Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Jom Bayar Saman Dengan Aplikasi MyBayar Saman! Diskaun Sehingga 50% Dalam Masa Terhad!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Polis DiRaja Malaysia menerusi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman melancarkan  portal dan aplikasi mobil MyBayar Saman bersempena dengan Hari Polis Ke-214 yang bakal dilangsungkan pada jam 2.30 petang hari ini. Majlis ini akan disempurnakan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador.


PDRM mengatakan, aplikasi serta portal pembayaran saman ini diwujudkan untuk memudahkan orang ramai membayar saman dengan cara yang lebih pantas di samping mendokong dasar kerajaan melalui Pelan Strategik e-Pembayaran Sektor Awam dan Pelan Pelaksanaan Peningkatan Dalam Talian Kerajaan Secara End-To-End (E2E). 

Aplikasi dan portal ini juga dilancarkan selari dengan misi MyDIGITAL yang merupakan inisiatif yang diambil kerajaan untuk menyediakan pilihan pembayaran tanpa tunai menjelang tahun 2022.


Bagaimana cara untuk menggunakan aplikasi dan portal MyBayar Saman?


Ada tiga langkah penting yang perlu dilakukan untuk menggunakan portal dan aplikasi ini: Pendaftaran, Semakan dan Pembayaran.

Untuk Pendaftaran baharu, anda perlu memasukkan maklumat diri dan melakukan pengesahan OTP sebelum masuk/login. 

Setelah itu, anda boleh membuat Semakan untuk melihat saman yang perlu diselesaikan. Sekiranya terdapat saman baharu, notifikasi akan dipaparkan.

Untuk membuat Pembayaran, anda boleh memilih mod transaksi yang diinginkan melalui laman Pembayaran. 


Berita baik untuk sesiapa yang ada saman yang belum dibayar!


JSPT telah mengumumkan bahawa bersempena dengan sambutan Hari Polis Ke-214 serta pelancaran MyBayar Saman, pengguna boleh menikmati potongan saman sehingga 50%  (tertakluk pada terma dan syarat) bermula daripada hari ini, 25 Mac, sehinggalah pada 11 April 2021 nanti.

Diskaun ini hanyalah untuk pengguna yang membayar saman melalui portal dan aplikasi MyBayar Saman sahaja. 

Tunggu apa lagi? Layari portal https://mybayar.rmp.gov.my atau muat turun aplikasi MyBayar Saman ini menerusi Google playstore sekiranya anda pengguna Android ataupun melalui Apple store bagi pengguna iOS. 







Tag:

#PDRM
mybayar saman
jspt
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Viral: Penunggang Motosikal Rempuh Kenderaan Polis

Seorang remaja maut selepas 22 jam bertarung nyawa di Hospital Melaka (HM) akibat kecederaan parah dialami dalam kemalangan dengan kenderaan polis.

11-04-2024
Berita Auto

Ajaib! Pemandu Terselamat, Kereta Tertusuk Divider

Seorang lelaki nyaris maut apabila kereta yang dipandunya tertusuk divider jalan.

15-11-2022
Berita Auto

Berkempen Sehingga Langgar Undang-Undang Jalan Raya, PDRM Tak "Lepas"

Suasana berhampiran Parlimen Batu, Taman Koperasi Fasa 2 Kuala Lumpur kelihatan agak "meriah" apabila sekumpulan penyokong parti politik menunggang skuter elektrik dan ada yang menggunakan kereta buggy.

14-11-2022
Berita Auto

Tahun Ini Sahaja, Ada Dua Kes Pemandu Rempuh Tiang MRT

Seorang lelaki warga India maut selepas kereta dipandunya merempuh tiang MRT.

09-11-2022
Berita Auto

Berani Tahan Kenderaan Awam, Pengiring Marshal Kini Diburu Polis

Polis sedang mengesan lima individu yang bertindak sebagai pengiring (marshal) konvoi motosikal yang memberhentikan kenderaan awam.

09-11-2022
Berita Auto

PRU15: Sempena Musim PRU15, Jangan Terbangkan Dron Tanpa Kelulusan CAAM

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengingatkan orang ramai agar tidak menerbangkan dron tanpa kelulusan di kawasan tumpuan ramai sepanjang musim PRU-15.

05-11-2022
Tips

Apa Fungsi Garisan Chevron?

JSPT kongsi beberapa tips untuk elak daripada melintasi garisan Chevron.

02-11-2022
Berita Auto

Pemandu Rentung, Kereta Terbakar 100 Peratus

Satu mayat rentung ditemui di tempat duduk pemandu dalam sebuah kenderaan yang terbakar 100 peratus di kilometer 2.0 Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE).

01-11-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Rebut Peluang Bida Nombor Plat P_P

Bida nombor plat JPJ Siri P_P: Tarikh, Harga & Cara Mohon di JPJeBid.

17-04-2026
Berita Auto

Cukai Jalan 'Mati' 8 Tahun, Bila Kena Tahan, Tiba-Tiba Nak Bakar Kereta

"Drama" seorang pemandu yang mahu membakar kereta akhirnya tidak menjadi.

17-04-2026
Berita Auto

Tamatlah Era Myvi Lama? Perodua Myvi D01D Bakal Ubah Segalanya?

Perodua Myvi D01D: Segala Butiran Yang Kita Ketahui Setakat Ini.

17-04-2026
Berita Auto

Proses Lupus Kereta Tersadai Kini Lebih Cepat: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Amaran Pemilik Kereta Lama: DBKL Kini 'Bersihkan' Ibu Kota, Elakkan Kenderaan Anda Ditunda.

16-04-2026
Berita Auto

Siti Nurhaliza Kemalangan Di MEX

Siti Nurhaliza kemalangan di Lebuh Raya MEX.

16-04-2026
Berita Auto

Harga Minyak "Terjun", Diesel Tanpa Subsidi Turun 75 Sen

Petanda Baik! Harga Diesel & Petrol Malaysia Turun, Rakyat Boleh Tarik Nafas Lega.

15-04-2026
Berita Auto

15 Tahun Auto Bavaria KL: Apa Yang Menjadikan Mereka Ikon Mobiliti Premium Malaysia?

auto Bavaria KL Raikan Ulang Tahun Ke-15, Bakal Lancar BMW X3 Edisi Terhad Hujung Minggu Ini!

15-04-2026
Berita Auto

Kenapa Anda Boleh Percaya Bateri Chery? Ujian Ekstrem Ini Jawapannya

Chery menganjurkan Cabaran Keselamatan Bateri Chery Super Hybrid yang pertama di Malaysia dengan membakar bateri CSH pada 1,000 darjah celsius selama 1 minit dan 20 saat.

15-04-2026