Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Berminat Untuk Memiliki Ford Ranger Raptor Atau Wildtrak? Inilah Masanya Untuk Rebut Tawaran Ford

Suhana Veru

Kongsi melalui

Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal jenama Ford di Malaysia menawarkan penjimatan hebat untuk beberapa model terpilih seperti Ford Ranger Raptor dan Wildtrak, keluaran tahun 2020.

Promosi itu yang telah bermula dari sekarang akan tamat pada 30 April ini. Oleh itu, ini adalah berita baik kepada para pelanggan yang berminat untuk membeli Ford Ranger Raptor.

Anda berpeluang menikmati penjimatan sebanyak RM8,000 jika berminat untuk membeli Ford Ranger Raptor, manakala untuk model Ranger Wiltrak, ia menawarkan penjimatatan sehingga RM7,000.

“Sebagai model terkemuka dalam kelas tersendirinya, Ranger Raptor dan Wildtrak adalah lambang trak pikap yang sememangnya menjadi pilihan para pelanggan termasuk peminat setia trak pikap.di Malaysia,” kata Ketua Jualan Sime Darby Auto ConneXion, Turse Zuhair.



Untuk makluman anda, Ford Ranger Raptor dilengkapi dengan DNA Prestasi Ford sekali gus menjadikannya sebagai trak pikap berprestasi dan berkelajuan tinggi buatan kilang yang terkemuka di Malaysia.

Trak pikap ini hadir dengan sistem gantungan Fox Racing Shox setaraf kereta lumba selain turut dilengkapi dengan Sistem Pengurusan Mukabumi meliputi mod Baja yang canggih.

Ia dikuasai dengan  enjin diesel 2.0L Bi Turbo yang dikalibrasi dengan transmisi automatik 10-kelajuan yang menghasilkan tenaga 210 kuasa kuda dan daya kilas setinggi 500Nm.

Bagi Ranger Wildtrak pula, ia menawarkan pelbagai teknologi keselamatan pintar termasuk ciri-ciri yang berkelas seperti Brek Kecemasan Autonomi dengan Pengesan Kenderaan dan Pejalan Kaki, Amaran dan Bantuan Keluar Laluan dan Amaran Pelanggaran Hadapan.




Bukan itu sahaja, jentera ini juga hadir dengan Parkir Selari Separa Automatik yang pertama dan satu-satunya dalam kelas tersendirinya.

Ciri berkenaan dikatakan dapat membantu pemandunya mencari  ruang parkir dengan saiz yang sesuai selain mampu memandu sendiri secara automatik untuk parkir dengan tepat. 

Untuk keterangan lanjut mengenai promosi penjimatan menarik ini, anda boleh layari laman web di sdacford.com.my


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Susulan Tragedi Pokok Tumbang: DBKL Pergiat Kerja Mitigasi di 6 Lokasi Utama

Isu Pokok Tumbang di KL: Ini 6 Lokasi Fokus Kerja Mitigasi DBKL Minggu Ini.

21-07-2026
Berita Auto

Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.

21-07-2026
Berita Auto

Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru

21-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026