Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Bugatti Jual Meja Pool Paling Mahal Di Dunia!

Suhana Veru

Kongsi melalui

Pengeluar automobil terkemuka, Bugatti yang cukup sinonim dalam menghasilkan kereta sport hiper terkemuka di dunia kali ini dilihat memperluaskan koleksi keluarannya apabila ia menampilkan meja pool bernilai €250.000 (RM1.2 juta).


Seiring dengan nama Bugatti, meja pool itu dikatakan menggunakan teknologi inovatif sekali gus memberikan kelainan luar biasa berbanding dengan produk pesaingnya.

Meja pool paling mahal di dunia itu direka  oleh syarikat pakar fiber, IXO. Ia yang direka untuk kegunaan di atas  kapal layar mewah turut dilengkapi dengan sistem servo-driven yang menggunakan sensor giroskopik.




Menurut Bugatti, sistem teknologi canggih itu berupaya meratakan permukaan meja dan diselaraskan mengikut pergerakan air laut.

“Sistem yang dipasang pada meja itu  mampu diselaraskan hanya dalam masa lima milisaat dan  pergerakannya dapat diselesaikan  secara senyap dengan penyesuaian bebas-getaran,” katanya dalam satu kenyataan.

Sama seperti kereta sport hiper yang dihasilkan di Molsheim, Perancis, meja pool Bugatti itu juga diperbuat daripada material berkualiti tinggi selain turut menggunakan lencana Bugatti.

Kemasan fiber karbon dikatakan mewakili kereta mewah itu manakala, bingkai meja itu diperbuat daripada titanium dan aluminium serta memenuhi standard yang digunakan oleh pemain profesional dalam pertandingan.


Setiap meja pool itu dihiasi dengan logo rasmi Bugatti dan plak unik dengan bilangan edisi terhad setiap produk. Setiap laci meja itu dihiasi dengan kemasan aluminium selain dipadankan dengan logo Bugatti.

Bahagian memasukkan bola pula diperbuat daripada keluli tahan karat yang dilapisi dengan material kulit bagi mengelakkan terdapat kakisan daripada bahagian aluminium.


Meja itu juga dilengkapi dengan isyarat pool fiber karbon ringan dan skrin sentuh berukuran 33 sentimeter bagi memantau skor pemain.

“Kami berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan rakan kongsi kami, IXO yang sememangnya  menitiberatkan soal kualiti.

“Melalui nilai bersama, kami dapat memastikan bahawa meja pool Bugatti akan dihasilkan dengan menggunakan bahan berkualiti tinggi  menerusi  teknologi canggih,” kata Presiden Automobil Bugatti,  Stephan Winkelmann. 

Tambah beliau, pihaknya hanya memilih rakan kongsi terbaik untuk mewakili jenama Bugatti.

“Kami sedar bahawa IXO sentiasa memenuhi penanda aras yang sama seperti mana yang kami harapkan dalam pengeluaran kereta sport hiper yang dihasilkan di  Molsheim,” tambahnya. 


Setakat ini, Putera Mahkota Abu Dhabi, Sheikh Khalifa Zayed Al Nahyan dilaporkan telah menyatakan minatnya untuk membeli meja pool itu untuk diletakkan di dalam kapal layar miliknya, Azzam, sebuah kapal layar terbesar di dunia. 

Bugatti hanya akan menghasilkan 30 unit meja pool  itu dalam edisi terhad dan penghantaran meja itu kepada pelanggannya dijangka bermula Jun depan.




Tag:

Bugatti
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Program Penyesuaian Khas - Bugatti Sur Mesure

Bugatti jmenawarkan pakej penyesuaian yang tersendiri kepada para pelanggan mereka.

03-02-2022
Berita Auto

Bugatti Buka Bilik Pameran Terbesar Di Dunia

Bilik pameran Bugatti yang terbesar di dunia kini dibuka di Riyadh.

21-01-2022
Berita Auto

Sekumpulan Bugatti Berkumpul Di Hadapan Burj Khalifa Sempena Acara Pemanduan Tahunan

Kira-kira 11 buah kereta Bugatti menyertai konvoi yang berakhir di Abu Dhabi, Emiriyiah Arab Bersatu.

07-01-2022
Berita Auto

Bugatti, Rimac dan Porsche Umumkan Usaha Sama

Usaha sama antara Bugatti, Rimac dan Porsche telah dirasmikan di bawah nama syarikat 'Bugatti Rimac.'

03-01-2022
Berita Auto

Pasukan Media Berpeluang Merasai Sendiri Pemanduan Jentera Ini

Sekumpulan media berpeluang melakukan pandu uji Chiron Super Sport di Liitar Paul Ricard.

03-11-2021
Berita Auto

Pengeluaran Chiron Super Sport Telah Bermula

Jentera ini telah memasuki fasa pengeluarannya.

01-11-2021
Berita Auto

Konvoi Kereta Eksotik Diadakan Pada September Lalu

Pameran yang dikenali sebagai Supercar Owner Circle (SOC) diadakan di Croatia baru-baru ini.

22-10-2021
Berita Auto

Dua Kereta Sport Hiper Terbaharu Bugatti Dipertontonkan– Chiron Super Sport Dan Bolide

Bugatti telah memperkenalkan dua model kereta sport hiper terbaharu.

08-09-2021

Berita Terkini

Berita Auto

Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

ERL Tawar Diskaun 90%! MyPutrajaya & MyKLIA Monthly Travel Card kini lebih murah.

14-04-2026
Berita Auto

Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Penempatan PDRM di stesen minyak hanya tertumpu di kawasan sempadan negara.

14-04-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!

14-04-2026
Berita Auto

Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

MICHELIN Primacy 5, kini diperluaskan khusus untuk menepati keperluan kenderaan SUV.

13-04-2026
Berita Auto

Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima ISO 50001:2018

Proton melakar satu lagi sejarah apabila sebagai pengeluar kereta penumpang pertama di Malaysia yang menerima pensijilan berprestij ISO 50001.

13-04-2026
Berita Auto

Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang

10-04-2026
Berita Auto

Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV

Kawal Chery Tiggo 7 & 8 PHEV Di Hujung Jari – Aplikasi CarLinko Kini Rasmi Di Malaysia.

10-04-2026