Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Banyak Rupanya Cara Nak Dapat Mata Ganjaran Daripada Aplikasi Setel Petronas!! Eh! Boleh Order Makanan Dari Kereta Kat Petronas?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) telah memperkenalkan sebuah sistem yang membolehkan pelanggan mengutip mata ganjaran sehingga 3 kali ganda  untuk setiap liter pembelian yang dibuat melalui aplikasi Setel.  Program ini mula ditawarkan daripada sekarang sehingga 30 Jun 2021.

Sistem baharu ini dikategorikan kepada tiga peringkat berbeza iaitu Junior, Explorer dan Hero yang bergantung kepada jumlah isipadu minyak yang dibeli.  Pembeli yang melakukan transaksi melalui aplikasi Setel akan menerima bonus sebanyak 1.5X, 2X atau 3X bagi setiap liter berdasarkan peringkat tadi. 


"Kami sentiasa mencari cara untuk membentuk semula dan memudahkan pengalaman pelanggan. Dengan pendigitalan program kesetiaan Mesra kami, kini pelanggan boleh menerima, menebus ganjaran yang menarik dan memantau mata ganjaran yang diterima dengan mudah melalui aplikasi Setel atau app.setel.my tanpa menggunakan kad fizikal Mesra.  Selain itu, penggunaan Setel juga dapat meminimumkan sentuhan fizikal dan memaksimumkan keselamatan di stesen," ujar Ketua Perniagaan Runcit PDB, Khalil Muri.

Tambahnya lagi, "Di samping itu, kami akan menganugerahkan pengguna Setel baharu dengan 10X mata ganjaran Mesra semasa promosi ini berlangsung untuk menggalakkan lebih ramai pelanggan menggunakan penyelesaian digital kami."


Pengguna yang baru kali pertama menggunakan akaun Setel, perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum boleh menggunakan akaun Setel dan jangan lupa untuk memasukkan kod promosi 'c-tenx' dalam tempahan untuk layak menerima 10X mata ganjaran Mesra bagi setiap perbelanjaan sebanyak RM1 melalui aplikasi. Promosi ini hanyalah untuk  30 hari pertama pendaftaran, terhad kepada 800 mata Mesra.  

Mata ganjaran Mesra boleh didapatkan dengan cara menyelesaikan tugasan seperti tambah nilai Setel Wallet, bayar untuk produk yang dibeli daripada outlet Mesra, serta bayar minyak di stesen PETRONAS ataupun tempah barangan dengan menggunaka Deliver2Me.  Ciri terbaharu, Deliver2Me, membenarkan pelanggan membeli barangan tertentu daripada lokasi-lokasi Mesra yang terlibat dan pelanggan akan menerima barangan ini secara terus daripada kenderaan semasa sedang mengisi minyak.  

Setel adalah sebuah usaha daripada PETRONAS untuk menawarkan pengalaman pengisian minyak dan pembelian yang lancar di semua stesen PETRONAS seluruh negara. Dilancarkan pada bulan Julai 2018, Setel kini boleh digunakan di setiap negeri seluruh negara, dan boleh dimuat turun daripada Apple App Store, Google Play Store dan Huawei AppGallery.

Gallery

Tag:

Setel
Petronas Dagangan Berhad
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Kempen ‘Semua Boleh Setel' Dengan Aplikasi Setel – Pulangan Tunai Hingga RM800!

Setel memperkenalkan kempen 'Semua Boleh Setel,' apa yang menarik?

30-11-2023
EV

Kolaborasi Gentari, EV Connection, Yinson GreenTech Mudahkan Akses 70% Pengecas EV Di Malaysia

Gentari Sdn Bhd (Gentari), EV Connection Sdn Bhd (EVC) dan Yinson GreenTech (YGT) melaksanakan kerjasama tiga hala menerusi anak syarikat, Green EV Charge Sdn Bhd.

17-03-2023
EV

Setel Tambah Lokasi Pengecas EV Baharu, Kini Lapan Lokasi

Setel mendedahkan tiga lagi lokasi baharu.

10-07-2022
Berita Auto

Setel Kini Tawar Perkhidmatan Baharu Untuk Pemilik EV

Pengguna EV kini boleh menggunakan Setel untuk mengecas kenderaan mereka.

26-05-2022
Berita Auto

Petronas Tawar Pelbagai Hadiah Mewah

Orang ramai boleh menyertai peraduan ini hanya dengan mengisi minyak Petronas Primax 97 dengan Pro Race.

02-03-2021
Berita Auto

PBD Menang Anugerah Platinum Jenama Putra 2020

Petronas diiktiraf jenama paling dekat dengan rakyat Malaysia.

09-02-2021

Berita Terkini

Berita Auto

Proton X70 Terbabas, Wanita Putus Kaki

Lagi kemalangan di LPT2.

06-06-2026
Berita Auto

KLIMS 2026 Bermula 12-21 Jun Ini

Tiket Serendah RM11.40 Sehari: Lubuk EV Terbesar Malaysia Kini di KLIMS 2026!

03-06-2026
Berita Auto

XPENG Malaysia Lancar Program 'MEGA X9 REWARDS', Tawaran Istimewa Berbaloi Hingga RM45,000

XPENG X9 2025: MPV Mewah Dengan Ganjaran Hebat MEGA X9 REWARDS.

03-06-2026
Berita Auto

Cuti Dah Habis? PLUS Jangka 2.2 Juta Kenderaan 'Serbu' Lembah Klang Mulai Esok

Trafik PLUS Dijangka Cecah 2.2 Juta: Ini 5 Tip Elak Sangkut 'Jam' Mulai 4 Jun.

03-06-2026
Berita Auto

Siri e.MAS Laku Keras! PROTON Labur RM37 Juta Gara-Gara Kilang Tak Menang Tangan

Ini Sebab Kenapa PROTON Sanggup Labur RM37 Juta Lagi Di Tanjung Malim...

03-06-2026
Berita Auto

JPJ Buru Pasangan Bermanja Dalam Kenderaan

Aksi wanita dan lelaki ini tular di media sosial.

03-06-2026
Berita Auto

UCar-e: Perodua Sedia 50 Kenderaan Pandu Kongsi Untuk Warga UUM, UPM Dan UTM

Perodua Jalin Kerjasama Dengan 3 Universiti Perkenal UCar-e.

03-06-2026
Berita Auto

Kuota BUDI95 Kekal 200 Liter, Paparan 150 Liter Akibat Ralat Sistem

Kecoh Kuota Subsidi Turun 150 Liter Semalam? Ini Penjelasan Sebenar MOF.

01-06-2026