- Berita
- Kereta Baru
- Panamera Facelift 2021 Serba Baharu; Tambah Baik Dalam Segala Aspek
Panamera Facelift 2021 Serba Baharu; Tambah Baik Dalam Segala Aspek
Sime Darby Auto Performance Sdn Bhd baru-baru ini telah melancarkan Porsche Panamera yang baharu di Malaysia dengan harga RM 1.02 juta termasuk pengecualian cukai jualan dan servis sehingga 30 Jun, 2021 nanti.
Panamera dikuasakan oleh enjin 2.9 liter V6 biturbo yang boleh menjana kuasa sehingga 325 hp pada 5,400 ke 6,400 rpm dan kuasa tork maksimum 450 Nm pada 1,800 ke 5,000 rpm. Model kereta mewah ini boleh memecut daripada 0 ke 100 km/j dalam hanya 5.4 saat dengan kelajuan tertinggi 270 km/j.
Selain itu, buat pertama kalinya model kereta baharu ini akan dilengkapi dengan Porsche Connect.
Berkenaan binaannya, cesi yang digunakan adalah versi yang telah ditambah baik untuk meningkatkan prestasi sebagai sebuah kereta sport yang memiliki keselesaan yang tinggi. Turut dipertingkat adalah pelarasan stereng yang lebih terperinci dan juga penggunaan tayar daripada generasi baharu. Penambahbaikan lain yang dilakukan ke atas Panamera adalah termasuk penggunaan penyerap hentak adaptif, penstabilan roll elektronik, sistem stereng serta enjin dan juga pelekap gandar yang diperbaharui.
Sistem brek yang ditambah baik untuk kenderaan ini adalah lebih ringan dan memiliki tahap ketahanan daripada berubah bentuk (deformation) yang lebih tinggi. Lengkap dengan angkup brek tetap monoblok aluminium enam piston pada bahagian depan dan angkup brek tetap monoblok aluminium empat piston di belakang, serta angkup brek single-piece tertutup.
Ditawarkan buat pertama kalinya, tayar sport generasi baharu bersaiz 20 dan 21 inci yang menggunakan kompaun getah lebih lembut dengan bunga tayar yang dikeluarkan khas untuk Panamera. Ia juga didatangkan dalam 10 rekaan yang berbeza.
Perubahan tambahan lain yang ditawarkan untuk Panamera adalah termasuk reka bentuk sporty untuk bahagian depan kereta dengan gril kemasukan udara yang lebih menarik. Di bahagian tepi pula terdapat liang kemasukan udara yang lebih besar. Selain itu, turut terdapat strip lampu yang diperbaharui pada bahagian belakang yang membentuk sambungan dengan dua lampu belakang LED.
Di samping itu, kenderaan ini juga didatangkan dengan set pencahayaan inovatif dan sistem bantuan seperti bantuan kekal lorong, pengenalpastian papan tanda jalan, bantuan penglihatan malam, bantuan tukar lorong, lampu depan matriks LED, PDLS Plus, bantuan parkir serta pandangan keliling dan paparan head-up.
Untuk informasi yang lebih lanjut mengenai kereta mewah dengan DNA Porsche ini, layari bit.ly
Anda juga boleh menghubungi Porsche Centre untuk mengaturkan temu janji bagi melihat kereta atau menempah pandu uji sekarang.
Porsche Centre Ara Damansara: bit.ly
Porsche Centre Sungai Besi: bit.ly
Porsche Centre Penang: bit.ly
Porsche Centre Johor Bahru: bit.ly
Gallery









Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv