- Berita
- Kereta Baru
- Mercedes-AMG EQS 53 4MATIC+ Dilancarkan Di Malaysia, Harga Dari RM798K, Jarak EV 571KM!
Mercedes-AMG EQS 53 4MATIC+ Dilancarkan Di Malaysia, Harga Dari RM798K, Jarak EV 571KM!
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah melancarkan model berprestasi tinggi, Mercedes-AMG EQS 53 4MATIC+ yang ditawarkan pada harga daripada RM798,888.00, atas jalan, tanpa insurans. Dilancarkan bersama dengan Mercedes-AMG EQ, kedua-dua sedan elektrik ini ialah model AMG EQ yang pertama dilancarkan di Malaysia.
PRESTASI MERCEDES-AMG EQS 53 4MATIC+
Mercedes-AMG EQS 53 4MATIC+ menggunakan dua motor dengan output 658 hp (484 kW)/950 Nm yang memberikan kereta kemampuan untuk melakukan pecutan dari 0-100 km/j dalam masa hanya 3.8 saat. Kelajuan tertinggi yang mampu dicapaikan ialah 220km/j.
Dengan AMG Dynamic Plus Package, output sedan berprestasi tinggi ini boleh mencapai 761 hp (560 kW)/1020 Nm, membolehkannya melakukan pecutan 0-100 km/j dalam masa sepantas 3.4 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi pada 250 km/j.
Motor elektrik kereta dikuasakan oleh bateri litium-ion 400V yang membekalkan tenaga sebanyak 108.4-kWh. Dengan cas penuh, sedan elektrik ini boleh mencapai jarak perjalanan sehingga 571 km (WLTP). Model ini boleh dicas dengan pengecas AC sehingga 11 kW dalam masa 11 jam 15 minit (dari 0-100%) dan DC hingga 200 kW dalam masa 31 minit (dari 10-80%).
BAHAGIAN LUAR MERCEDES-AMG EQS 53 4MATIC+
EQS 53 tampil dengan gaya sporty AMG. Di bahagian depan, model ini menggunakan gril khas AMG berwarna hitam dengan garisan menergak krom, di tengah gril ini terdapat logo bintang 3 penjuru Mercedes dan di sudut gril terdapat logo kecil AMG. Model ini menggunakan lampu depan dengan teknologi DIGITAL LIGHT dan Adaptive Highbeam Assist Plus. Di bahagian tepi, model ini menggunakan rim bersaiz 21 inci dengan kaliper brek berwarna merah.
AMG EQS memiliki nilai pekali seret (drag coefficient) dari serendah 0.23. Ini berjaya dicapai hasil daripada ujian demi ujian rintangan angin yang telah dijalankan oleh pakar aero AMG. Berikut adalah antara ciri yang terdapat pada kereta untuk membantu meningkatkan prestasi aerodinamik kereta:
- Splitter hadapan (berwarna hitam berkilat dengan kemasan krom)
- AIR CURTAINS pada kiri dan kanan (berwarna hitam berkilat dengan kemasan krom)
- Ambang sisi khas AMG berwarna hitam berkilat
- Apron belakang (warna badan) dengan diffuser serta enam sirip memanjang
- Spoiler belakang yang lebih besar (berbanding AMG Line)
- Rim aloi bersaiz 21 inci dalam reka bentuk khas Aero/Heritage, yang telah dioptimumkan secara aerodinamik
BAHAGIAN DALAM MERCEDES-AMG EQS 53 4MATIC+
Bergerak ke bahagian dalam kereta, model ini kelihatan sporty dengan gaya AMG dengan tempat duduk sporty yang menggunakan upholsteri Nappa berwarna hitam/kelabu. Untuk keselesaan optimum, kedua-dua tempat duduk hadapan hadir dengan fungsi memori dan teknologi climatised Mercedes (3 peringkat pemanasan dan ventilasi untuk keselesaan optimum dalam pelbagai cuaca).
Pada bahagian stereng pula, model ini menggunakan stereng khas AMG yang diberikan balutan gentian karbon dan gentian mikro MIKROCUT.
Berikut adalah ciri-ciri lain yang terdapat dalam kabin:
- Pencahayaan ambien
- Karpet AMG
- Ambang pintu bercahaya dengan tulisan "AMG"
- Pakej AIR BALANCE
- Pencahayaan ambien aktif
- Pakej Keselesaan KEYLESS-GO
- KEYLESS-GO
- HANDS-FREE ACCESS
- Kawalan iklim automatik THERMOTRONIC
- Penutup pintu belakang EASY-PACK
- Penutup ruang simpanan EASY-PACK
- Pakej Keselesaan Akustik
- Pakej Lampu Dalaman
- Pelindung matahari yang boleh ditarik
- Cermin dengan lapisan untuk menahan haba, bunyi, dan memantulkan sinar inframerah
- Pakej USB Plus
- Sistem cas tanpa wayar
- Ruang simpan di bawah konsol tengah
Model ini turut menggunakan sistem multimedia Mercedes-Benz User Experience (MBUX) Hyperscreen. Sistem paparan yang lebar menggabungkan tiga skrin. Berikut adalah ciri yang terdapat pada sistem ini:
- Bantuan dalaman MBUX
- Navigasi premium MBUX
- Paparan-di-kepala (HUD) MBUX
- Informasi trafik secara langsung
- Teknologi AR untuk navigasi dan sebagainya
- Sambungan dengan Apple CarPlay dan Android Auto
AMG TRACK PACE ialah sebahagian daripada sistem infotainmen yang boleh merekodkan lebih daripada 80 data kenderaan seperti kelajuan dan pecutan.
Dengan Pakej Premium Plus, kereta dilengkapkan dengan sistem bunyi keliling Burmester® 3D dan kawalan iklim automatik THERMOTRONIC.
CIRI KESELAMATAN MERCEDES-AMG EQS 53 4MATIC+
EQS hadir dengan pakej Driving Assistance Plus yang terdiri daripada teknologi berikut:
- Bantuan Jarak Aktif DISTRONIC
- Penghidupan Semula Automatik untuk Kesesakan Lalu Lintas
- Bantuan Kekal Lorong Aktif
- Bantuan Stereng Aktif
- Bantuan Pengendalian Aktif
- Impuls sisi PRE-SAFE®
- Sensor Belakang untuk Bantuan Keluar Lorong
Perlindungan Kenderaan URBAN GUARD Plus:
- Sistem Penggera Anti-Pencurian
- Sistem Pemantauan Dalaman
Pakej Parking dengan Fungsi Parking Jarak Jauh
- Kamera 360°
- Bantuan Parking Aktif
- Pra-Pemasangan untuk Bantuan Parking Jarak Jauh
Ciri lain ialah, Bantuan Parkir Memori, Sistem Pemantauan Tekanan Tayar, TIREFIT, Beg Udara Tingkap, Beg Udara Lutut, Sistem PRE-SAFE®, Sistem Panggilan Kecemasan Mercedes-Benz
HARGA MERCEDES-AMG EQS 53 4MATIC+
Seperti yang dikatakan di awal artikel, model ini ditawarkan pada harga bermula daripada RM798,888.00, atas jalan, tanpa insurans. Berbanding Mercedes-Benz EQS 500 4Matic yang dipasang secara CKD, harga AMG EQS 53 adalah RM150,000 lebih tinggi.
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv