Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Karpet Daripada Pukat Yang Dikitar Semula! Ini Yang Perlu Anda Tahu Tentang Kereta BMW Baharu

Sofea Najmi

Kongsi melalui

BMW Group membuka buku baharu melalui model BMW iX baharu mereka dengan menggabungkan kedua-dua pendekatan iaitu usaha ke arah sifar emisi dan juga untuk memberikan kepuasan pemanduan sporty.

Pendekatan baharu daripada syarikat ini menjadikan BMW lebih inovatif dari segi rekaan dan juga ciri mewah dan moden yang ditawarkan melalui pelbagai inovasi terbaharu. Antara ciri menarik hasil daripada pendekatan ini adalah inovasi pemanduan kendiri, operasi, sambungan dan juga servis digital. 

Semasa pelancaran, ia akan ditawarkan dalam dua varian berbeza iaitu BMW iX xDrive50 dan BMW iX xDrive40.


Ahli lembaga pengurusan BMW AG yang bertanggungjawab dalam urusan pelanggan, jenama dan jualan berkata, "Pelancaran pasaran untuk BMW iX akan dimulakan pada penghujung tahun ini dengan dua pendekatan yang berbeza (untuk mencapai matlamat sama) dalam bentuk BMW iX xDrive40 dan BMW iX xDrive50. Kami telah pun menetapkan harga untuk Jerman."

"Sebagai contoh, BMW iX xDrive40 dijual dengan harga yang bermula daripada EUR 77,300. Di samping itu, kini pelanggan kami juga dapat menerima manfaat daripada tambahan baharu  fungsi kenderaan yang boleh dipasangkan kepada kereta semasa proses pemilikan, di mana pengguna dapat menikmati proses konfigurasi yang lancar dan benar-benar berorientasikan pelanggan melalui produk dan servis yang eksklusif."


Keseluruhan proses pengeluaran kereta BMW iX dilakukan di BMW Group Plant Dingolfing dengan penumpuan terhadap penjagaan alam sekitar dan standard sosial dari segi pengekstrakan material mentah, penggunaan elektrik daripada sumber boleh diperbaharui, dan juga penggunaan bahan kitar semula yang tinggi. 

BMW akan menggunakan peratusan aluminium sekunder dan juga plastik kitar semula yang tinggi.  Ruang dalaman kereta menampilkan penggunaan kayu yang diktiraf oleh FSC, kulit yang diwarnakan dengan ekstrak daun zaitun, dan pelbagai lagi material semula jadi yang lain.  Bahan yang digunakan untuk menghasilkan karpet pula adalah daripada jaring hanyut nelayan yang telah dijumpai.

Untuk mengurangkan penggunaan material daripada sumber yang kritikal, jurutera di BMW berusaha untuk membina kenderaan berlandaskan prinsip motor current-excited synchronous.  Reka bentuk khas ini memberi kesan yang dapat meningkatkan prestasi BMW iX. 

Rotor yang dikawal dengan penuh perincian menggunakan kuasa elektrik membolehkan kuasa kemuncak tork untuk dicapai sejurus selepas kenderaan dilancarkan.  Tidak seperti motor eletrik dengan bentuk konvensional lain, kuasa torknya dikekalkan oleh jalur rev yang sangat lebar. 

Selanjutnya, turut diperhalusi adalah pengalaman pemanduan BMW iX ini.  Pembangunan kuasanya bukan sekadar pantas tapi juga konsisten. Ini menunjukkan betapa BMW sering  menawarkan prestasi sport yang cemerlang.

Mengenai enjinnya, kedua-dua varian menggunakan sistem pemanduan dengan satu motor elektrik pada gandar hadapan dan satu lagi pada gandar belakang. Walau bagaimanapun, rating output untuk kedua-duanya adalah berbeza.


Bagi BMW iX xDrive50, ia mampu memberikan kuasa output sehingga 370 kW (500 hp) dan boleh memecut daripada pegun ke 100 km/j dalam masa kurang 5.0 saat.  Bagi BMW iX xDrive40 pula, outputnya adalah 240 kW (300 hp) dengan kuasa pecutan daripada 0 ke 100 km/j dalam masa hanya 6.0 saat. 

Teknologi pintar generasi ke-5 BMW eDrive telah dipasangkan untuk elektronik kuasa dan juga teknologi pengecasan BMW iX.  Ia diletakkan rendah di bahagian lantai kenderaan. Di samping itu, densiti kuasa gravimetrik untuk bateri lithium-ionnya juga telah dipertingkat sebanyak 20 peratus. 

Selain reka bentuk aerodinamiknya yang telah dioptimumkan dan juga rekaan pintar yang berpaksikan keringanan, BMW iX memiliki tahap penggunaan kuasa elektrik dengan kitaran WLTP kurang daripada 21 kW/j untuk setiap 100 km bagi BMW iX xDrive50  dan kurang 20 kW/j bagi setiap 100 km untuk BMW iX xDrive40.


Dikeluarkan mengikut spesifikasi tertentu dan dimuatkan dengan bateri bervoltan tinggi yang dihasilkan spesifik untuk model,  iX xDrive50 menggunakan bateri dengan kandungan tenaga kasar lebih daripada 100 kW/j.  Bagi BMW iX xDrive40 pula, memiliki kandungan tenaga kasar lebih daripada 70 kW/j. 

Ini memberikan iX xDrive50 jarak perjalanan yang jauh iaitu 600 km, manakala BMW iX xDrive40 pula sejauh lebih daripada 400 km menurut ujian kitaran WLTP.  Namun begitu, sebagai makluman, semua angka yang dinyatakan berkenaan prestasi, penggunaan tenaga dan jarak perjalanan hanyalah anggaran berdasarkan tahap pembangunan model kereta yang terkini.


Berkenaan teknologi pengecasannya, BMW iX boleh menerima pengecasan arus terus (DC) dengan kuasa pengecasan yang sangat tinggi.  Bateri bervoltan tinggi varian BMW iX xDrive50 boleh ditambah sehingga 200 kW dan BMW iX xDrive40 pula sehingga 150 kW.  

Masa pengecasan yang diperlukan hanyalah 10 minit yang dapat memberikan kuasa yang cukup untuk perjalanan lebih daripada 120 km (BMW iX xDrive50) dan 90 km (BMW iX xDrive40).  Selain itu, pengecasan bateri bagi kedua-dua varian boleh ditingkatkan daripada 10 ke 80 peratus daripada kapasiti penuhnya dalam masa kurang daripada 40 minit. 


Di samping itu, turut ditampilkan dalam pembangunan BMW iX adalah pengenalan peralatan atau toolkit teknologi baharu.  Teknologi ini memiliki tahap kuasa komputer yang telah dibangunkan supaya boleh memproses jumlah data sebanyak 20 kali ganda. Hasilnya, sekitar 2 kali ganda data mampu diproses oleh sensor kereta.

"Kami sedang menetapkan standard industri terbaharu dengan teknologi BMW iX.  iX memiliki kuasa komputer yang lebih tinggi untuk memproses data dan juga teknologi sensor yang lebih berkuasa berbanding kenderaan baharu lain dalam barisan kenderaan terkini kami, berkebolehan 5G, akan diberikan fungsi pandu kendiri dan juga parkir kendiri serta menggunakan sistem pemanduan elektrik generasi ke-5 kami yang berprestasi tinggi," ujar Frank Weber, ahli lembaga pengurusan BMW AG Development.


Selain daripada kesemua kepintaran teknikalnya, BMW iX didatangkan dalam reka bentuk baharu untuk pengalaman pemanduan yang baharu.  

Secara keseluruhannya, bahagian luarnya memiliki layout yang minimal dan jelas, memaparkan ciri mobiliti pada setiap lekukan dan esen, yang mana BMW telah cuba melakukan yang terbaik untuk mempamerkan pendekatan mesra alam sekitar yang menjadi arah tuju syarikat. 


Ruang dalamannya juga memiliki tahap keselesaan yang tertinggi bagi sesiapa pun yang menaiki kenderaan ini. Keselesaan ini direalisasikan BMW melalui penawaran pelbagai pilihan sistem berteknologi tinggi yang inovatif BMW iX dari segi hiburan, keselamatan dan juga sekuriti. 



Timbalan Presiden Kanan BMW Group Design, Adrian van Hooydonk menyimpulkan, "BMW iX menunjukkan bagaimana kami dapat memberikan teknologi baharu sebuah reka bentuk yang sangat moden dan penuh emosi. Kereta ini kompleks dari segi teknologinya, namun ia terasa sangat jelas dan tidak rumit. BMW iX menawarkan ruang kehidupan dalam kenderaan yang dapat memberikan keselesaan kepada pengguna, yang mana kepintaran kereta hanya wujud sekiranya diperlukan."

Buat masa ini, kenderaan ini masih dalam fasa pembangunan di peringkat akhir dan akan dilancarkan pada penghujung tahun 2021. 

Gallery

Tag:

bmw
BMW iX
iX xDrive 40
iX xDrive 50
BMW iX xDrive
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru
Ini Dia Harga BMW 320i Sport 2025 - Serendah RM265,800

Ini Dia Harga BMW 320i Sport 2025 - Serendah RM265,800

Selain model X3 baharu, BMW Group Malaysia turut mengumumkan harga rasmi bagi model BMW 320i Sport 2025 yang telah dikemaskini, baru-baru ini.

25-06-2025
Berita Auto
Keupayaan Pengecasan BMW i5 Kini Lebih Canggih.

Keupayaan Pengecasan BMW i5 Kini Lebih Canggih.

BMW Malaysia mengumumkan bahawa versi terkini BMW i5 eDrive40 M yang dijual pada harga RM399,800 menerima beberapa penambaikan.

13-03-2024
EV
Ada Berita Baik Untuk Pemilik EV Di Penang

Ada Berita Baik Untuk Pemilik EV Di Penang

Ada Stesen pengecas EV di Island 88.

09-01-2024
Berita Auto
Rugi Siapa Tak Pergi Malaysia Autoshow 2023

Rugi Siapa Tak Pergi Malaysia Autoshow 2023

BMW Group Malaysia mengalu-alukan pengunjung menyaksikan barisan modelnya yang sedang dipamerkan di Malaysia Autoshow 2023, MAEPS.

04-05-2023
Berita Auto
BMW XM, SUV Plug-In Hybrid Dengan Kuasa Cecah 735 HP! Model Paling Berkuasa BMW?

BMW XM, SUV Plug-In Hybrid Dengan Kuasa Cecah 735 HP! Model Paling Berkuasa BMW?

Pengeluar kereta Jerman, BMW baru sahaja mendedahkan SUV baharu, BMW XM.

29-09-2022
Berita Auto
BMW X5 M Versi Facelift Dikesan Sedang Diuji Di Nürburgring

BMW X5 M Versi Facelift Dikesan Sedang Diuji Di Nürburgring

Gambar intipan X5 versi facelift yang sedang diuji di litar Nürburgring, Jerman.

15-08-2022
Berita Auto
9 Ciri Kereta Ini Boleh Dilanggan Pengguna BMW Malaysia – Bermula Dari RM40/Bulan!

9 Ciri Kereta Ini Boleh Dilanggan Pengguna BMW Malaysia – Bermula Dari RM40/Bulan!

BMW Malaysia telah memperkenalkan beberapa servis langganan baharu.

15-07-2022
Berita Auto
BMW Akan Kekalkan Transmisi Manual, Permintaan Tinggi

BMW Akan Kekalkan Transmisi Manual, Permintaan Tinggi

BMW M tidak akan menghentikan pengeluaran kereta dengan transmisi manual.

29-06-2022

Berita Terkini

Berita Auto
Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026
Berita Auto
Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan

Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan

Pelajar Automotif Tak Perlu 'Bayang' Lagi, PROTON Sumbang Enjin Sebenar Untuk Dibedah.

29-05-2026
Berita Auto
Axia Terbang Atas Bumbung Rumah

Axia Terbang Atas Bumbung Rumah

Mujur semua selamat.

29-05-2026
Berita Auto
Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Sanggup 'Tinggal' Sedan & Hatchback, Kenapa Ramai Pakat Beralih Ke Proton X50?

28-05-2026
Berita Auto
Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Tragedi Hitam Aidiladha: 23 Nyawa Terkorban Dalam Masa 24 Jam Pertama Perayaan.

28-05-2026
Berita Auto
Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!

Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!

Ingat Kereta Petrol Je? MIROS Kata Geng EV Pun Wajib Amal Eco-Driving.

28-05-2026
Berita Auto
Harga Minyak Turun Bermula Hari Ini
Berita Auto
PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil

PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.

26-05-2026