Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Hyundai dan Singtel Sah Berkolaborasi ke Arah Mobiliti Pintar

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Baru-baru ini, Hyundai Motor Company dan Singtel telah menandatangani Memorandum Perjanjian Persefahaman (MOU) untuk bekerjasama dalam usaha menyokong pengeluaran dan sambungan pintar untuk servis langganan bateri bagi kenderaan elektrik.  





Berdasarkan kenyataan yang dibuat pada bulan Oktober tahun lalu, kolaborasi ini akan membawa kepada penubuhan Hyundai Motor Group Innovation Centre Singapore (HMGICS) yang akan menjadi lokasi kajian mobiliti masa hadapan dijalankan selain mencari penyelesaian, servis dan teknologi pengganggu (distruptive) yang inovatif untuk menawarkan pengalaman pengangkutan yang lebih baik kepada pengguna. 

Dengan gabungan kepakaran antara Hyundai dan Singtel, kolaborasi ini mampu membawa penyelesaian digital termaju Industri 4.0 yang dapat membawa kepada transformasi teknik bagaimana kenderaan dihasilkan pada masa kini. 

Sebagai permulaan, syarikat akan tampil dengan kilang pintar 5G sebagai platform pengeluaran terbaharu HMGICS yang turut akan melalui proses penilaian.  

"Hyundai gembira untuk bekerjasama dengan Singtel, melaksanakan penyelesaian komunikasi generasi akan datang yang akan meningkatkan pengalaman mobiliti pelanggan kami," kata Timbalan Presiden Kanan HMGICS di Hyundai Motor Company, Hong Bum Jun. "Kami juga berharap untuk melihat dengan teliti penyelesaian inovatif dan juga peluang perniagaan dengan Singtel bagi membantu merealisasikan visi Smart Nation Singapura."

Seterusnya, pihak yang terlibat juga akan berusaha ke arah menghasilkan penyelesaian komunikasi IoT untuk bateri yang memberi kuasa kepada kenderaan elektrik Hyundai (EV) di Singapura. Dengan ini, Hyundai mampu untuk mengawasi telemetri ataupun transmisi data automatik untuk status dan juga prestasi terkini bateri.  Di samping itu, maklumat yang disumbangkan oleh data itu juga dapat digunakan untuk meningkatkan keutuhan EV. 







"Kolaborasi kami dengan Hyundai Motor dilakukan pada waktu yang tepat sehubungan dengan keputusan yang dibuat kerajaan Singapura untuk menghentikan pembakaran enjin kenderaan menjelang 2040 dan juga berdasarkan pengumuman Bajet terkini tentang polisi baharu untuk menggalakkan lebih ramai rakyat Singapura bertukar kepada kenderaan elektrik. Dengan cara mengabaikan segala batasan tentang apakah yang boleh dilakukan oleh 5G, IoT dan juga teknologi termaju yang lain, kami juga ingin menghasilkan pengeluaran pintar dan keupayaan Industri 4.0 Singapura serta memperkukuh ekosistem inovasinya," ujar Pengarah Pengurusan, Perusahaan Kerajaan dan Kerajaan, Group Enterprise di Singtel, Andrew Lim.  

Pusat inovasi tujuh tingkat dengan keluasan 44,000 meter persegi HMGICS ini akan siap dibina pada penghujung 2022, berlokasi di Jurong West.


Gallery

Tag:

Hyundai Motor
MOU
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Hyundai Labur RM2.16 Bilion Di Kulim, Bakal Wujudkan Peluang Pekerjaan Kepada Rakyat

Penubuhan kilang Hyundai Motor dijangka membawa banyak peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan nanti.

26-11-2024
Teknologi

Hyundai Tayang Robot Berkaki Empat

Hyundai Motor Poland mempersembahkan sebuah robot berkaki empat Spot.

30-03-2022
Berita Auto

Hyundai IONIQ 5: Cas Hanya 5 Minit Dapat 100KM!

Hyundai IONIQ 5 telah dilancarkan pada bulan Februari tahun ini sebagai model pertama di bawah jenama IONIQ.

29-09-2021
Berita Auto

Imej Acah MPV Baharu, STARIA, Didedahkan Hyundai!

Hyundai Motor Company telah meperkenalkan STARIA baharu, sebuah kenderaan di bawah kategori kenderaan serba guna (MPV) bersama-sama dengan imej acah kereta tersebut.

11-03-2021
Berita Auto

Tesla Model 3 & Hyundai Kona Electric Akan Digunakan Polis Indonesia

Pada masa ini, hanya Tesla Model 3 dan Hyundai Kona Electric sahaja model kereta elektrik yang telah menyertai barisan kenderaan POLRI.

02-03-2021
Berita Auto

MILI EV Hybrid Jalin Kerjasama Dengan Sarawak Skills Kukuhkan Latihan, Perkhidmatan EV Di Sarawak

SIB Mili Sdn. Bhd. (SIB Mili), anak syarikat Sapura Industrial Berhad, telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (Sarawak Skills) bagi memperkukuh ekosistem Kenderaan Elektrik (EV) dan Hibrid di Sarawak

09-09-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Selain GWM Tank 300 HEV, 5 Lagi SUV Bakal Menyusul

Great Wall Motor (GWM) Malaysia bakal menggegarkan pasaran automotif tempatan pada tahun ini.

01-04-2026
Berita Auto

Terbeliak Mata Tengok Harga Diesel - Naik 50 Sen

Satu kejutan besar buat pengguna kenderaan diesel di Semenanjung Malaysia apabila harga runcit bahan api tersebut dilaporkan melonjak sebanyak 50 sen.

01-04-2026
Berita Auto
Berita Auto

Industri Automotif Malaysia: Perodua Puji MITI

Perodua, menyatakan sokongan padu terhadap penjelasan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengenai hala tuju Dasar Automotif Negara (NAP).

01-04-2026
Berita Auto

BUDI95 200 Liter Sebulan: Ramai 'Sapu' Baki Subsidi Semalam

Beberapa stesen minyak di sekitar Lembah Klang dilaporkan mengalami kesesakan luar biasa semalam.

01-04-2026
Berita Auto

Isu BYD: MITI Perjelas Perkara Sebenar

Jangan keliru, ini penjelasan MITI.

31-03-2026
Berita Auto

Angkara Pemandu Mabuk, Ini Nasib Mangsa Rempuhan

Duit boleh beli Range Rover, tapi tak boleh beli nyawa orang lain!

31-03-2026
Berita Auto

Pemandu Mabuk Di Jasin, Polis Sedang Siasat

Polis Daerah Jasin kini sedang giat mengesan seorang pemandu van yang terlibat dalam kemalangan di Simpang Kerayong, Melaka.

31-03-2026