Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Renault Captur Membongkarkan Versi R.S. Line

Sofea Najmi

Kongsi melalui


Renault telah mendedahkan Captur dalam versi R.S. Line yang dilengkapkan dengan pelbagai ciri eksklusif diinspirasikan daripada dunia permotoran. 

The New Captur R.S. Line reveals its sport inspired philosophy with a strong and distinctive charisma. Captur R.S. Line menampilkan gaya sporty yang diserlahkan melalui penggunaan warna dua tona dan juga kemasan berwarna logam gelap. Bahagian depannya dilengkapkan dengan plat kelincir dan juga bilah F1 aerodinamik berinspirasikan permotoran yang ikonik dalam R.S.  Sudut belakangnya begitu menonjol sekali dengan adanya plat kelincir dan juga dwi-ekzos yang penuh bergaya. 





Secara keseluruhannya, sudut luar kereta ini dapat dilihat sungguh terserlah gaya sportynya.  Captur R.S Line menampilkan bampar hadapan dengan plat F1 dan juga gril dengan reka bentuk sarang lebah. Selain itu, terdapat peresap udara di bahagian belakang yang berwarna kelabu, cermin kereta dengan filem solar gelap, cermin belakang, dua kanula berwarna krom dan akhir sekali rim aloi Le Castellet bersaiz 18-inci. Logo R.S. Line dapat dilihat diletakkan pada bahagian pintu belakang untuk menunjukkan variannya. 



 

Kemasan berwarna merah juga dapat dilihat digunakan pada corong pendingin hawa dan juga ambang pintu aluminiumnya untuk menampilkan warisan gaya Renault Sport. 


Antara kelengkapan standard yang disediakan adalah seperti skrin digital 10-inci dengan kemasan karbon, bantuan parkir depan dan belakang berserta kamera pandangan belakang, pengecas induksi dan juga cermin dalaman elektrokromik. 


Pilihan pacuan roda yang ditawarkan bagi Captur R.S. Line adalah termasuk transmisi manual TCe 140 FAP  dan juga dwi-cekam TCe 140 EDC FAP versi automatik. Pacuan roda yang dijana oleh kuasa elektrik menggunakan teknologi hibrid E-Tech yang mampu memberi kuasa sehingga 140 hp, bersama dengan hibrid plug-in E-Tech untuk kuasa sehingga 160 hp.


Renault Captur 2021 sudah pun mula ditawarkan di negara Eropah bermula daripada 28,400  euro (RM115,176.20) untuk TCe 140 FAP sehingga 37,050 euro (RM 150,256.27) untuk  E-Tech Plug-In 160. 



Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Terkini

Kereta Baru
JAECOO J5 EV Kini Dibuka Untuk Tempahan Di Malaysia, Anggaran Harga Bermula RM125,000

JAECOO J5 EV Kini Dibuka Untuk Tempahan Di Malaysia, Anggaran Harga Bermula RM125,000

OMODA | JAECOO Kini Jenama Ke-5 Terlaris Di Malaysia, Tempahan Jaecoo J5 EV sudah dibuka.

18-07-2026
Kereta Baru
BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k

BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k

Ruang But 1,510L, Pecut 3.6 Saat! BMW M3 Touring Rasmi Mendarat Di Malaysia.

16-07-2026
Kereta Baru
Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3

Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3

Seni Pembinaan Ringan: Bagaimana BMW M2 CS Baharu Memotong 30kg Untuk Prestasi Maksimum.

16-07-2026
Kereta Baru
DENZA Z9GT Dilancarkan: EV Mewah Yang Boleh Cas 5 Minit Sahaja? Ini Faktanya

DENZA Z9GT Dilancarkan: EV Mewah Yang Boleh Cas 5 Minit Sahaja? Ini Faktanya

EV Paling Laju Cas Kini Di Malaysia! DENZA Z9GT Boleh Cas 10%-70% Dalam 5 Minit Sahaja.

15-07-2026
Kereta Baru
Volkswagen Tayron Dilancar – SUV 7 Tempat Duduk CKD Pekan, Harga Bermula RM189k

Volkswagen Tayron Dilancar – SUV 7 Tempat Duduk CKD Pekan, Harga Bermula RM189k

Gergasi Baharu Di Antara Tiguan & Touareg: Volkswagen Tayron Rasmi Tiba Di Malaysia.

13-07-2026
Kereta Baru
Tempahan DENZA Z9GT Kini Dibuka Di Malaysia, Cas 5 Minit Sahaja

Tempahan DENZA Z9GT Kini Dibuka Di Malaysia, Cas 5 Minit Sahaja

DENZA Z9GT Masuk Malaysia: GT Elektrik 1,156 PS, Sedia 'Tapau' 0-100 Km/J Dalam 2.7 Saat.

09-07-2026
Kereta Baru
Jaecoo J5 EV Didedah, 211 Hp, Jarak Gerak 402km

Jaecoo J5 EV Didedah, 211 Hp, Jarak Gerak 402km

Orang ramai boleh melihat Jaecoo J5 EV di Mid Valley, KL.

09-07-2026
Kereta Baru
Suzuki eVITARA Rasmi Dilancarkan – SUV BEV Pertama Suzuki, Bermula RM188k

Suzuki eVITARA Rasmi Dilancarkan – SUV BEV Pertama Suzuki, Bermula RM188k

Bermula RM188k, Adakah Suzuki e VITARA eAxle Ini Bakal Jadi SUV Elektrik Pilihan Anda?

26-06-2026