- Berita
- EV
- Demi Kredit Cukai EV, Hyundai Motor, LG Energy Bina Kilang Bateri Di Amerika Syarikat
Demi Kredit Cukai EV, Hyundai Motor, LG Energy Bina Kilang Bateri Di Amerika Syarikat

Hyundai Motor Group dan LG Energy Solution dari Korea Selatan akan melabur sebanyak AS$4.3 bilion (kira-kira RM19.75 bilion) untuk membina sebuah kilang bateri kenderaan elektrik (EV) di Amerika Syarikat, demikian diumumkan oleh kedua-dua syarikat pada Jumaat lalu.
Kilang Hyundai-LGES di Georgia, yang akan mula dibina pada separuh kedua tahun 2023, dijadualkan untuk memulakan pengeluaran bateri menjelang penghujung tahun 2025.

Menurut Hyundai dan LG, kilang tersebut akan mempunyai kapasiti pengeluaran tahunan sebanyak 30 Gigawatt jam (GWh), mencukupi untuk menyokong pengeluaran 300,000 EV setiap tahun. Hyundai Motor Group, yang merangkumi Hyundai Motor Co dan Kia Corp, serta LGES, masing-masing akan memiliki 50% dalam usaha sama ini.

Pembinaan kilang baharu di Amerika Syarikat itu dibuat untuk mematuhi keperluan penghasilan bateri EV dari negara tersebut yang telah ditetapkan di bawah pentadbiran Biden demi kelayakan mendapat kredit cukai sehingga AS$7,500 dalam Akta Pengurangan Inflasi (IRA). Kenderaan Hyundai dan Kia pada masa ini tidak layak untuk mendapat kredit cukai tersebut kerana dipasang sepenuhnya di Korea Selatan.
Sumber: Reuters
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

