Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Pegangan Pasaran Proton Tertinggi Dalam Tujuh Tahun

Suhana Veru

Kongsi melalui


Proton mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya mencatatkan jualan sebanyak 11,873 unit kenderaan pada bulan lalu sekali gus menguasai 27.1% pasaran tempatan dan eskport.

Penguasaan pasaran itu dikatakan tertinggi sejak September 2013 dan Proton menduduki di tangga kedua selepas berjaya meningkatkan jualan hampir dua kali ganda berbanding 5,964 unit yang dapat dijual pada Januari lalu. 

Jika dibandingkan dengan bulan yang sama (Februari) pada tahun lalu, angka jualan meningkat 19.9% manakala, jualan terkumpul pada dua bulan pertama 2021 dilihat masih kurang iaitu  643 unit atau 3.5% berbanding tahun lalu.  

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah menyifatkan bulan Februari lalu merupakan bulan yang mencabarkan bagi industri automotif sebaliknya ia memberi keputusan cemerlang kepada Proton.
 
Bagaimanapun, tambah beliau, usaha kerajaan yang mahu memastikan aktiviti ekonomi dapat meneruskan kelangsungan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan Proton berjaya menghasilkan lebih banyak kenderaan dan mengurangkan tunggakan pesanan.

“Kami melihat segmen automotif akan terus menarik perhatian pembeli pada 2021. Jadi, banyak syarikat automotif akan melancarkan pelbagai jenama namun Proton akan terus berhati-hati bagi mengelakkan kadar infeksi meningkat semula,” ujarnya.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak penguasaan pasaran Proton melonjak secara ketara  berikutan pelancaran model X50 pada 27 Oktober lalu. Keluaran model itu mendapat sambutan memberangsangkan apabila Proton menerima lebih 30,000 tempahan sebelum akhir tahun lalu.

“Berdasarkan rekod setakat ini, sebanyak 3,345 unit kenderaan itu telah dihantar pada Februari lalu dan sebanyak 8,141 unit kini berada di tangan pembeli dan kadar bekalan dikatakan semakin menghampiri jumlah permintaan.

“Pencapaian itu merupakan jumlah terbesar bagi kenderaan utiliti sukan (SUV) dalam sejarah Malaysia sekali gus membolehkan Proton X50 diberi gelaran SUV paling laris dalam segmennya,” ujarnya.

Sebanyak 1,475 unit Proton X70 iaitu jumlah tertinggi bagi SUV segmen C ditambahkan ke dalam jumlah kumulatif sekali gus membolehkan syarikat berjaya menjual 4,820 unit SUV pada Februari.

Menurut Proton, ia merupakan keputusan yang terbaik pernah tercapai dalam sejarah pasaran automotif negara.

Dalam perkembangan sama, model yang tetap laris adalah Proton Saga apabila sebanyak 4,217 unit telah dijual dan model sedan segmen-A. Ia juga merupakan model pertama Proton yang dijual di Kenya  menerusi rakan perniagaan Proton, Simba Corporation.

Gelaran sedan segmen-B terlaris pula disandang oleh Proton Persona setelah 1,818 unit dijual, manakala Proton Exora  kekal di tangga teratas bagi MPV segmen-C dan Proton Iriz dikatakan berada di tempat ketiga bagi hatchback segmen-B.

Tag:

#proton
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

EV Nasional Mampu Milik: MITI, Proton, Perodua Bincang Usaha Percepat Pengeluaran

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) kini sedang mengadakan perbincangan dengan syarikat pengeluar kenderaan tempatan.

23-02-2023
Berita Auto

Februari & Mac 2023 Bakal Catat Jualan Kereta Tinggi, Ini Sebabnya...

Bulan Februari dan Mac tahun ini dijangka akan mencatatkan jumlah jualan industri (TIV) yang tinggi.

22-02-2023
Teknologi

Proton X Watch Kini Di Pasaran! Hanya RM1,499! Boleh Kawal Fungsi Kereta?

Proton baru sahaja melancarkan jam tangan pintar, Proton X Watch, yang kini boleh didapatkan pada harga RM1,499.

12-02-2023
Berita Auto

Industrial Labs Jadi Pembekal Sistem Solar Fotovoltaik Untuk Proton Global Services

Anak syarikat milik Proton Edar, Proton Global Services Sdn. Bhd. (PGS) telah melantik Industrial Laboratories Sdn. Bhd. (Industrial Labs) sebagai pembekal sistem solar fotovoltaik (PV) kedua.

19-01-2023
Teknologi

Proton Pertonton Enjin Turbo 3 Silinder Hibrid Ringan 1.5L Dalam Video Korporat Terbaharu

Proton bakal memperkenalkan trenkuasa hibrid pertama keluaran syarikat tidak lama lagi.

05-01-2023
Berita Auto

Proton Capai Prestasi Jualan Terbaik Sejak 2013! Ini Dia 2 Model Terlaris Proton...

Proton mengakhiri tahun 2022 dengan pertumbuhan jualan empat tahun berturut-turut.

04-01-2023
Berita Auto

Proton X50, X70 Terkenal Di Afrika Selatan! Kini Sudah Unit Ke-1000 Proton Dieksport!

Kedudukan pengeluar kereta nasional PROTON kini kukuh di Afrika Selatan dalam tempoh hanya dua bulan.

23-12-2022
EV

Tun Mahathir Puji Polestar 2, Harap Proton Hasilkan EV Sendiri!

DRB-Hicom telah membawa sebuah Polestar 2 untuk ditunjukkan kepada Tun Mahathir.

10-12-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026