Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Terima Kasih Mitsubishi Motor Malaysia!

Suhana Veru

Kongsi melalui

Pengedar rasmi Mitsubishi Motors di Malaysia, Mitsubishi Motor Malaysia (MMM) menghulurkan sumbangan berbentuk sebuah trak pikap Triton 4x4 kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), INSAF Malaysia baru-baru ini.




Sumbangan jentera itu adalah bertujuan untuk memudahkan misi-misi kemanusiaan NGO berkenaan yang aktif melakukan penghantaran makanan kepada golongan anak yatim dan pusat kebajikan.

Malah, NGO itu juga mengadakan program Meals on Wheels dimana  mereka turut menghulurkan sumbangan makanan kepada golongan orang tua yang diabaikan atau bagi yang tinggal bersendirian

Selain bantuan makanan, INSAF Malaysia juga turut  mendirikan rumah perlindungan untuk mangsa-mangsa yang hilang kediaman akibat bencana alam atau yang memerlukan rumah.

Misi tanggungjawab sosial korporat (CSR) MMM pada tahun ini ialah 'Inspirasi Kehidupan Hari ini untuk Masa Hadapan yang Lebih Hebat'.

Oleh itu, bagi melaksanakan progam CSR itu, pihak MMM mengambil keputusan untuk bekerjasama dengan beberapa NGO dalam membantu menyediakan bantuan kepada golongan orang kurang bernasib baik.

“Jadi, apabila kami mendapati INSAF Malaysia aktif  dalam bantuan misi-misi kemanusian secara sukarela, kami turut menyokong usaha mereka dengan menyumbangkan sebuah trak pikap, Triton.

“Kami berharap dengan adanya kenderaan ini, INSAF  mampu bergerak lebih jauh bagi membantu golongan yang tidak bernasib baik,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Tomoyuki Shinnishi.




Sementara itu, Presiden dan Pengasas INSAF Malaysia, Ishak Abdul Kadir mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan MMM.

“Sumbangan ini amat bermakna buat kami untuk menjalankan misi-misi kemanusiaan kepada golongan yang amat memerlukannya.

“Sepanjang program kemanusiaan ini, kami  menyaksikan pelbagai kesusahan golongan ini termasuk ada yang  mengalami masalah kekurangan nutrisi dan makanan terutamanya ketika pandemik Covid-19 ini,” katanya.

Bagaimanapun, beliau mendakwa isu kelaparan semakin meningkat di Malaysia memandangkan kebanyakan pencari nafkah mula kehilangan sumber pendapatan menyebabkan mereka tidak mampu menyediakan makan dan minum yang secukupnya kepada keluarga.

“Kami melakukan bantuan ini untuk memastikan golongan kanak-kanak atau tidak lagi tidur dalam keadaan kelaparan.

“Kami amat berbesar hati dengan bantuan MMM yang datang pada tepat waktunya,” ujarnya. 


Gallery

Tag:

: Mitsubishi
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Walaupun Persaingan SengIt, EON Sasar 12,000 Kereta

Edaran Otomobil Nasional Bhd (EON) menyasarkan untuk menjual lebih 12,000 unit kenderaan sepanjang tahun ini.

12-08-2025
Berita Auto

MMM Sumbang Triton Kepada Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia

MMM menyumbangkan sebuah trak pikap Triton kepada Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM).

10-09-2022
Global

Mitsubishi Tayang K-EV dan Vision Ralliart Concept

Mitsubishi Motors Corporation menayangkan tujuh model keretanya termasuk dua kereta konsep pada pameran Tokyo Auto Salon 2022 baru-baru ini.

11-03-2022
Berita Auto

Xpander Dinobatkan Sebagai Crossover 7 Tempat Duduk Terlaris Malaysia

Mitsubishi XPANDER berjaya mencapai tahun prestasi jualan terbaik.

10-01-2022
Berita Auto

Xpander : Pamer Ciri Terbaharu

MMC melancarkan Xpander terbaharunya pada Pameran Auto Antarabangsa Gaikindo Indonesia ke-28.

17-12-2021
Berita Auto

Pusat 3S Itu Terletak Di Kota Damansara

Pusat terbaharu itu akan dikendalikan olehMillenium Autohaus Sdn Bhd.

09-11-2021
Berita Auto

Shinya Ikeda Kini CEO Baharu MMM

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) mengumumkan pihaknya melantik Shinya Ikeda sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharunya.

20-10-2021
Berita Auto

MMM Sumbang Sebuah Trak Kepada Dignity Farm School

MMM mendermakan sebuah trak pikap, Triton 4x4 kepada Dignity Farm School yang terletak di Bentong, Pahang baru-baru ini.

16-10-2021

Berita Terkini

Berita Auto

'Test Speed' Solo Di Jalan Awam, Bakal Jadi Kesalahan Jenayah: Denda Hingga RM10,000, Penjara 2 Tahun

Tak Berlumba Pun Kena Saman RM10,000? Ini Maksud Baharu 'Menduga Kelajuan' Yang Wajib Anda Tahu.

21-07-2026
Berita Auto

Susulan Tragedi Pokok Tumbang: DBKL Pergiat Kerja Mitigasi di 6 Lokasi Utama

Isu Pokok Tumbang di KL: Ini 6 Lokasi Fokus Kerja Mitigasi DBKL Minggu Ini.

21-07-2026
Berita Auto

Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.

21-07-2026
Berita Auto

Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru

21-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026