Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Saat Paling Bersejarah Bagi Mitsubishi Malaysia! Jualan Lebih Tinggi Daripada Biasa

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Mitsubishi Motors telah merekodkan prestasi jualan yang tertinggi dalam sejarah pada bulan lepas dengan jualan mencecah 1,872 unit kenderaan.  


Hasil jualan ini menjadikan syarikat kekal sebagai antara jenama bukan nasional yang berada pada kedudukan tiga teratas untuk bulan yang keempat berturut-turut.  




Mitsubishi XPANDER yang dilancarkan pada bulan November tahu lalu terus mengekalkan jumlah jualan yang tinggi dengan lebih daripada 10,000 tempahan telah dibuat.  Tempahan model kereta ini menyumbangkan sebanyak 982 unit dan 52 peratus daripada jumlah jualan syarikat pada bulan April sahaja.  


Jualan Kekal Positif Dalam Musim Pandemik


"Kami sangat berbesar hati kerana jualan Mitsubishi XPANDER tetap laris walaupun terdapat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Kami meneruskan usaha terbaik kami untuk memenuhi permintaan yang tinggi untuk XPANDER dengan cara meningkatkan pengeluaran sambil mengekalkan kualiti produk yang tinggi," kata Ketua Pengarah Eksekutif Mitsubishi Motors Malaysia, Tomoyuki Shinnishi. 





Trak pick-up Mitsubishi Triton juga mengekalkan bahagian pasaran yang kukuh hampir 20 peratus dan kekal sebagai pilihan kegemaran dalam segmen pick-up walaupun terdapat persaingan yang sihat dengan (model kereta) pesaing yang baru dilancarkan.   Syarikat telah menjual sebanyak 680 unit Triton dan menghantar sebanyak 142 unit Triton Athlete baharu pada bulan April.  



Ketua Pengarah Eksekutif Mitsubishi Motors Malaysia, Tomoyuki Shinnishi


"Walaupun terdapat pandemik Covid-19, kami lega melihat jualan yang kekal optimistik dan sentiasa bergerak ke arah yang positif.  Kami sedar bahawa pelanggan kami ingin membeli kereta sebelum pengecualian SST tamat pada penghujung bulan Jun tahun ini. Walaupun terdapat kekangan dari segi bekalan, Mitsubishi Motors sedang melakukan yang terbaik untuk memenuhi jangkaan keperluan pelanggan," tambah Shinnishi. 


Lebih Baik Berbanding Tahun Lalu


Berdasarkan kenyataan oleh Mitsubishi Motors Malaysia pada bulan April, syarikat telah mencapai prestasi jualan yang tinggi bagi Tahun Kewangan 2020 Suku Ke-4 (Jan-Mac 2021) dengan peningkatan sebanyak 135% berbanding Tahun Kewangan 2019 Suku Ke-4 (Jan-Mac 2020). Peningkatan jualan ini sebahagian besarnya disumbangkan oleh Mitsubishi XPANDER dan Mitsubishi Triton.  


Sebagai salah sebuah syarikat automotif terkemuka di Malaysia, Mitsubishi Motors Malaysia kini diwakili oleh 52 buah bilik pameran. Tiga daripadanya adalah pusat 3S (jualan, servis dan alat ganti), 53 buah cawangan servis di seluruh Malaysia, sementara tujuh buah lagi adalah bilik pameran di negeri Sabah dan Sarawak.  



Gallery

Tag:

Mitsubishi Motors Malaysia
: Mitsubishi
mitsubish xpander
Mitsubishi Triton Athlete
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Ini Dia Mitsubishi Pajero Gen Kelima, Masih Samar

Imej teaser Mitsubishi Pajero disiarkan, baru-baru ini.

07-01-2026
Kereta Baru

Kelibat Mitsubishi XForce Dikesan Di Shah Alam, Maknanya Bakal Dilancarkan Tak Lama Lagi!

Mitsubishi XForce akhirnya telah selamat mendarat di Malaysia apabila beberapa imej menunjukkan SUV kompak segmen B itu diturunkan dari sebuah lori pengangkut di Shah Alam, Selangor.

05-01-2026
Berita Auto

Mitsubishi Anjur Cabaran Red Peak Tetapi Di Kuching

MMM bakal menganjurkan Red Peak Challenge di Farley Mall, Kuching pada hujung minggu ini.

21-08-2025
Berita Auto

Mitsubishi bersama Millennium Autohaus Sdn Bhd Buka Pusat 3S Di Kajang

MMM bersama Millennium Autohaus telah membuka pusat 3S terbaharu mereka di Kajang, Selangor, baru-baru ini.

28-04-2025
Berita Auto

Mitsubishi bersama MN Wheels Buka Lagi Pusat 3S Di Selangor

Pusat 3S itu terletak di No 4, Jalan Gangsa, Kawasan Perindustrian Teluk Panglima Garang, 42500 Teluk Panglima Garang, Selangor.

22-04-2025
Berita Auto

Mitsubishi Anjur Drive Your Ambition, Ada Test Drive Triton

Acara Drive Your Ambition akan diadakan di ParkCity Eastwood, Miri, Sarawak.

13-01-2025
Berita Auto

KLIMS 2024: Mitsubishi Motors Tayang Aksesori Asli Untuk Triton, Xpander Facelift

MMM mempamerkan barisan aksesori tulen untuk dua model baharunya ,Triton generasi baharu dan Xpander.facelift di KLIMS 2024.

05-12-2024
Pandu Uji

Pandu Uji Mitsubishi Triton Athlete 2024, 5 Perkara Yang Anda Patut Tahu!

Wakil Carz.com.my berpeluang memandu uji Mitsubishi Triton Athlete 2024, baru-baru ini, ini 5 perkara yang kami dapat korek.

19-10-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Satu Lagi Tren Dikeluarkan Dari Laluan Kelana Jaya, Pengguna Pula Berang

RapidKL mengesahkan bahawa sebuah tren telah dikeluarkan daripada perkhidmatan di Stesen Damai akibat isu teknikal.

27-02-2026
Berita Auto

Jangan Ingat Kami Tak Tahu! Pegawai JPJ Tali Barut Kartel Tonto Dalam Radar SPRM

Isu kartel tonto yang membarah dalam kalangan penguatkuasa akhirnya mendapat perhatian serius.

27-02-2026
Berita Auto

Komponen Axia Hilang, Kejadian Di Putrajaya

Beberapa komponen kenderaan termasuk tayar melibatkan dua kereta Perodua Axia hilang.

26-02-2026
Berita Auto

Isu Kereta Terbiar, Kerajaan Hasrat Pinda Akta

Kerajaan berhasrat untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) bagi memperluas skop kawasan penguatkuasaan untuk menguruskan isu kenderaan terbiar dalam kawasan perumahan strata.

26-02-2026
Berita Auto

PM Puji Keberanian 7 Pemuda Selamatkan Tiga Mangsa Kemalangan Di Tasik Biru

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah buat tujuh pemuda yang bertindak berani menyelamatkan tiga mangsa kemalangan di Tasik Biru, Kundang, Rawang, semalam.

26-02-2026
Berita Auto

Harga RON97, RON95, Diesel Naik 5 Sen Hingga 4 Mac 2026

Harga runcit terkini bagi bahan api bermula 26 Februari hingga 4 Mac depan telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan.

26-02-2026
Berita Auto

26-02-2026
Berita Auto

Masalah Brek Punca SUV Terbabas Di Cameron Highlands

Detik cemas menyelubungi sebuah keluarga apabila SUV yang dinaiki mereka hilang kawalan sebelum terbabas masuk ke dalam gaung sedalam 15 meter di sebuah ladang teh.

25-02-2026