Link Copiedcheck_circle
EV

Mercedes-Benz G-Class Didedahkan Di China

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Menjelang pameran Auto China 2024 yang akan berlangsung pada hari ini di Beijing, China, pengeluar kereta Jerman, Mercedes-Benz turut terlibat dalam pameran itu apabila ia akan menayangkan Mercedes-Benz G-Class Electric.

SUV off-road ikonik G-Class (atau Gelandewagen) kini dijelmakan semula sebagai  sebuah model G 580 yang menggunakan Teknologi EQ. 

image.pngimage.png

Model yang ditayangkan di China adalah yang berwarna biru dan warna padang pasir, Khaki .

Ia yang menggunakan kuad motor 4x e-motor mampu menghasilkan 579 hp  (432 kW)  dan tork 1,164 Nm.

image.png

Bagaimana kelajuannya dihadkan kepada 180 kilometer sejam bagi menjimatkan pemanduan elektriknya.

Bercakap mengenai trenkuasanya, setiap empat e-motor itu mempunyai kotak gear dua kelajuan yang berasingan dan membekalkan hampir 145 hp (108 kW). 

Semua kuasa itu dihasilkan menerusi satu bateri litium-ion berkapasiti 116 kWj.

Difahamkan, ia mampu bergerak sejauh 473 kilometer dengan hanya sekali cas.

Model ini yang menerima input pengecasan DC setinggi 200 kW membolehkannya ia mengecas semula dari 10-80% hanya  dalam 32 minit.

Biarpun, ia hampir sama dengan G450d yang dikemas kini baru-baru ini, namun gril G580 dengan Teknologi EQ ini menampilkan gril baharu.

Selain itu terdapat juga lambang EQ dan brek kalipernya dicat dengan warna biru. 

image.png

Difahamkan kerja-kerja menghasilkan jentera ini agak meluas kerana pihak pengeluarnya mahu memaksimumkan kecekapan aerodinamik, selain  reka bentuk tiang A juga  baharu termasuk spoilernya.

Ia juga mendapat rekaan bonet baharu  yang merendahkan pekali seretan kepada 0.44Cd daripada 0.48Cd (G450d) dan 0.53Cd  berbanding (G-Class generasi sebelumnya). 

image.pngimage.png


Antara perubahan yang ketara ialah terdapat ruang simpanan yang dipasang di bahagian belakang untuk menyimpan kabel pengecas SUV mewah ini.

image.pngimage.png

Ia juga menerima kemasan AMG Line dan Night Package yang hadir dengan rim roda 20 inci, dan aksen badan yang bergelap.

Biarpun, ia sudah menjadi versi elektrik, ia tidak mampu menghalangnya daripada menunjukkan taringnya dalam keupayaan off-road.

image.png

Selain itu G-Class itu dikatakan memiliki keupayaan pelaksanaan tank turn. Terdapat juga ciri tank turn berskala belakang yang boleh digunakan untuk menyorong kenderaan ke pusingan 720 darjah.

Pendek kata, ia adalah sebuah SUV yang cukup luar biasa.


Gallery

Tag:

mercedes AMG
mercedes G Class
Auto China 2024
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru
AMG CLA 45: Ada 2 Varian, Harga Setengah Juta
EV
Ini Dia Model Konsep CLA Class, Sporty Habis

Ini Dia Model Konsep CLA Class, Sporty Habis

Mercedes-Benz akan memperkenalkan model terbaharunya, Concept CLA-Class .

04-09-2023
Kereta Baru
SL 43: Harga Kereta Kayangan

SL 43: Harga Kereta Kayangan

Mercedes-Benz Malaysia menunjukkan unit pratonton roadster Mercedes-AMG SL 43 2023.

15-06-2023
Kereta Baru
Mercedes-AMG EQS 53 4MATIC+ Dilancarkan Di Malaysia, Harga Dari RM798K, Jarak EV 571KM!

Mercedes-AMG EQS 53 4MATIC+ Dilancarkan Di Malaysia, Harga Dari RM798K, Jarak EV 571KM!

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah melancarkan model berprestasi tinggi, Mercedes-AMG EQS 53 4MATIC+.

08-06-2023
Kereta Baru
Mercedes-AMG EQE 53 4MATIC+ Dilancarkan Di Malaysia, Harga Dari RM649K, Jarak EV 527KM!

Mercedes-AMG EQE 53 4MATIC+ Dilancarkan Di Malaysia, Harga Dari RM649K, Jarak EV 527KM!

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah melancarkan model berprestasi tinggi, Mercedes-AMG EQE 53 4MATIC+.

08-06-2023
Pandu Uji
[PANDU UJI] Mercedes-AMG A45 S 4MATIC+ 'Terlebih' Segalanya: Kuasa, Keseronokan & Harga

[PANDU UJI] Mercedes-AMG A45 S 4MATIC+ 'Terlebih' Segalanya: Kuasa, Keseronokan & Harga

CariCarz berpeluang untuk memandu uji Mercedes-AMG A45 S 4MAT dan ini pendapat kami…

27-03-2023
Berita Auto
Bukan Sekadar Berubah Warna, Jentera Mercedes-AMG PETRONAS F1  Diberi Reka Bentuk Baharu

Bukan Sekadar Berubah Warna, Jentera Mercedes-AMG PETRONAS F1 Diberi Reka Bentuk Baharu

Jentera hitam F1 kali ini sebenarnya tampil berbeza pada beberapa bahagian lain, bukan sekadar warna.

20-02-2023
Berita Auto

14-01-2023

Berita Terkini

EV
Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan

Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan

Tesla Malaysia Hentikan Jualan Model Y Long Range AWD 5 Tempat Duduk.

10-07-2026
EV
Berita Baik, AutoCharge Mudahkan Cas EV

Berita Baik, AutoCharge Mudahkan Cas EV

Gentari memperkenalkan ciri AutoCharge.

03-07-2026
EV
Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia

Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia

Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.

02-07-2026
EV
Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?

Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?

Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.

01-07-2026
EV
Daripada C2 ke Perodua Situ, Ini Dia Lakaran 'Perodua Situ' Muncul Sempurnakan Impian EV Generasi Alpha
EV
Harga EV CBU RM300,000 Mulai 1 Julai 2026

Harga EV CBU RM300,000 Mulai 1 Julai 2026

Hanya EV Berkuasa 180kW Ke Atas Layak Masuk Malaysia, Jenama China Paling Terkesan.

29-06-2026