Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

AMG CLA 45: Ada 2 Varian, Harga Setengah Juta

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Mercedes-Benz Malaysia mengesahkan bahawa Mercedes-AMG CLA 45 S 4MATIC+ Coupe 2023 sudah berada di pasaran tempatan.

Ia ditawarkan dalam dua varian: versi standard dijual pada RM527,888, manakala Street Style Edition pula berharga RM557,888.

Ia sudah boleh ditempah bermula sekarang di semua pengedar sah Mercedes-Benz.

image.png

Sementara itu, Naib Presiden Jualan & Pemasaran Mercedes-Benz Malaysia, Bettina Plangger berkata, pihaknya cukup teruja memperkenalkan  Mercedes-AMG CLA 45 S 4MATIC+ Coupé di negara ini.

“Ia menawarkan keseronokan pemanduan yang tiada tandingan selain lengkap dengan pelbagai teknologi canggih termasuk reka bentuknya yang cukup sporty.

“Kereta yang berprestasi tinggi ini sebenarnya mewakili gabungan kuasa yang cukup sempurna, ketepatan, dan tahap kecerdasan yang tinggi. Jadi, kami  berbesar hati untuk menawarkannya kepada pelanggan kami di sini,” katanya dalam satu kenyataan akhbar semalam.

image.png

Bagi yang berminat dengan kereta setengah juta, untuk makluman anda, ia disumbat dengan enjin empat silinder sebaris 2.0 liter turbo.

Untuk itu, ia mampu menghasilkan kuasa setakat   421 hp dan 500 Nm.

Ia dipadankan dengan  sistem pacuan semua roda 4MATIC, AMG Torque Contol dan AMG Ride Control.

Maka, ia mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam 4.1 saat.


Dari segi luarannya, ia dilengkapi dengan sistem lampu MULTIBEAM LED, lampu belakang LED serta dilengkapi dengan gril AMG dan rim AMG bersaiz 19 inci .

image.pngimage.png

Menyentuh mengenai ruang dalamannya pula, ia didatangkan dengan skrin paparan 10.25 inci berkembar, balutan kulit nappa/Mikrofiber,  skrin paparan head-up dan tali pinggang keledar berwarna merah.

image.pngimage.png

Antara kelengkapan lain ialah sokongan  Apple CarPlay dan Android Auto, bantuan arahan berbentuk suara Hey Mercedes, sistem navigasi, sistem bunyi Burmester, dan  AMG TRACK PACE untuk kegunaan di dalam litar.

Untuk keterangan lanjut, KLIK.


Gallery

Tag:

mercedes AMG
CLA-Class Coupe
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

15-06-2023
Kereta Baru

08-06-2023
Kereta Baru

08-06-2023
Global

06-05-2023
Kereta Baru

03-05-2023
Global

06-04-2023
Global

18-03-2023
Gaya Hidup

08-03-2023

Berita Terkini

Kereta Baru
BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k

BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k

Ruang But 1,510L, Pecut 3.6 Saat! BMW M3 Touring Rasmi Mendarat Di Malaysia.

16-07-2026
Kereta Baru
Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3

Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3

Seni Pembinaan Ringan: Bagaimana BMW M2 CS Baharu Memotong 30kg Untuk Prestasi Maksimum.

16-07-2026
Kereta Baru
DENZA Z9GT Dilancarkan: EV Mewah Yang Boleh Cas 5 Minit Sahaja? Ini Faktanya

DENZA Z9GT Dilancarkan: EV Mewah Yang Boleh Cas 5 Minit Sahaja? Ini Faktanya

EV Paling Laju Cas Kini Di Malaysia! DENZA Z9GT Boleh Cas 10%-70% Dalam 5 Minit Sahaja.

15-07-2026
Kereta Baru
Volkswagen Tayron Dilancar – SUV 7 Tempat Duduk CKD Pekan, Harga Bermula RM189k

Volkswagen Tayron Dilancar – SUV 7 Tempat Duduk CKD Pekan, Harga Bermula RM189k

Gergasi Baharu Di Antara Tiguan & Touareg: Volkswagen Tayron Rasmi Tiba Di Malaysia.

13-07-2026
Kereta Baru
Tempahan DENZA Z9GT Kini Dibuka Di Malaysia, Cas 5 Minit Sahaja

Tempahan DENZA Z9GT Kini Dibuka Di Malaysia, Cas 5 Minit Sahaja

DENZA Z9GT Masuk Malaysia: GT Elektrik 1,156 PS, Sedia 'Tapau' 0-100 Km/J Dalam 2.7 Saat.

09-07-2026
Kereta Baru
Jaecoo J5 EV Didedah, 211 Hp, Jarak Gerak 402km

Jaecoo J5 EV Didedah, 211 Hp, Jarak Gerak 402km

Orang ramai boleh melihat Jaecoo J5 EV di Mid Valley, KL.

09-07-2026
Kereta Baru
Suzuki eVITARA Rasmi Dilancarkan – SUV BEV Pertama Suzuki, Bermula RM188k

Suzuki eVITARA Rasmi Dilancarkan – SUV BEV Pertama Suzuki, Bermula RM188k

Bermula RM188k, Adakah Suzuki e VITARA eAxle Ini Bakal Jadi SUV Elektrik Pilihan Anda?

26-06-2026
Kereta Baru
Pencabar Baharu SUV 7-Tempat Duduk, Chery Tiggo 9 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM166,800

Pencabar Baharu SUV 7-Tempat Duduk, Chery Tiggo 9 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM166,800

Lengkap 10 Beg Udara & ADAS 2.5, Chery Tiggo 9 Muncul Sebagai SUV Keluarga Paling Selamat?

24-06-2026