Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Mangsa dikatakan hanya cedera

Suhana Veru

Kongsi melalui

Seorang pemandu cedera apabila kereta Myvi yang dinaikinya hilang kawalan sebelum “terbang” sejauh 50 meter di Bulatan Jalan Indah, Taman Bukit Indah, Johor Bahru.

Dalam kejadian pukul 3 pagi, Myvi berwarna putih itu dilihat bergerak lurus sebelum merempuh pokok bunga lalu melintasi sebuah longkang besar di seberang saliran.

Rempuhan yang kuat menyebabkan kenderaan itu “terbang” sejauh 50 meter dan kemudian melanggar sebatang pokok menyebabkan ia terhenti di situ.


Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, mangsa yang berusia 27 tahun itu hanya mengalami cedera di bahagian muka, tangan dan kaki kiri.

“Hasil siasatan mendapati, punca kemalangan berlaku akibat pemandu hilang kawalan ketika memasuki bulatan.

“Mangsa tidak mabuk dan tidak berada dalam pengaruh dadah,” katanya.

Ketika kejadian, beliau berkata, jalan dua lorong sehala itu dilihat kering serta berlampu.

“Mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba manakala,  kenderaan itu kemek di bahagian hadapan, bonet dan beberapa lagi kerosakan,” katanya.

Sebelum ini, media tempatan pernah melaporkan kejadian Myvi 'terbang' di sekitar ibu kota.

Mangsa kemudian dikejarkan ke  Hospital Sultanah Aminah (HSA) dengan menaiki ambulans.

Kes disiasat mengikut Peraturan 10 LN166/59 dan siasatan lanjut masih dijalankan.



Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Susulan Tragedi Pokok Tumbang: DBKL Pergiat Kerja Mitigasi di 6 Lokasi Utama

Isu Pokok Tumbang di KL: Ini 6 Lokasi Fokus Kerja Mitigasi DBKL Minggu Ini.

21-07-2026
Berita Auto

Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.

21-07-2026
Berita Auto

Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru

21-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026