Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Perodua Aruz masuk pasaran Singapura

Suhana Veru

Kongsi melalui


Perodua Aruz secara rasminya dilancarkan di Singapura, dengan harga SGD 92,999 (RM 286,409) termasuk cukai barang dan perkhidmatan dan sijil hak memiliki kenderaan (COE).


Kehadiran Aruz di Singapura menandakan kenderaan yang memiliki tempat kerusi duduk itu buat pertama kalinya menembusi pasaran di negara kepulauan itu.

Hampir 58,000 unit Aruz telah dijual di Malaysia sejak ia dilancarkan pada tahun 2019.


Perodua Aruz merupakan kenderaan utility sukan paling laris di Malaysia pada tahun 2019 dan 2020.

“Kami berhasrat untuk berkongsi mengenai ruang yang luas, versaliti, fleksibiliti, daya ketahanan, kecekapan bahan api dengan jiran selatan kami ,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Zainal Abidin Ahmad.

Perodua Aruz menggunakan enjin empat-silinder 1.5 liter Dual VVT-i dengan blok aluminium bergabung dengan transmisi automatik kawalan elektronik dan Eco Idle untuk memberi kecekapan bahan api sehingga 15.6 kilometer setiap liter (km/l).

Ia mampu menghamburkan kuasa 101 hp pada takat kuasa 6,000 rpm dan tork 133Nm pada takat 4,200 rpm.



Jentera ini juga hadir dengan lampu hadapan LED, rim aloi dua tona bersaiz 17 inci, sistem penghidup enjin tanpa kunci, sistem infotainment skrin sentuh  dengan paparan kamera undur.

Malah, ia juga dilengkapi dengan enam speaker selain menawarkan konfigurasi 60:40 untuk kerusi barisan kedua, dan 50:50 untuk barisan ketiga. Ia juga hadir Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC), cagak tempat duduk ISOFIX dan enam beg udara.


Empat warna ditawarkan pada Aruz bagi pasaran Singapura ini iaitu Granite Grey, Electric Blue, Glittering Silver dan Ivory White.

Syarikat Perocum Auto Pte Ltd merupakan pengedar tunggal yang sah di Singapura sejak ia mula beroperasi tahun 1997.

Syarikat berkenaan turut menjual Kancil, Kembara, Kelisa, generasi pertama Viva dan Myvi termasuk Bezza dan Axia.

Selain Singapura, Perodua juga mengeksport kenderaan ke Brunei, Sri Lanka, Mauritius, Seychelles, Fiji dan Indonesia (dijual sebagai Daihatsu Sirion).


Gallery

Tag:

Perodua Aruz
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

14-10-2024
Berita Auto

08-10-2024
Berita Auto

13-05-2024
Global

10-05-2024
Berita Auto

05-01-2024
Berita Auto

20-12-2023
Berita Auto

23-11-2023
Global

09-06-2023

Berita Terkini

Kereta Baru

Leapmotor C10 PLUS Capai 510 KM, Cas 22 Minit – Beli Awal, Diskaun RM13,000!

Stellantis Malaysia telah melancarkan model Leapmotor C10 yang terkini bagi tahun 2026, C10 PLUS, bersama varian eksklusif yang terhad, C10 PLUS Night Edition untuk pasaran tempatan.

26-02-2026
Kereta Baru

Jaecoo J5 Sah Dilancarkan 5 Mac – Insurans Percuma, Angpow, Kalau Tempah Awal

Teka-teki mengenai tarikh pelancaran SUV segmen B, Jaecoo J5, akhirnya terjawab. Menerusi satu hantaran di laman media sosial rasmi mereka, Jaecoo Malaysia mengesahkan model ini akan dilancarkan secara rasmi pada 5 Mac depan.

25-02-2026
Kereta Baru

Lagi Laju, Lagi Jauh! Leapmotor C10 2026 Capai 496 KM Bakal Tiba Di Malaysia?

Pengguna EV di Malaysia bakal disajikan dengan model Leapmotor C10 yang lebih berkuasa tidak lama lagi.

24-02-2026
Kereta Baru

Proton S70 MC1 2026 Dilancarkan, Ada 4 Varian, Harga Bermula - RM68,800

Proton S70 MC1 2026 yang dinaik taraf telah dilancarkan secara rasmi secara siaran langsung, dua hari lepas.

13-02-2026
Kereta Baru

Gaya Dua Tona Kini Standard Untuk Corolla Cross GR Sport 2026, Harga Sama

UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi memperkenalkan Toyota Corolla Cross GR Sport 2026 yang telah diberikan sentuhan yang lebih kemas, moden dan sporty.

10-02-2026
Kereta Baru

SAH! Hyundai Ioniq 5 N, Ioniq 6 N Bakal Masuk Malaysia

HMY membuat pengumuman mengejutkan sempena majlis makan malam media Tahun Baharu Cina malam tadi apabila mengesahkan Hyundai Ioniq 5 N and Ioniq 6 N akan dipasarkan di Malaysia, tidak lama lagi.

10-02-2026
Kereta Baru

Harga Omoda C9 PHEV RM220,000

OMODA | JAECOO Malaysia turut mengumumkan harga anggaran Omoda C9 PHEV adalah sekitar RM220,000.

06-02-2026
Kereta Baru

Harga Anggaran Jaecoo J5 Cuma RM110,000

OMODA | JAECOO Malaysia mengumumkan harga anggaran Jaecoo J5 adalah sekitar RM110,000.

06-02-2026