Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Harga berpatutan Mercedes 2021 – Maybach Kelas-S

Suhana Veru

Kongsi melalui

Mercedes mendedahkan harga sedan mewah yang telah direka semula, Maybach Kelas S  yang bakal dilancarkan di Amerika Syarikat (AS) tidak lama lagi.


Harga permulaan varian S 500 4Matic Luxury Line ialah AS$109,800 (RM451, 442) tetapi harga itu  tidak termasuk caj destinasi dan tambahan manakala varian paling mewah, S 580 4Matic,  pula berharga AS$184,900 (RM760,216).

S 580 4Matic yang menggunakan enjin 4.0 litre V8 dengan pengecas turbo berkembar  turut menggunakan sistem hibrid berkuasa 48 voltan.

Hakikatnya, tiada apa yang perlu dijelaskan untuk kenderaan mewah ini memandangkan ia sememangnya sinonim dengan jenama Mercedes.

Bagi barisan model Maybach ini, kenderaan ini sememangnya mengutamakan ciri-ciri  keselesaan dan berunsurkan kemewahan. 

Oleh itu, kapasiti enjin tidak menjadi fokus utama memandangkan Maybach Kelas-S ini hanya mampu menghamburkan 496 kuasa kuda dan tork, 700Nm dimana ia dilihat kurang mempunyai kekuasaan enjin bagi kenderaan berat ini.

Selain itu, penggantungan udara Airmatic dan pembatalan bunyi bising yang aktif dilihat merupakan antara ciri utama model baharu ini.

Malah pemasangan gandar belakang yang baharu dikatakan telah memperbaiki kecekapan kenderaan ketika berada di laluan sempit pada kelajuan rendah.


Menyentuh mengenai jarak roda kereta mewah ini, model ini hadir dengan 178 milimeter, lebih panjang berbanding Mercedes-Benz Kelas-S.

Beralih ke bahagian dalamannya, sedan mewah ini yang boleh diselaraskan, dilengkapi dengan tempat duduk urut betis  kaki selain terdapat sistem pemanasan leher dan bahu.

Ia juga hadir dengan sistem infotainmen MBUX, dua skrin sentuh, 11.6 inci dan dua set fon kepala tanpa  wayar dan tablet MBUX di tempat duduk belakang.


Antara kemudahan lain yang boleh didapati ialah pelbagai tetapan suhu untuk sistem alat pemanas di bahagian perehat tangan, terdapat satu beg udara di tempat duduk belakang, pad pengecas telefon dan sistem wangian kabin, Air Balance.

Ini adalah antara ciri yang terdapat pada Mercedes 2021 – Sedan Mewah Kelas- S Maybach.


Sementara itu, bagi variasi S 580 4Matic ia sememangnya menyampaikan definisi kemewahan. 

Di bahagian papan pemuka, ia memberi gambaran jelas kepada pemandunya memandangkan pemandunya boleh mengakses maklumat menerusi kluster instrument tiga dimensi.

Terdapat juga paparan dongak (HUD) dan paparan skrin sentuh OLED Multimedia bersaiz 12.8 inci.

Sebaliknya, jika ciri-ciri ini masih belum memuaskan, Maybach ini menawarkan tawaran eksklusif 10 kemasan cat dua tona.

Malah, terdapat juga bahagian garisan pemisah,  konfigurasi empat tempat duduk dengan konsol tengah di belakang, pintu belakang beroperasi secara automatik, terdapat pemegang cawan sejuk dan panas selain pemegang gelas champagne.

Sehubungan itu, Maybach Kelas- S ini akan mula dijual di semua pengedar sah di AS pada musim panas yang akan datang ini.


Gallery

Tag:

Mercedes-Benz GLA 250
Mercedes-Maybach
Mercedes-Maybach S-Class
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Pandu Uji

[PANDU UJI] Mercedes-Benz GLA 250 4MATIC Facelift 2024: 6 Perkara Penting Perlu Anda Tahu Sebelum Beli

Baru-baru ini Carz.com.my berpeluang untuk memandu uji SUV premium, Mercedes-Benz GLA 250 4MATIC Facelift 2024 yang telah dilancarkan pada Jun tahun ini.

04-11-2024
Kereta Baru

Mercedes-Maybach EQS SUV Dilancarkan – Dari RM1.08 Juta

Mercedes-Maybach EQS SUV kini rasmi diperkenalkan di Malaysia. Model ini ditawarkan di pasaran pada harga RM1.08 juta.

25-02-2025
Berita Auto

Mercedes-Benz GLS600 4MATIC Selamat Mendarat Di Malaysia

Mercedes-Maybach GLS 600 dilancarkan di Malaysia!

01-03-2022
Berita Auto

Project Maybach, Kereta Elektrik Yang Menjadi Inspirasi Buat Generasi Muda

Mercedes-Benz telah mengadakan pameran di Rubell Museum untuk mempertontonkan Project Maybach kepada umum.

28-01-2022
Berita Auto

Mercedes-Maybach Kini Melangkaui Dunia Automotif

Mercedes-Maybach merupakan lambang kemewahan dan membuatkan pelanggannya melihat kenderaan mereka bukan sahaja sebuah produk tetapi menonjolkan satu ekspresi gaya kehidupan.

26-08-2021
Berita Auto

Jangan Terperanjat Dengan Harga Maybach S-Class Ini

Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan, Mercedes-Maybach S580 di ibu kota, pagi tadi.

01-03-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Penyasaran Subsidi RON95, Sistem Padu Jadi Rujukan

Sistem Pangkalan Data Utara (PADU) akan menjadi rujukan pelaksanaan subsidi bersasar RON95, sementara menunggu pelaksanaannya secara menyeluruh.

04-08-2025
Berita Auto

2 Maut, Nahas 2 Treler, Leburaya PLUS Berhampiran Sungkai Sesak 15KM

Dua maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua treler di Kilometer (KM) 372.1 Lebuhraya Utara-Selatan (arah selatan) berhampiran Sungkai, petang tadi.

04-08-2025
Berita Auto

Lagi Warga Singapura Isi RON95 Di JB, KPDN Johor Sedang Siasat

Tular warga Singapura isi RON95 dalam botol plastik besar di Johor.

04-08-2025
Berita Auto

Toyota Yaris Cross Raih ASEAN NCAP 5 Bintang – Bakal Tiba Di Malaysia

Beberapa tahun selepas kemunculan sulung Toyota Yaris Cross platform DNGA khusus untuk pasaran ASEAN, SUV crossover segmen B ini akhirnya menjalani ujian keselamatan oleh ASEAN NCAP.

04-08-2025
Berita Auto

Nombor Pendaftaran Khas Laku Keras, Kerajaan Kutip RM110 Juta Hasil Jualan NPI

Sejak nombor pendaftaran istimewa (NPI) diperkenalkan pada tahun 2023, pihak kerajaan telah mengutip sebanyak RM110,069,150.

04-08-2025
Berita Auto

ETS Segamat-JB Sentral Belum Siap Lagi

ETS dari Segamat ke JB Sentral tidak dapat disiapkan lagi memandangkan kerja-kerja elektrifikasi dan isyarat masih belum belum lengkap.

04-08-2025
Berita Auto

Operasi LRT3 Shah Alam Ditangguhkan Hingga Hujung Oktober

Projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam berkemungkinan tidak dapat memulakan perkhidmatan seperti dijadualkan pada 30 September 2025.

04-08-2025
Berita Auto

Ops Luxury 2.0: JPJ Sita 53 Kereta Mewah Sebab Tiada Cukai Jalan, Insurans

Hasil operasi juga mendapati 23 kenderaan dipandu warga asing tanpa cukai jalan dan perlindungan insurans.

04-08-2025