Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Ciri kereta kompak ini telah ditambah baik

Suhana Veru

Kongsi melalui


Mercedes-Benz Malaysia mengumumkan pengeluaran kereta Mercedes-AMG A 45 S 4MATIC+ bagi menggantikan tempat Mercedes-AMG A 45 S 4MATIC+ Edition 1.

Langkah itu diambil bagi menyokong pelancaran kereta kompak, Mercedes-AMG  pada tahun lalu.


Model yang telah dikemaskini ini dilengkapi dengan gril AMG, sistem brek berprestasi tinggi manakala, kaliper brek yang dicat dengan warna merah itu  juga hadir dengan lima jejari berwarna hitam selain rim aloi bersaiz 19 inci.

Bagi pakej Night AMG, ciri reka bentuknya hadir dengan kemasan warna hitam berkilauan sama seperti model sebelum ini.


Menyentuh mengenai ciri utama jentera berprestij ini, ia turut hadir dengan splitter hadapan AMG selain terdapat elemen trim termasuk panel ambang sisi dan jalur trim tali pinggang dan tingkap.

Bahagian luarannya juga dilengkapi dengan perumah cermin sisi dan sayap berbentuk aerofoil  serta tip ekzos berbentuk bulat berkembar pada kiri dan kanan.

Menjengah ruang dalamannya pula, ia dilengkapi dengan prestasi roda stereng AMG Performance yang dibaluti kulit nappa dan mikrofiber Dinamica termasuk tempat duduk AMG Performance dan tali pinggang keledar berwarna merah.




Selain itu, jentera ini juga dilengkapi dengan Paparan Head Up yang memberi maklumat pemanduan yang lebih dekat dengan sudut pandangan kepada pemandu.

Hakikatnya, dengan enjin turbo, ia boleh memecut dari 0-100 km/j dalam masa 3.9 saat dan 4.0 saat (CLA 45 S), manakala kelajuan tingginya mampu mencecah 270 kilomter sejam. 

Setakat ini, model tersebut  yang dilengkapi dengan empat silinder pengecas turbo dikatakan paling berkuasa di dunia.


Gallery

Tag:

mercedes AMG
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Mercedes-Benz G-Class Didedahkan Di China

Menjelang pameran Auto China 2024 Mercedes-Benz turut menayangkan Mercedes-Benz G-Class Electric.

25-04-2024
Kereta Baru
EV

Ini Dia Model Konsep CLA Class, Sporty Habis

Mercedes-Benz akan memperkenalkan model terbaharunya, Concept CLA-Class .

04-09-2023
Kereta Baru

SL 43: Harga Kereta Kayangan

Mercedes-Benz Malaysia menunjukkan unit pratonton roadster Mercedes-AMG SL 43 2023.

15-06-2023
Kereta Baru

Mercedes-AMG EQS 53 4MATIC+ Dilancarkan Di Malaysia, Harga Dari RM798K, Jarak EV 571KM!

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah melancarkan model berprestasi tinggi, Mercedes-AMG EQS 53 4MATIC+.

08-06-2023
Kereta Baru

Mercedes-AMG EQE 53 4MATIC+ Dilancarkan Di Malaysia, Harga Dari RM649K, Jarak EV 527KM!

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah melancarkan model berprestasi tinggi, Mercedes-AMG EQE 53 4MATIC+.

08-06-2023
Pandu Uji

[PANDU UJI] Mercedes-AMG A45 S 4MATIC+ 'Terlebih' Segalanya: Kuasa, Keseronokan & Harga

CariCarz berpeluang untuk memandu uji Mercedes-AMG A45 S 4MAT dan ini pendapat kami…

27-03-2023
Berita Auto

Bukan Sekadar Berubah Warna, Jentera Mercedes-AMG PETRONAS F1 Diberi Reka Bentuk Baharu

Jentera hitam F1 kali ini sebenarnya tampil berbeza pada beberapa bahagian lain, bukan sekadar warna.

20-02-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Perhatian Pengguna LRT, Laluan Tren Kelana Jaya Beroperasi Biasa!

Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) menegaskan bahawa tiada sebarang gangguan perkhidmatan tren di Laluan Kelana Jaya pagi tadi.

27-02-2026
Berita Auto

Mazda MX-5 Generasi Baharu Bakal Guna Sistem Hibrid?

Masa depan Mazda MX-5 akhirnya terjawab. Generasi baharu roadster Mazda ini bakal tiba dengan teknologi elektrik. Sistem trenkuasa model generasi ‘NE’ itu terpaksa melalui transformasi yang drastik.

27-02-2026
Berita Auto

Satu Lagi Tren Dikeluarkan Dari Laluan Kelana Jaya, Pengguna Pula Berang

RapidKL mengesahkan bahawa sebuah tren telah dikeluarkan daripada perkhidmatan di Stesen Damai akibat isu teknikal.

27-02-2026
Berita Auto

Jangan Ingat Kami Tak Tahu! Pegawai JPJ Tali Barut Kartel Tonto Dalam Radar SPRM

Isu kartel tonto yang membarah dalam kalangan penguatkuasa akhirnya mendapat perhatian serius.

27-02-2026
Berita Auto

Komponen Axia Hilang, Kejadian Di Putrajaya

Beberapa komponen kenderaan termasuk tayar melibatkan dua kereta Perodua Axia hilang.

26-02-2026
Berita Auto

Isu Kereta Terbiar, Kerajaan Hasrat Pinda Akta

Kerajaan berhasrat untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) bagi memperluas skop kawasan penguatkuasaan untuk menguruskan isu kenderaan terbiar dalam kawasan perumahan strata.

26-02-2026
Berita Auto

PM Puji Keberanian 7 Pemuda Selamatkan Tiga Mangsa Kemalangan Di Tasik Biru

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah buat tujuh pemuda yang bertindak berani menyelamatkan tiga mangsa kemalangan di Tasik Biru, Kundang, Rawang, semalam.

26-02-2026
Berita Auto

Harga RON97, RON95, Diesel Naik 5 Sen Hingga 4 Mac 2026

Harga runcit terkini bagi bahan api bermula 26 Februari hingga 4 Mac depan telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan.

26-02-2026