangkau. 

Selain itu, kenderaan mobiliti ini juga boleh digunakan untuk mengangkut barangan untuk tujuan penghantaran. Ia juga boleh dimanfaatkan untuk menghantar pakej pertolongan sekiranya berlaku sebarang hal kecemasan disebabkan oleh saiz muatan pada badannya yang cukup besar.  

Ciri unik lain yang dimilikinya ialah kaki yang boleh ditanggalkan daripada kenderaan untuk membolehkannya bergerak sebagai sebuah kenderaan pacuan semua roda (AWD).  Namun sekiranya berada di atas permukaan yang sukar untuk dilalui,  kenderaan ini boleh menggunakan kemampuannya untuk berjalan dengan menggunakan kaki.  




Ciri unik ini dapat dilihat buat pertama kalinya semasa pelancaran konsep UMV Hyundai dengan kaki (boleh gerak), Elevate yang diperkenalkan semasa acara Consumer Electronic Show (CES) pada tahun 2019.  Kedua-dua kenderaan ini memiliki ciri yang sama kerana mereka merupakan gabungan antara teknologi robotik dan juga gerak alih bertayar dengan satu ciri yang berbeza yang mana Elevate boleh digunakan untuk mengangkut penumpang (TIGER hanyalah untuk barangan). 

Versi pertama TIGER yang dinamakan TIGER X-1 telah direka bentuk di New Horizons Studio milik Hyundai Motor Group yang terletak di Silicon Valley. X dalam nama TIGER versi yang pertama ini adalah diambil daripada perkataan eksperimen dalam bahasa Inggeris.  Syarikat Hyundai juga turut bekerjasama dengan syarikat kejuruteraan penghasilan perisian, Autodesk. 




Naib presiden strategi perniagaan bagi reka bentuk dan pengeluaran Autodesk, Srinath Jonnalagadda berkata, apa yang dimaksudkan bila bercakap tentang membentuk kemungkinan baharu ialah usaha kerjasama yang dilakukan dengan pasukan Hyundai dalam penghasilan kenderaan TIGER X-1 yang menggunakan teknologi termaju seperti reka bentuk generatif untuk menjangkau batasan kekuatan, namun dalam masa yang sama mengurangkan berat pengangkutan.  Tambahnya lagi, teknik reka bentuk, kejuruteraan dan juga pengeluaran terbaharu yang ditawarkan oleh Autodesk Fusion 360 dapat membantu pasukan moden dalam berkolaborasi untuk menuju ke arah proses penghasilan dengan lebih cepat dan efisien. 

Disebabkan kenderaan ini mengutamakan mobiliti, pasukan yang bersama-sama terlibat cuba untuk menghasilkan bahagian luaran kenderaan yang ringan tapi kukuh. Dalam masa yang sama, untuk mencapai tujuan ini, pasukan menggunakan pencetakan aditif gentian komposit karbon pada bahagian kaki dan juga pada beberapa komponen kerangka lain.    

TIGER akan direka bentuk supaya bersedia untuk melalui ujian penilaian permukaan 360 darjah di lokasi bencara alam atau pada permukaan yang unik seperti bulan atau planet-planet lain di angkasa.   

Untuk lebih informasi berkaitan TIGER X-1, layari https://www.youtube.com/channel/UCP9ejqW5kzOIl33vpCPQ-kwhttps://www.youtube.com/channel/UCP9ejqW5kzOIl33vpCPQ-kw


Gallery

Tag:

Hyundai Motor Group
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

03-11-2025
Global

08-08-2025
Teknologi
Teknologi

16-12-2024
Global

09-12-2024
Global

19-11-2024
Global
EV

17-07-2024

Berita Terkini

Berita Auto
Harga RON97, RON95, Diesel Naik 5 Sen

Harga RON97, RON95, Diesel Naik 5 Sen

Harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel naik sebanyak lima sen, bermula hari ini.

13-11-2025
Berita Auto
BYD Shark PHEV Bakal Didedah Hari Ini, Tunggu Pengumuman Rasmi BYD

BYD Shark PHEV Bakal Didedah Hari Ini, Tunggu Pengumuman Rasmi BYD

BYD bawa masuk trak pikap bernama Shark pula ke pasaran tempatan?

13-11-2025
Berita Auto
Projek NPE2 Siap 2029, Bakal Kurangkan Kesesakan Di Pantai Dalam, Bangsar, Mahameru

Projek NPE2 Siap 2029, Bakal Kurangkan Kesesakan Di Pantai Dalam, Bangsar, Mahameru

Projek Sambungan Lebuh Raya Baru Pantai (NPE2) siap sepenuhnya pada tahun 2029, nanti.

12-11-2025
Berita Auto
Peraturan 78 Dimansuh, Cara Pengiraan Faedah Bagi Pinjaman Kadar Tetap Kereta

Peraturan 78 Dimansuh, Cara Pengiraan Faedah Bagi Pinjaman Kadar Tetap Kereta

Penambahbaikan Rang Undang-Undang (RUU) Sewa Beli (Pindaan) 2025 yang akan merombak cara pengiraan faedah bagi pinjaman kadar tetap kereta, bakal melegakan peminjam.

12-11-2025
Berita Auto
Syarikat Bas Operasi Di 1 Terminal, Ini Penjelasan MOT

Syarikat Bas Operasi Di 1 Terminal, Ini Penjelasan MOT

MOT menegaskan pihaknya tidak pernah memaksa mana-mana syarikat bas untuk beroperasi dari terminal tertentu sahaja.

12-11-2025
Berita Auto
Berita Baik Untuk Orang Sarawak: Lebuh Raya Trans Borneo Bermula 2026

Berita Baik Untuk Orang Sarawak: Lebuh Raya Trans Borneo Bermula 2026

Pembinaan sebahagian jajaran jalan sepanjang 4.95 kilometer (km) bagi Projek Lebuh Raya Trans Borneo (LTB) akan dilaksanakan pada suku pertama tahun depan.

12-11-2025
Berita Auto
Stars@Mercedes-Benz Ketiga Dunia Dibuka Di Bangsar – Pengalaman Imersif & Eksklusif

Stars@Mercedes-Benz Ketiga Dunia Dibuka Di Bangsar – Pengalaman Imersif & Eksklusif

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) dan pengedar rasmi, NZ Wheels Sdn Bhd (anak syarikat Naza Auto Group), semalam melancarkan secara rasmi bilik pameran di Bangsar setelah diubah suai sepenuhnya.

12-11-2025
Berita Auto
Tak Sampai Sebulan Dilancar, Proton e. MAS 5 Terima Lebih 10,000 Tempahan

Tak Sampai Sebulan Dilancar, Proton e. MAS 5 Terima Lebih 10,000 Tempahan

Proton e.MAS 5 yang baru sahaja dilancarkan berjaya menarik minat rakyat Malaysia kerana sudah menerima 10,000 tempahan setakat 30 Oktober lalu.

11-11-2025