Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Mitsubishi Outlander 2021 Baharu Diumumkan di Jepun

Sofea Najmi

Kongsi melalui
Pengeluar kereta Jepun, Mitsubishi Motors Corp telah membongkarkan kemunculan Outlander baharu di Tokyo, Jepun. Model ini menampilkan arah tuju reka bentuk baharu, dengan ciri kualiti bertaraf premium, lasak dan lengkap dengan teknologi inovatif. Model ini turut membuat penampilan di Amazon Live menjadikannya automobil pertama yang dilancarkan di platform tersebut. "Berdasarkan konsep produk 'I-Fu-Do-Do' yang membawa maksud keaslian dan agung dalam bahasa Jepun, Outlander serba baharu ini telah direka sebagai sebuah SUV dengan penambahbaikan gaya dan prestasi jalan raya yang signifikan. Model baharu ini turut menampilkan gaya rekaan yang berkualiti tinggi untuk memberikan kepuasan kepada pelanggan yang ingin melebarkan horizon mereka dengan menempuh pelbagai jenis rintangan," kata Ketua Pengarah Eksekutif, Takao Kato.   

 



 

Outlander generasi keempat ini telah diberikan penambahbaikan pada segenap bahagian. Antara ciri yang ditawarkan adalah termasuk Smartphone Link Display Audio System dengan fungsi sambungan telefon pintar (Android dan iPhone). Pengguna boleh menghubungkan sistem ini dengan Android Auto, Apple CarPlay dan aplikasi lain pada skrin besar bersaiz 9 inci. Untuk kemudahan pemandu, paparan memandu digital sepenuhnya yang bersaiz 12.3 inci yang menggunakan material kristal cecair adalah paparan pertama seumpamanya yang digunakan oleh Mitsubishi Motors. Paparan ini turut dilengkapi fungsi penyesuaian (customization) yang membolehkan pelbagai informasi berbeza digabungkan dan dipaparkan pada skrin. Selain itu, turut terdapat paparan pelbagai info bersaiz 7 inci yang boleh menunjukkan arah anak panah untuk tujuan navigasi pada bahagian tengah skrin. Ia turut menggunakan paparan analog dengan gabungan dail stereoskopik dail dan jarum indikator yang dihiasi. Ciri tambahan lain adalah pemanas tempat duduk dan kawalan iklim tiga zon automatik. Pelindung matahari untuk pintu belakang pula disediakan bergantung pada aras trim untuk menjadikan kerusi tempat duduk belakang lebih selesa bagi sebuah SUV keluarga. Outlander baharu ini menggunakan enjin 2.5 liter dengan sistem 4WD dan S-AWC (Super-All Wheel Control) yang dikawal secara elektronik. Sistem transmisi yang digunakan ialah CVT mod sport 8-kelajuan dengan kawalan step shift. Mengenai fungsi keselamatan yang disediakan pula, antaranya adalah seperti Kawalan Pelayaran Adaptif (ACC), Sistem Bantuan Kekal Lorong (LKAS), sistem sambungan navigasi, operasi penetapan permasalahan, 11 buah beg udara, Mitsubishi Connect, prestasi keselamatan pelanggaran, kestabilan stereng dan juga sistem brek anti-kunci. Untuk model 4WD kereta ini, ia dilengkapi brek AYC (Active Yam Control) dan sistem kawalan dinamik kenderaan yang disepadukan dengan S-AWC, manakala, model 2WD pula didatangkan dengan brek AYC untuk tayar depan dan belakang serta disepadukan dengan kawalan kestabilan aktif (ASC). Dalam mod memandu pra-set, terdapat enam jenis mod berbeza bagi model 4WD dan lime jenis mod untuk 2WD. Mod-mod yang dimaksudkan adalah Eco, Normal, Tarmac, Gravel, Snow dan Mud3. Mod pemanduan yang ditawarkan memantapkan pengendalian kenderaan model 4WD dan dalam masa yang sama turut meningkatkan potensi model 2WD untuk melahirkan rasa selamat semasa memandu. Mitsubishi Motors juga memasangkan paparan-di-kepala (HUD) bersaiz 10.8 inci untuk memaparkan informasi memandu dengan cara yang lebih selamat dan pantas. Pemandu boleh memilih secara manual untuk membua atau menutup sistem HUD di samping boleh memilih kandungan yang ingin dipaparkan pada skrin. Berkenaan sistem bunyinya, Outlander menggunakan sistem audio premium BOSE. Sistem ini merangkumi 10 buah speaker termasuklah woofer besar dengan dua subwoofer pada bahagian pintu yang mengeluarkan bunyi bass yang dalam berserta bunyi berkualiti tinggi seperti dalam pertunjukan langsung. Berkaitan ruang simpanannya pula, terdapat tempat meletak telefon pintar pada ruang lekukan di konsol tengah, poket tepi konsol, poket belakang kerusi pemandu dan juga poket tepi pintu. Pada bahagian simpanan konsol tengah juga terdapat tempat pengecas telefon tanpa wayar (15W) yang akan menjalankan pengecasan secara automatik sebaik telefon pintar diletakkan di atasnya. Turut terdapat di bahagian yang sama adalah port pengecas USB Type-C dan Type-A pada kedudukan belakang dan depan konsol tengah.




SUV keluarga Outlander serba baharu ini dilengkapkan dengan tujuh tempat duduk.  Kerusi ini boleh disusun secara fleksibel dengan pelbagai ciri konfigurasi untuk disesuaikan dengan bilangan penumpang dan bagasi.  Tempat duduk barisan kedua terdiri daripada kerusi gelangsar (boleh digerakkan ke depan dan belakang) yang boleh dilaraskan, kerusi ini memiliki nisbah pemisahan 4:2:4, membenarkan dua orang penumpang dewasa untuk duduk dengan selesa di baris kedua walaupun membawa barangan yang panjang seperti papan ski. 



Warna yang ditawarkan bagi badan kereta model keluaran Mitsubishi Motor ini adalah Diamond Series, Red Diamond dan White Diamond, warna baharu, Black Diamond. Ia turut ditawarkan dalam enam warna asas lain menjadikan secara keseluruhannya pelanggan boleh memilih daripada sembilan warna berbeza. 


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Terkini

Kereta Baru
Lamborghini Temerario Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM1.3 Juta, Cecah 907 HP

Lamborghini Temerario Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM1.3 Juta, Cecah 907 HP

Lamborghini Kuala Lumpur hari ini secara rasmi melancarkan kenderaan elektrik berprestasi tinggi (HPEV), Lamborghini Temerario.

15-07-2025
Kereta Baru
Bakal Dilancar! BYD Atto 2 Masuk Malaysia

Bakal Dilancar! BYD Atto 2 Masuk Malaysia

BYD Cars Malaysia mengesahkan bahawa BYD Atto 2 akan tiba ke pasaran tempatan dalam tempoh terdekat ini.

14-07-2025
Kereta Baru
Chery Tiggo Cross Dilancar, Ada 2 Varian, Harga TAK Sampai RM100,000

Chery Tiggo Cross Dilancar, Ada 2 Varian, Harga TAK Sampai RM100,000

Chery Tiggo Cross akhirnya dilancarkan secara rasminya ke pasaran tempatan.

09-07-2025
Kereta Baru
Dilancar: MG Cyberster RWD Cukup Bergaya, 340 PS, Boleh Gerak Sejauh 508 KM, Harga Cuma RM299,900

Dilancar: MG Cyberster RWD Cukup Bergaya, 340 PS, Boleh Gerak Sejauh 508 KM, Harga Cuma RM299,900

MG Motor Malaysia melancarkan varian baharu bagi kereta sport elektrik, MG Cyberster RWD baru-baru ini.

09-07-2025
Kereta Baru
Proton X50 Facelift 2025 Kini Boleh Ditempah – Rebat RM1,000, Kad TnG Percuma

Proton X50 Facelift 2025 Kini Boleh Ditempah – Rebat RM1,000, Kad TnG Percuma

Proton secara rasmi membuka tempahan untuk model baharu X50 selepas acara pratonton penuh tenaga bertemakan “Ready to Roar” yang diadakan di Setia City Mall.

06-07-2025
Kereta Baru
Harga BMW 218 Gran Coupe Sport 2025 Diumumkan – CKD, Dari RM218,800

Harga BMW 218 Gran Coupe Sport 2025 Diumumkan – CKD, Dari RM218,800

BMW Group Malaysia telah mengumumkan harga runcit rasmi bagi model baharu BMW 218 Gran Coupe Sport 2025 yang kini dipasang secara tempatan (CKD).

04-07-2025
Kereta Baru
Kritikan Didengar, Proton e.Mas 7 Kini Lebih Canggih & Menawan – Apple CarPlay, Obsidian Black

Kritikan Didengar, Proton e.Mas 7 Kini Lebih Canggih & Menawan – Apple CarPlay, Obsidian Black

Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET), anak syarikat PROTON, hari ini secara rasmi melancarkan varian terbaru yang lebih ‘mengancam’ untuk EV e.Mas 7.

02-07-2025
Kereta Baru
Dilancar: Hyundai Tucson Facelift 2025 Masuk Pasaran, Harga Marhaen

Dilancar: Hyundai Tucson Facelift 2025 Masuk Pasaran, Harga Marhaen

Hyundai Motor Malaysia turut melancarkan secara rasminya Hyundai Tucson Facelift 2025 ke pasaran tempatan, pagi tadi.

02-07-2025