Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Mercedes-Benz GLE 450 4MATIC AMG Line – SUV Mewah 7 Tempat Duduk Dengan Infotainmen Mantap!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Mercedes-Benz Malaysia baru-baru ini telah mendedahkan tentang kehadiran sebuah varian SUV premium baharu yang dipasangkan di Malaysia, GLE 450 4MATIC AMG Line. Kereta dengan tujuh tempat duduk ini ditawarkan dalam harga RM 475,501.23. 




"Kami berbangga untuk memperkenalkan Mercedes-Benz GLE 450 4MATIC AMG Line serba baharu ini sebagai varian yang dipasang dalam negara di Malaysia. Ia (kereta ini) menggambarkan rekaan ikonik jenama dan dalam masa yang sama kekal dengan karakternya sebagai sebuah SUV 7 kerusi saiz penuh,"   




Enjin yang digunakan SUV mewah ini ialah enjin enam silinder berpengecas turbo 3.0 liter yang dapat menjana kuasa setinggi 367 hp pada 5,500 ke 6,100 rpm dengan kuasa tork maksimum 500 Nm pada 1,600 ke 4,500 rpm. Enjin ini digabungkan dengan transmisi automatik 9 kelajuan 9G-TRONIC. Hasil gabungan enjin dan transmisi ini membolehkan kereta memecut ke 100 km/j dalam masa hanya 5.7 saat. 




Bukan itu sahaja, kereta ini juga dilengkapi dengan sistem suspensi udara AIRMATIC dengan sistem peredam dipertingkat ADS, sistem bantuan pemandu terbaharu dan juga MBUX baharu.  

Ciri menarik di bahagian luar kereta dapat dilihat pada gril radiatornya yang berbentuk berlian dengan pin berwarna krom. Rekaan yang sporty dilihat menguasai badan kereta dengan liang kemasukan udara yang bersaiz besar, lampu depan LED MULTIBEAM dan juga rim aloi ringan multi-spoke AMG 12 inci. 






Di bahagian dalamnya pula, GLE dilengkapi dengan sistem infotainmen Mercedes-Benz User Experience (MBUX) NTG 6  yang merangkumi dua paparan sebesar 12.3 inci termasuklah paparan media skrin sentuh digital.  Selain itu, pengguna dapat menikmati suasana kabin yang selesa dengan pencahayaan ambien 64 warna dan juga audio yang padu, Burmester Surround Sound System. 









"Daripada tarikan gaya mewahnya sehinggalah kepada sistem bantuan pemandunya yang terbaik dalam kategori (kereta ini), SUV ini berada (pada kedudukan) paling depan dalam inovasi.  Ruang dalamannya diserlahkan melalui kontras antara rekaan dan juga ciri teknologi yang mengagumkan, seperti sistem infotainmen MBUX NTG 6, paparan media skrin sentuh dan Burmester Surround Sound System."

GLE didatangkan dengan pelbagai ciri keselamatan seperti Jarak Aktif DISTRONIC, Bantuan Titik Buta, Bantuan Kekal Lorong Aktif dan kamera 360 darjah. 





Gallery

Tag:

Mercedes-Benz Malaysia
Mercedes-Benz GLE 450 4MATIC AMG Line
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Mercedes-Benz CLA Elektrik Kini Boleh Ditempah – Capai 792 KM, Cas 10 Minit!

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) hari ini secara rasmi telah mempertontonkan Mercedes-Benz CLA elektrik sepenuhnya.

14-01-2026
Kereta Baru

Dilancar: Mercedes-Benz G580 EQ 2025 - Harga Bermula RM958,888

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) akhirnya melancarkan secara rasminya Mercedes-Benz G-Class Mercedes-Benz G580 dengan Teknologi EQ ke pasaran tempatan di ibu negara, pagi tadi.

26-06-2025
Kereta Baru

Dilancar: Mercedes-AMG SL 63 S E Performance 2025 -Harga RM2.168 Juta

Mercedes-Benz Malaysia turut melancarkan varian tertinggi model roadster SL, Mercedes-AMG SL 63 S E Performance le pasaran tempatan.

05-06-2025
Kereta Baru

Mercedes-Benz EQS 450 4Matic SUV Dipertontonkan – Capai 673 KM, 355 HP, Dari RM625K!

Mercedes-Benz Malaysia hari ini telah mempertontonkan EQS 450 4Matic SUV. Ini yang anda patut tahu...

16-08-2024
Kereta Baru

Mercedes-AMG A45S 4Matic+ Limited Edition, RM558,888, HANYA Ada 10 Unit!

MBM melancarkan model terbaharunya, Mercedes-AMG A 45 S 4Matic+ Limited Edition, semalam

08-08-2024
Berita Auto

Peluang Pandu Uji Model Terkini di Acara Mercedes-Benz World 5-7 Julai Ini!

Mercedes-Benz World kini sedang berlangsung di KL Base. Apa yang menarik?

05-07-2024
Kereta Baru

Mercedes-AMG GLA 45 S 4Matic+ Kini Di Malaysia – Dari RM539,888

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah melancarkan Mercedes-AMG GLA45S 4Matic+ facelift. Ini spesifikasinya...

04-07-2024
Kereta Baru

Mercedes-AMG C63 S E Performance F1 Edition Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM958,888

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) sebentar tadi baru sahaja melancarkan Mercedes-AMG C63 S E Performance. Ini spesifikasinya...

04-07-2024

Berita Terkini

Kereta Baru

Harga Omoda C9 PHEV RM220,000

OMODA | JAECOO Malaysia turut mengumumkan harga anggaran Omoda C9 PHEV adalah sekitar RM220,000.

06-02-2026
Kereta Baru

Harga Anggaran Jaecoo J5 Cuma RM110,000

OMODA | JAECOO Malaysia mengumumkan harga anggaran Jaecoo J5 adalah sekitar RM110,000.

06-02-2026
Kereta Baru

Tempahan Proton S70 2026 Dibuka Esok

Tempahan PROTON S70 2026 akan dibuka bermula esok memandangkan model ini sudah pun berada di bilik pameran sah 3S/4S Proton di seluruh negara.

06-02-2026
Kereta Baru

Dilancar: Dongfeng 007, Vigo Masuk Malaysia, Harga-RM161,800* & RM100,000*

Dongfeng Cars Malaysia akhirnya melancarkan secara rasminya dua kenderaan elektrik terbaharu mereka, iaitu Dongfeng 007 dan Dongfeng Vigo.

05-02-2026
Kereta Baru

Tempahan Mitsubishi Xforce Kini Dibuka – CKD, Dari RM105K Dengan Rebat RM5,000

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) kembali menggegar pasaran SUV kompak tempatan dengan model Mitsubishi Xforce Serba Baharu (2026).

05-02-2026
Kereta Baru

PHEV Paling Mampu Milik, Proton e.MAS 7 PHEV Dilancarkan, Ada 3 Varian, Harga Semurah RM105, 800

5,000 pelanggan pertama akan menikmati rebat pelancaran khas bernilai RM 4,000 sekali gus menjadikan harga varian biasa hanya semurah RM105,800.

04-02-2026
Kereta Baru

GWM Wey G9 Hi4 PHEV Dilancarkan - RM269,800

Great Wall Motor (GWM) Malaysia secara rasminya melancarkan GWM WEY G9 Hi4 PHEV di pasaran sebentar tadi.

29-01-2026
Kereta Baru

Toyota Vios HEV 2026 Kini Di Malaysia: 2 Varian, Guna 3.6L/100km, Dari RM103,900!

UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi melancarkan Toyota Vios HEV 2026 untuk pasaran tempatan hari ini.

29-01-2026