- Berita
- Teknologi
- Hyundai Tayang Robot Berkaki Empat
Buat julung kalinya, Hyundai Motor Poland mempersembahkan sebuah robot berkaki empat dari syarikat Boston Dynamics yang dipanggil sebagai Spot.
Ia diadakan di seluruh cawangan bilik pameran kenderaan elektrik Hyundai di Poland pada Januari lalu. Pameran itu bermula 20 Januari dan berakhir pada 8 Februari lalu.
Spot ditayangkan kepada umum dalam siaran langsung, Onet Rano. Ia merupakan satu rancangan dalam talian yang agak paling popular di Poland.
Bersiaran dari Bilik Pameran Pengedar Hyundai di Warsaw, Poland, temu bual itu adalah sebahagian daripada hasil kerjasama Hyundai Motor Poland dengan Onet Rano.
Ia bertujuan untuk menggalakkan penggunaan mobiliti elektrik.
Rancangan Onet Rano dikatakan akan menggunakan kenderaan elektrik sepenuhnya, Ioniq 5 sebagai studio mudah alih.
Pihak pengurusan rancangan itu akan menjemput para tetamunya di studio unik mereka dalam membincangkan isu-isu politik dan sosial.
Malah, Spot juga ditayangkan kepada para wartawan automotif, teknologi, perniagaan di Poland.
Pada tahun ini, Spot akan mengadakan lawatan ke negara Eropah dimana ia sudah menapak di Poland menerusi empat bilik pameran Hyundai di Margo, Nawrot, Karlik dan Auto G.T. Warsaw.
Ia kemudian dibawa ke negara Republik Czech, di mana ia dipamerkan pada acara pembukaan bilik pameran kenderaan elektrik di Prague.
Malah, bermula April hingga Julai ini, Spot akan diterbangkan ke United Kingdom dan lawatannya akan diteruskan ke Trondheim, Norway.
Bagaimanapun, lawatan terakhirnya ke Eropah dikatakan masih dalam rancangan.
Pada mulanya, Boston Dynamics melancarkan jualan robot komersial pertamanya, yang berkaki empat itu pada Jun 2020.
Sebaliknya, hari ini terdapat ratusan robot miliknya kini digunakan dalam pelbagai industri termasuk, sektor tenaga, pembinaan, pembuatan, minyak dan gas serta perlombongan.
Bagi Bilik Pameran Elektrik Hyundai, ia merupakan konsep baharu bilik pameran Hyundai, yang menawarkan akses yang lebih baik kepada model elektrik.
Buat masa ini di Poland, terdapat empat bilik pameran kenderaan elektrik Hyundai yang terletak di bandar Gdańsk, Poznań, Warsaw dan Wrocław.
Di antara semua pembuat kereta, Hyundai menawarkan rangkaian rangkaian kuasa elektrik paling luas termasuk hibrid ringan, hibrid, hibrid plug-in, BEV dan FCEV.
Model elektrik Hyundai terdiri daripada, kategori MHEV (Mild Hybrid) iaitu i30 dan Tucson, manakala HEV (Hybrid) mempunyai Kona Hybrid, Tucson Hybrid dan Santa Fe Hybrid.
Bagi plug in hibrid pula, ia menawarkan barisan Tucson Plug-in dan Santa Fe Plug-in, EV (Elektrik) menyediakan Kona Electric dan Ioniq 5, dan kenderaan elektrik yang dikuasa dengan hidrogen, NEXO.
Apa yang menariknya, selaras dengan visi syarikat untuk masa depan, Hyundai menawarkan pengalaman EV yang mengutamakan gaya hidup di bawah jenama barisan Ioniq.
Menerusi teknologi tanpa pemandu Motional, Hyundai telah bekerjasama dengan syarikat solusi mobility, Aptiv.
Sebelum ini, Aptiv pernah mengusahakan armada teksi robot di Las Vegas Nevada.
Kedua-dua pihak mengumumkan bahawa pihaknya akan melancarkan robot teksi (Robotaxi) yang menggunakan model Ioniq 5 menjelang tahun 2023.
Berasaskan model Ioniq 5, Robotaxi ialah kenderaan autonomi Tahap 4 SAE yang boleh beroperasi tanpa pemandu.
Menurut Hyundai, teknologi tanpa pemandu sebenarnya dapat meningkatkan keselamatan jalan raya dengan mengurangkan kadar kemalangan yang disebabkan oleh kesilapan manusia.
Teknologi canggih itu dapat dapat menyelamatkan berjuta-juta nyawa.
Selain itu, Hyundai yakin kenderaan berautonomi menyediakan bentuk pengangkutan yang lebih mudah diakses, mampu milik dan boleh dipercayai untuk semua orang.
Maka, ini adalah penyebab utama mengapa Hyundai membina Robotaxis Ioniq 5. Ia sebenarnya mahu menawarkan pilihan mobiliti yang lebih baik kepada pelbagai pengguna di seluruh dunia.
Bagi mengorak setapak ke hadapan, Hyundai membangunkan masa depan mobiliti dimana ia bukan sekadar kereta penumpang sebaliknya Hyundai mahu mencipta robot exoskeleton boleh pakai, kenderaan tanpa pemandu dan kenderaan yang boleh meredah semua jenis permukaan jalan.
Nampaknya hasrat Hyundai mungkin tercapai.
Apa tidaknya, Hyundai Motor Group telah memperoleh kepentingan mengawal dalam Boston Dynamics, untuk membangunkan robot tangkas dan mudah alih.
Hyundai juga telah mengambil satu lagi langkah besar ke arah transformasi strategik dengan menjadi Penyedia Penyelesaian Mobiliti Pintar.
Apapun, Hyundai sudah bertekad untuk membangunkan teknologi canggih yang dapat menjamin keselamatan orang ramai.
Gallery





















Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari