Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Thailand Mahu Jual EV Menjelang 2035, Adakah Malaysia Akan Lakukan Perkara Yang Sama?

Suhana Veru

Kongsi melalui

Sejak tiga hari lalu, Thailand secara rasminya mengumumkan bahawa negaranya berhasrat hanya untuk menjual kenderaan bebas asap menjelang tahun 2035.


Langkah ini diambil  memandangkan Thailand  mahu mengubah status hab pengeluaran kenderaan konvensional  kepada hab pengeluaran kenderaan elektrik (EV).

Hakikatnya, cabaran untuk Thailand tidak begitu sukar memandangkan negara berkenaan memiliki pengetahuan asas berhubung EV.


Melihat pula kepada Malaysia, ia dilihat mengambil sikap berdiam diri walaupun Malaysia dikatakan negara pertama di Asean yang mula aktif dalam kegiatan EV.

Bagaimanapun, impian Thailand itu dikatakan bukan hanya sekadar kata-kata memandangkan sebaik mengumumkan mengenai rancangan EV, negara gajah putih itu telah mengumumkan pelan tenaga berskala besar.


Susulan itu, awal pada tahun ini, Thailand melaporkan bahawa projek tenaga surianya akan mula beroperasi pada Jun ini.

Projek itu dikatakan adalah yang terbesar di dunia dimana ladang terapung itu akan menghasilkan tenaga sebanyak 45 megawatt.

Ia berada di bawah pengurusan Egat (Electricity Generating Authority of Thailand) dan firma kejuruteraan dan pembinaan pula ialah B. Grimm Power Plc.

Panel photovoltaic itu dipasang di sebuah kawasan seluas 72 hektar dan bernilai US$28 juta (RM114 bilion) dan dipasang di empangan Sirindhorn di kawasan Ubon Ratchathani.

Ladang solar adalah  jenis hibrid kerana ia beroperasi sekali dengan janakuasa 36 megawatt di empangan itu juga. 

Ini bermakna Egat dapat memastikan kadar jumlah air di empangan sentiasa berada di tahap optimal kerana ladang solar itu mampu menghasilkan tenaga di siang hari.



Di bawah Pelan Pembangunan Tenaga Kebangsaan Thailand tahun 2018, Egat komited untuk membina lebih banyak ladang solar di sembilan empangan hidro miliknya di seluruh Thailand dalam masa 20 tahun akan datang, dengan jumlah kapasiti tenaga terkumpul 2,725 megawatt.

Egat juga merancang untuk menggunakan sistem pengurusan dan penyimpanan tenaga.

Ia dikatakan amat penting dalam sektor penghasilan tenaga elektrik kerana ia menggunakan panel solar.

Bagi sesebuah negara mengumumkan projek EV, ia perlu hadir dengan pelan perancangan sumber tenaga bersih. 

Perkara terakhir yang kita perlukan ialah sebuah negara yang bertukar menjadi EV kerana "negara-negara lain turut berubah ke arah EV."


Adakah anda berpendapat bahawa Malaysia akan mengikuti langkah Thailand dan bergerak ke arah yang lebih lestari, serta membawa lebih banyak EV? 

Tinggalkan komen anda di bawah!

Gallery

Tag:

Thailand
ev
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

26-11-2025
Global

06-11-2025
Global

29-08-2025
Global

29-11-2024
Global

04-11-2024
Global

11-10-2024
Global
EV

21-06-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026
Berita Auto

Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan

Pelajar Automotif Tak Perlu 'Bayang' Lagi, PROTON Sumbang Enjin Sebenar Untuk Dibedah.

29-05-2026
Berita Auto

Axia Terbang Atas Bumbung Rumah

Mujur semua selamat.

29-05-2026
Berita Auto

Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Sanggup 'Tinggal' Sedan & Hatchback, Kenapa Ramai Pakat Beralih Ke Proton X50?

28-05-2026
Berita Auto

Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Tragedi Hitam Aidiladha: 23 Nyawa Terkorban Dalam Masa 24 Jam Pertama Perayaan.

28-05-2026
Berita Auto

Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!

Ingat Kereta Petrol Je? MIROS Kata Geng EV Pun Wajib Amal Eco-Driving.

28-05-2026
Berita Auto
Berita Auto

PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.

26-05-2026