Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Infotainmen Terbaharu Mazda MX-5 2021 Yang Bukan Biasa-Biasa!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Roadster paling ikonik syarikat Mazda, MX-5 RF dan juga pemenang bagi Anugerah Kereta Tahunan  Dunia 2021 bakal diperkenalkan dengan beberapa penambahbaikan baharu untuk tahun 2021. 

Kini, model yang diperbaharui ini bukanlah sekadar sebuah kereta sporty biasa, kerana fungsi Apple CarPlay yang terdapat dalam sistem infotainmennya telah menerima kemas kini terbaharu iaitu Wireless Apple CarPlay.


Ciri ini akan ditawarkan secara standard bagi varian AT dan MT.  Walau bagaimanapun, spesifikasi lain kekal sama. 

Sehubungan dengan itu, Mazda masih lagi akan menawarkan model ini dalam dua varian berbeza iaitu Mazda MX-5 RF 2.0L AT dan juga Mazda MX-5 RF 2.0L MT.


Berkenaan harganya, kedua-dua varian diimport sepenuhnya dari Jepun, Mazda MX-5 RF ditawarkan pada harga RM 260, 527 bagi varian automatik dan RM 258, 591 bagi varian manual. 

Untuk enjinnya, Mazda MX-5 dikuasakan oleh enjin SKYACTIV-G 2.0 liter. Enjin ini dapat menjana kuasa output sebesar 181 hp pada 7,000 rpm dan 205 Nm daya kilas pada 4,000 rpm. 


Kesemua kuasa yang terhasil digabungkan dengan transmisi manual 6-kelajuan SKYACTIVE-MT bagi varian 2.0 liter MT, manakala  bagi varian 2.0 liter AT pula, digabungkan dengan transmisi automatik 6-kelajuan dengan penganjak pedal.

Mengenai ciri kejuruteraannya, enjin MX-5 RF digabungkan dengan badan yang ringan dan dinamik pemanduan yang tangkas, ia mampu memberikan nisbah kuasa-berat yang menakjubkan di atas apa-apa jenis jalan raya.


Untuk warnanya pula, Mazda MX-5 2021 menampilkan warna baharu iaitu Deep Crystal Blue sebagai tambahan warna bagi barisan warna sedia ada lain Soul Red Crystal, Snowflake White Pearl, Machine Gray, Polymetal Gray dan Jet Black.

Harga yang dinyatakan sebelum ini adalah termasuk pengecualian cukai jualan (SST) sebanyak 50% yang sah sehingga 30 Jun, 2021. Mazda MX-5 RF sudah boleh ditempah daripada sekarang.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Rebut Peluang Bida Nombor Plat P_P

Bida nombor plat JPJ Siri P_P: Tarikh, Harga & Cara Mohon di JPJeBid.

17-04-2026
Berita Auto

Cukai Jalan 'Mati' 8 Tahun, Bila Kena Tahan, Tiba-Tiba Nak Bakar Kereta

"Drama" seorang pemandu yang mahu membakar kereta akhirnya tidak menjadi.

17-04-2026
Berita Auto

Tamatlah Era Myvi Lama? Perodua Myvi D01D Bakal Ubah Segalanya?

Perodua Myvi D01D: Segala Butiran Yang Kita Ketahui Setakat Ini.

17-04-2026
Berita Auto

Proses Lupus Kereta Tersadai Kini Lebih Cepat: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Amaran Pemilik Kereta Lama: DBKL Kini 'Bersihkan' Ibu Kota, Elakkan Kenderaan Anda Ditunda.

16-04-2026
Berita Auto

Siti Nurhaliza Kemalangan Di MEX

Siti Nurhaliza kemalangan di Lebuh Raya MEX.

16-04-2026
Berita Auto

Harga Minyak "Terjun", Diesel Tanpa Subsidi Turun 75 Sen

Petanda Baik! Harga Diesel & Petrol Malaysia Turun, Rakyat Boleh Tarik Nafas Lega.

15-04-2026
Berita Auto

15 Tahun Auto Bavaria KL: Apa Yang Menjadikan Mereka Ikon Mobiliti Premium Malaysia?

auto Bavaria KL Raikan Ulang Tahun Ke-15, Bakal Lancar BMW X3 Edisi Terhad Hujung Minggu Ini!

15-04-2026
Berita Auto

Kenapa Anda Boleh Percaya Bateri Chery? Ujian Ekstrem Ini Jawapannya

Chery menganjurkan Cabaran Keselamatan Bateri Chery Super Hybrid yang pertama di Malaysia dengan membakar bateri CSH pada 1,000 darjah celsius selama 1 minit dan 20 saat.

15-04-2026