Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

SUV Baharu Peugeot Dengan Gaya Elegan Perancis Diperkenalkan

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Dongfeng Peugeot telah memperkenalkan barisan kereta SUV baharu di Shanghai Motor Show 2021. Barisan kereta baharu. ini dilihat menggayakan logo ikonik singa yang khas untuk pasaran di negara China. 

Ketua Pegawai Eksekutif Peugeot, Linda Jackson berkata, "Kami memiliki impian global yang besar.  Peugeot akan memanfaatkan model kereta mewah, elektrik dan juga produk baharu, yang termasuklah kereta SUV baharu, untuk menetapkan standard baharu dan memberikan pengalaman pemanduan yang luar biasa. China adalah salah satu pasaran terpenting Peugeot."


Barisan SUV baharu syarikat yang dikeluarkan di negara China ini mencerminkan strategi 'direka oleh Peugeot, dihasilkan untuk China' dan merupakan asas bagi tren French Chic untuk model baharu jenama.  

SUV baharu ini terdiri daripada tiga buah model iaitu Peugeot 4008, Peugeot 4008 PHEV dan Peugeot 5008.


Harga yang ditawarkan adalah seperti yang disenaraikan:  4008 bermula daripada 169,700 yuan (RM 107,568) hingga 233,700 yuan (RM 148,128), 4008 PHEV bermula daripada 249,700 yuan (RM 158,270) ke 259,700 yuan (RM 164,542) dan 5008 pada 187,700 yuan (RM 118,929) ke 263,700 yuan (RM 167,143).

Turut mendapat perhatian yang sama adalah kereta elektrik Peugeot iaitu Peugeot e-2008,  PHEV 4WD Peugeot 4008  dan  PHEV sedan Peugeot 508 L.

Perbezaan antara kesemua model SUV French Chic baharu ini dapat dilihat melalui empat ciri standardnya iaitu reka bentuk, kualiti, dinamik dan sambungan. 


Memaparkan elemen reka bentuk yang diambil daripada GT versi Eropah, kereta ini dapat dilihat memiliki gril bercorak mendatar yang berpadanan dengan bahagian tepi badan kereta untuk mewujudkan aura kuasa.  Keseluruhan bayangan luar kereta ini menampilkan gaya yang elegan dan dinamik. 

Mengenai lampunya pula, model baharu ini menggunakan lampu LED menegak pada bahagian depan yang memiliki reka bentuk khas Peugeot yang dipanggil 'fang.' Sementara itu, lampu belakang pula menampilkan gaya ikonik 'tiga pencengkam.'


Bergerak ke bahagian dalam, untuk kekal sebagai SUV segmen C di China,  penambahbaikan Peugeot i-Cockpit telah dilakukan. Skrin sentuh tengah berdefinisi tinggi 10 inci ini lengkap dengan kekunci piano (piano keys). 

Bagi meningkatkan dinamik pemanduan, bahagian tempat duduk pemandu lengkap dengan panel instrumen digital 12.3 inci dan juga stereng kompak pelbagai fungsi.  Transmisi yang digunakan pula adalah gearbox automatik Aisin EAT8 yang cukup lancar. 

Jackson membuat kesimpulan, "4008 dan 5008 yang baharu mewakili reka bentuk dan juga teknologi terbaik daripada Peugeot, ini termasuklah i-Cockpit yang berubah pada setiap pelancaran untuk menawarkan pengalaman pemanduan yang hebat. SUV baharu ini semestinya akan memenuhi jangkaan pengguna negara China."


Pelancaran barisan SUV French Chic ini menandakan permulaan babak baharu bagi Dongfeng Peugeot. Jenama ini merevolusikan gaya hidup baharu pengguna daripada negara China, disempurnakan dengan keanggunan yang diinspirasikan daripada gaya Perancis.

Gallery

Tag:

Dongfeng Peugeot
Peugeot 4008
Peugeot 4008 PHEV
Peugeot 5008
Peugeot SUVs
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Video

Review Peugeot 3008 & 5008 | Nampak Serupa Tapi Sangat Berbeza

Review Peugeot 3008 & 5008 | Nampak Serupa Tapi Sangat Berbeza

06-06-2023
Pandu Uji

[PANDU UJI] Peugeot 3008 & 5008: Serupa Tapi Tidak Sama

Ini pandangan jujur kami tentang Peugeot 3008 dan 5008.

13-03-2023
Pandu Uji

Peugeot Sudah Kembali Untuk Bersaing Dalam Segmen SUV Dengan 3008, 5008.

Pasukan media menyertai sesi pandu uji Peugeot 3008 dan 5008 baru-baru ini.

26-01-2022
EV

Peugeot E-5008, Jangan Expect Harga Murah!

Buat julung kalinya, SUV tiga barisan ini ditawarkan dalam versi elektrik, Peugeot E-5008.

21-03-2024
Berita Auto

Pakej Penggayaan Sporty Edisi Khas Peugeot 2008 Kini Ditawarkan, Harga RM2.9K

Pengedar tunggal kenderaan keluaran syarikat Perancis, Peugeot bagi pasaran Malaysia, Bermaz Auto Alliance, telah memperkenalkan pakej penggayaan bagi crossover kompak Peugeot 2008.

07-04-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Cukai Jalan Tamat Sejak 1997, Motolori Disita JPJ Kedah

JPJ Sita Motolori Cukai Jalan Tamat 29 Tahun.

04-09-2026
Berita Auto

2 Penunggang Basikal Terkorban Dirempuh Kereta

Dua Sahabat Maut Dirempuh Ketika Latihan Berbasikal.

04-09-2026
Berita Auto

Promosi Servis Proton 2026: Diskaun Alat Ganti & Semakan Percuma

Kempen Stay Safe & Save Proton: Penjimatan Diskaun Bateri & Brek.

04-09-2026
Berita Auto

Misteri Buih Tebal di Lebuhraya KESAS Terjawab

Lebuhraya KESAS Dipenuhi Buih Tebal, Polis Sahkan Punca Tumpahan Sabun.

04-09-2026
Berita Auto

ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

Tedung & Kala: 263 Aset Baharu ATM RM164.9 Juta.

04-09-2026
Berita Auto

GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.

03-09-2026
Berita Auto

Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.

03-09-2026
Berita Auto

Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal

03-09-2026