Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Toyota Land Cruiser Menjadi Kenderaan Sejuk Beku Pertama Bagi Covid-19 Yang Diluluskan WHO

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Toyota Tsusho Corporation bersama-sama dengan Toyota Motor Corporation dan B Medical Systems S.à r.l. telah memperkenalkan trak sejuk beku untuk mengangkut vaksin Covid-19 iaitu Toyota Land Cruiser 78. 




Trak Land Cruiser 78 ini dikuasakan oleh enjin turbodiesel 4.5 liter, lengkap dengan sistem pacuan empat roda low-range, gandar depan dan belakang yang padu, dan juga aksesori daripada tahun 1980-an. Trak ini telah dipiliih sebagai kenderaan pengangkutan yang ideal di seluruh dunia kerana alat gantinya mudah untuk didapati.




Trak ini dilengkapi dengan penyejuk beku vaksin CF850 B Medical System. Peti sejuk yang digunakannya memiliki kapasiti sehingga 396 liter yang boleh menyimpan sebanyak 400 pakej vaksin.


Peti ini boleh beroperasi secara berterusan selama 16 jam tanpa sambungan kuasa. Kuasanya boleh dicas oleh kenderaan semasa dipandu atau pun menggunakan sumber kuasa luar semasa parkir. Ini merupakan kenderaan sejuk beku pertama untuk mengangkut vaksin yang menerima pra-kelayakan Prestasi, Kualiti dan Keselamatan (PQS) yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).



Trak ini boleh digunakan dalam rangka antarabangsa Covid-19 Vaccines Global Access (COVAX). Vaksinasi adalah langkah yang berkesan untuk mengatasi penyakit yang boleh berjangkit. Vaksin bagi bayi perlu disimpan dalam suhu 2 ke 8 darjah celsius. Sekiranya tidak disimpan di bawah pengurusan suhu yang betul, vaksin yang dibawa tidak boleh digunakan.


Peranti dan peralatan perubatan telah mendapat pra-kelayakan PQS untuk memenuhi standard pemilihan peralatan daripada agensi yang berkait dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, NGO dan pertubuhan amal. Mengenai projek ini, ketiga-tiga syarikat telah bergabung tenaga dengan matlamat yang sama iaitu untuk menawarkan tahap keselamatan dan sekuriti yang tinggi bagi pengangkutan vaksin.


Gallery

Tag:

Covid-19
Toyota
Toyota Land Cruiser 78
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Tidak Wajib Pakai Pelitup Muka Dalam Pengangkutan Awam & Hospital Bermula Rabu Depan

Pelitup muka tidak lagi diwajibkan dalam pengangkutan awam dan fasiliti kesihatan. Ini kupasannya...

29-06-2023
Berita Auto

Kurang Pemandu Dalam Pengangkutan Awam, Ini Sebabnya..

Gara-gara wabak Covid-19, hampir 40 peratus pemandu bas ekspres di negara ini telah angkat kaki sebaliknya mencari sumber pendapatan Singapura.

02-03-2023
Berita Auto

Honda Kecilkan Produksi Kilang Jepun Hingga 40%, Ini Puncanya...

Honda Motor Co akan mengurangkan rancangan pengeluaran sehingga 40% di Jepun.

26-08-2022
Berita Auto
Berita Auto

Kereta Tersadai Di Thailand Kini Boleh Dibawa Pulang Tanpa Caj Bermula 1-30 Jun Ini

Rakyat Malaysia boleh bawa pulang kenderaan yang tersadai di negara Thailand.

24-05-2022
Berita Auto

Kebenaran Rentas Negeri Hanya Isnin Hingga Khamis

Di sebalik peningkatan kes Covid-19 secara mendadak sejak empat hari lalu, menyebabkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat keputusan untuk mengetatkan prosedur operasi standard (SOP) bagi tujuan pergerakan rentas negeri.

20-04-2021
Kereta Baru

Lasak Tapi Lebih Canggih! Toyota Hilux BEV 2026 Buktikan EV Pun Boleh Buat Kerja Berat

UMW Toyota Motor (UMWT) baru sahaja memperkenalkan Toyota Hilux Battery Electric Vehicle (BEV) pada harga RM226,300.

02-04-2026
Kereta Baru

Toyota bZ4X Facelift Dilancarkan -RM220,000

UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi memulakan revolusi elektriknya di Malaysia dengan pelancaran Toyota bZ4X.

02-04-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

ERL Tawar Diskaun 90%! MyPutrajaya & MyKLIA Monthly Travel Card kini lebih murah.

14-04-2026
Berita Auto

Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Penempatan PDRM di stesen minyak hanya tertumpu di kawasan sempadan negara.

14-04-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!

14-04-2026
Berita Auto

Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

MICHELIN Primacy 5, kini diperluaskan khusus untuk menepati keperluan kenderaan SUV.

13-04-2026
Berita Auto

Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima ISO 50001:2018

Proton melakar satu lagi sejarah apabila sebagai pengeluar kereta penumpang pertama di Malaysia yang menerima pensijilan berprestij ISO 50001.

13-04-2026
Berita Auto

Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang

10-04-2026
Berita Auto

Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV

Kawal Chery Tiggo 7 & 8 PHEV Di Hujung Jari – Aplikasi CarLinko Kini Rasmi Di Malaysia.

10-04-2026