- Berita
- Berita Auto
- Senarai 10 Kereta Paling Top Pada Pameran Shanghai!
Pameran Auto Shanghai 2021 yang berlangsung di Shanghai, China pada bulan lalu menyaksikan hasil ciptaan kedua-dua pembuat kereta dari dalam dan luar negara dimana masing-masing mempamerkan hasil rekaan luar biasa mereka.
Selepas mengamati barisan kereta yang dipamerkan dalam pameran itu, kami di Caricarz memperincikan senarai 10 kereta terbaik yang anda patut tahu!
Kereta yang mengungguli senarai ini ialah Ford selepas ia memperkenalkan model crossover Evos. Sekilas pandang, ia berkongsi sedikit persamaan dengan rekaan Mustang Mach-E dimana ia memiliki garisan bumbung yang sama.

Selain itu, ia juga berkongsi teknologi pemanduan bebas tangan Mach-E iaitu BlueCruise selain dilengkapi dengan aspek elektrikal Fully Networked Vehicle dan seni bina elektronik untuk menyokong kemaskini perisian secara over-the-air (OTA).

Menjengah ruang dalamannya, ia dilengkapi dengan paparan mendatar bersaiz 43 inci bersama dua skrin iaitu satu untuk kluster instrumen dan satu lagi untuk infotainmen. Paparan skrin sentuhnya yang bersaiz 27 inci juga menyokong resolusi 4K.
Biarpun, perincian kenderaan masih tidak diketahui tetapi ia dijangka menggunakan pemacu hibrid.
Tempat kedua diduduki pembuat kereta Lincoln, Zephyr Reflection. Setakat ini, syarikat tersebut mendakwa ia hanya merupakan kenderaan konsep.
Sebaliknya, syarikat berkenaan mendakwa bahawa pihaknya akan memulakan pengeluaran model itu tidak lama lagi dan akan dijual di pasaran China selewat-lewatnya pada tahun ini.


Memandangkan ia hanya merupakan sebuah kereta konsep, perincian kereta juga masih tidak diketahui. Menyentuh mengenai reka bentuknya, ia kelihatan lebih aerodinamik.
Volkswagen VW ID.6 pula menduduki tempat ketiga. Menyentuh mengenai saiznya, kereta yang memiliki tujuh tempat duduk ini hadir dengan spesifikasi off-road.

Sebaik ia dilancarkan, terdapat dua versi yang akan dijual di pasaran China. Bagi varian ID.6 Crozz, ia dihasilkan dari utara China, manakala ID.6 X pula dihasilkan dari selatan China.

Dari segi prestasinya, kedua-dua versi ini akan menggunakan bateri 58kWh atau 77 kWh dan mampu menghamburkan kuasa kira-kira 300 kuasa kuda.
Selepas Volkswagen, tempat keempat diduduki pembuat kereta Jepun, Toyota. Ia menampilkan model Konsep bZ4X. Sebaliknya, maklumat terperinci mengenai pacuan roda kereta itu tidak dinyatakan.

Ia merupakan model kenderaan elektrik (EV) pertama dalam siri bZ, bermaksud 'Beyond Zero'
Bagaimanapun, Toyota mendakwa bahawa ia akan hadir dengan semua pacuan dua roda (AWD). Ia juga dilengkapi dengan sistem kawalan elektronik steer-by-wire dimana ia menawarkan pengendalian lebih baik.

Tempat kelima ialah Opel dimana ia mempamerkan Manta Gse ElektroMOD. Syarikat itu mendakwa bahawa model itu ialah kereta elektrik dan kereta Opel Tulen.
Bagaimanapun, pandangan hadapan Opel Manta GSe ElektroMOD menampilkan paparan LED bersaiz besar dimana Opel menggelarnya sebagai “Pixel Vizor”.

Biarpun, ia berkongsi pencahayaan yang serupa dengan beberapa model Opel moden yang lain, namun kali ini ia menambahkan sentuhan tersendiri dengan reka bentuk paparan LED.

Seterusnya, kenderaan milik pembuat kereta China, Geely iaitu Zeekr 001. Kereta elektrik ini secara rasminya dilancarkan pada 15 April lalu dan ia menampilkan sesuatu kelainan berbanding kenderaan lain pada pameran itu terutamanya dari segi bentuknya.
Zeekr 001 yang dikuasai dengan motor elektrik yang dipasang pada gandar hadapan dan belakang sekali gus mampu menghamburkan kuasa 536 kuasa kuda.
Motor elektrik dipasang pada gandar depan dan belakang, menghasilkan kuasa 536hp dan tork lebih 700Nm serta mampu memecut 0-100kmj sepantas 3.2 saat.


Ia hadir dengan dua pilihan pek bateri iaitu 86kWh dan 100kWh dengan jarak pemanduan hingga 700km untuk sekali cas.
Malah, ia mampu memecut 0-100kmj hanya dalam 3.8 saat 3.2. Ia yang menggunakan set penggantungan udara menyebabkan ia mempunyai kemampuan luar biasa di off-road.
Senarai itu diikuti dengan Honda. Syarikat pembuat kereta Jepun itu menampilkan kereta e-prototaip SUV.
Syarikat tersebut menampilkan prototaip SUV elektrik dimana ia kelihatan sama seperti HR-V. Butiran lanjut mengenai kenderaan masih belum didedahkan namun Honda menyifatkan ia kini telah dijual di pasaran China dan akan menjual secara meluas sekitar tahun 2022.

Tempat kelapan diduduki Ora Punk Cat dari syarikat Ora. Jenama baharu di bawah anak syarikat Great Wall Motors dilancarkan pada tahun 2018. Great Wall merupakan syarikat pembuat automotif terbesar di China.
Ora Punk Cat ini kelihatan lebih klasik dari segi luarannya namun ia memberikan sentuhan moden pada bahagian kabin dalamannya.

Spesifikasi kenderaan ini kelihatan terhad namun pengeluaran model ini akan memecah rekod di China pada tahun ini. Syarikat itu dikatakan pasti akan menjual kereta berkenaan dalam versi elektrik.

Tempat kesembilan pula diduduki sedan mewah, Hengchi 1. Kereta mewah elektrik ini menyasarkan pengeluaran secara besar-besaran dan memulakan penghantaran pada tahun hadapan.

Ia mampu melakukan perjalanan sejauh 760km hanya sekali cas sekali gus ia standing dengan kereta mewah baharu iaitu Mercedes-Benz, EQS EV.
Akhir sekali ialah syarikat SAIC MG apabila ia juga tidak melepaskan peluang mempamerkan hasiil rekaannya iaitu, Cyberster.
Ia menampilkan reka bentuk unik apabila rata-ratanya menyifatkan ia seolah-olah seperti kereta koleksi “Hotwheels”.
-full.jpg)

Kereta elektrik yang bercirikan futuristik itu mampu bergerak sejauh 805km selain hadir dengan kokpit yang interaktif dengan sambungan 5G selain dipadankan dengan beberapa skrin di bahagian pemandu.

![]()
Ia yang hanya hadir dengan dua tempat duduk turut dilengkapi dengan Graviti Sifar selain dilengkapi dengan penahan kepala bagi memberi keselesaan tambahan kepada pemandu dan penumpang hadapannya.
Hakikatnya, kebanyakan pembuat kereta di seluruh dunia sedang menghasilkan kereta luar biasa untuk keluaran masa akan datang.
Setakat ini, kami menyaksikan pameran Auto Shanghai hanya menampilkan sebahagian kecil barisan keluaran kereta namun pameran ini telah memberikan sesuatu yang mengujakan.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/