- Berita
- Kereta Baru
- MINI 3 Door, MINI 5 Door & MINI Convertible Tampil Dengan Ciri Teknologi & Reka Bentuk Terkini!
MINI 3 Door, MINI 5 Door & MINI Convertible Tampil Dengan Ciri Teknologi & Reka Bentuk Terkini!
MINI telah mendedahkan kepada dunia versi yang terkini bagi MINI 3 Door, MINI 5 Door dan MINI Convertible dengan pelbagai ciri yang tidak terdapat pada model sebelum ini. MINI juga turut memberikan kejutan kehadiran model terbaharu yang dinamakan MINI Electric.



"MINI 3 Door, MINI 5 Door dan MINI Convertible melambangkan kecemerlangan MINI dalam aspek reka bentuk dan teknologi, kerana ia menyatukan (ciri) keseronokan go-kart sebuah MINI klasik dengan keperluan kontemporari untuk kekal berada di hadapan," ujar Pengarah Pengurusan BMW Group Malaysia, Hans de Visser.
Model terbaharu ini mengukuhkan kedudukan MINI sebagai penyedia kenderaan premium yang menjanjikan keseronokan pemanduan dan memiliki reka bentuk ekspresif, antara kelebihan yang tiada tandingannya bagi segmen ini. Tambah De Visser, "Tidak mengejutkan (sekiranya dikatakan bahawa) MINIacs (peminat MINI) di Malaysia menyukai keseronokan (umpama membawa) go-kart yang ditawarkan MINI, satu perkara yang kami dinanti-nantikan untuk model MINI baharu ini.
Dihasilkan untuk menjadi teman pemanduan yang sempurna, MINI 3 Door, MINI 5 Door dan MINI Convertible merupakan antara model terlaris pada tahun 2020."
Model tahun ini didatangkan dengan reka bentuk hadapan, sisi dan belakang yang berbeza daripada sebelumnya. Antara perubahan penting yang telah dilakukan pada model MINI yang terkini adalah penggunaan rim aloi ringan, pilihan warna yang berbeza, perubahan dari segi reka bentuk stereng, kabin kereta dan juga pada saluran udara.
Model baharu ini memiliki gril depan berbentuk heksagon yang bergaya, bampar baharu yang dilengkapi lampu kabus dan lampu depan LED, bersama-sama dengan perumah baharu berwarna hitam berkilat.

Warna Piano Black dapat dilihat pada bahagian pemegang pintu kereta, ekzos, logo MINI, lambang model kereta dan juga penutup tangki minyak.

Bergerak ke bahagian dalam, stereng baharu kereta memiliki jejari yang melintang, di samping corong udara yang telah dimodenkan dan diintegrasikan dengan fascia kokpit kereta.

Disediakan dalam warna Piano Black juga ialah sistem infotainmen dengan skrin paparan 8.8 inci. Skrin ini dilengkapi dengan sistem navigasi dan Apple CarPlay serta ciri grafik terbaik yang didatangkan secara standard untuk kesemua model baharu MINI.

Kluster instrumen digital yang digunakan adalah sebuah panel bersaiz 5 inci memiliki widget yang boleh dikonfigurasi dan juga dua warna tema seperti Lounge dan Sport. MINI terbaharu ini turut memiliki enam pilihan pencahayaan ambien.
Enjin yang digunakan varian terbaru ini ialah enjin MINI TwinPower Turbo 2.0L, 4 silinder yang digabungkan dengan transmisi automatik Sports Dwi-Klac 7 Kelajuan. Enjin ini mampu menjana kuasa sehingga 192 hp dan tork 280 Nm. MINI 3 Door dan MINI 5 Door yang baharu memiliki kelajuan maksimum mencecah 235km/j. Sementara itu, MINI Convertible baharu pula memiliki kelajuan tertinggi sehingga 230km/j.

MINI 3 Door dan MINI 5 Door memiliki kadar penggunaan minyak yang sama iaitu sebanyak 6L/100km, MINI Convertible pula lebih rendah iaitu 6.3L/100km .Dari segi prestasi model-model terbaharu ini, MINI 3 Door boleh melakukan pecutan daripada 0-100 km/j dalam masa hanya 6.7 saat, MINI 5 Door dalam 6.8 saat dan MINI Convertible pula 7.1 seconds. Nampaknya, MINI 3 Door ialah varian terpantas dengan perbezaan yang tidak begitu ketara.
Didatangkan secara standard untuk kesemua model ialah Bantuan Pemanduan yang merangkumi sistem bantuan lampu suluh tinggi digital, informasi had kelajuan, person warning dengan fungsi light city braking, dan juga approach control warning dengan light city braking function.
Selain itu, juga adalah sebahagian daripada sistem Bantuan Pemanduan ini ialah bantuan parkir dan amaran keluar lorong, yang pertama dalam barisan kereta keluaran MINI, kini didatangkan secara standard untuk semua model baharu MINI.
Untuk meningkatkan interaksi digital antara pemandu dan juga model-model MINI terbaharu ini, kereta didatangkan dengan aplikasi MINI yang lebih maju. Sistem ini lengkap dengan fungsi seperti perkhidmatan jarak jauh, navigasi on-the-go, dan ciri e-Mobility.
Didatangkan secara standard untuk kesemua varian ialah kluster instrumen digital, Teleservices, MINI Online, panggilan kecemasan pintar, perkhidmatan jarak jauh dan telefoni dengan pengecas tanpa wayar.
Berkenaan warna kereta, MINI 3 Door dan New MINI 5 Door ditawarkan dalam warna-warna seperti White Silver, Island Blue, Chili Red, British Racing Green dan Rooftop Grey, lengkap dengan Jet Black Roof dan Black Bonnet Stripes.
MINI Convertible versi baharu pula ditawarkan dalam warna-warna eksklusif iaitu Zesty Yellow, White Silver, Island Blue, Chili Red, dan British Racing Green, yang didatangkan bersama MINI Yours Softtop.


-full.jpg)
MINI 3 Door ditawarkan pada harga RM 253,318.69, MINI 5 Door pada RM 261,005.83 dan MINI Convertible berharga RM 274,360.46.
Model baharu MINI ditawarkan di semua lokasi pengedar sah MINI di seluruh negara bermula 2 Jun. Walau bagaimanapun, pusat-pusat pengedaran ditutup buat sementara waktu disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan.
Sesiapa yang berminat boleh melawat laman web rasmi MINI di mini.my untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai model-model ini.
Tempahan turut boleh dibuat secara dalam talian dengan bayaran hanya RM1,000 bagi setiap kereta melalui platform MINI eShop di mini.my
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

