Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Pemandu Formula E Dan Pemilik Kereta LEAF, Sebastien Buemi Berkongsi Kisah Mengenai Kehebatan EV

Suhana Veru

Kongsi melalui

Bagi memberi inspirasi kepada yang lain, pemandu Formula E dan pemilik kereta elektrik jenama LEAF, Sebastien Buemi berkongsi kisah mengenai kenderaan elektrik (EV) yang membawa kemenangan baik di dan luar trek lumba.

Kisahnya itu menjadi sebahagian daripada siri yang bertajuk “My Life with a Nissan LEAF”.




“Saya memandu kereta elektrik pada setiap hari, bukan sahaja ketika berlumba tetapi untuk hantar anak ke sekolah dan membawanya bersiar-siar di kampung halaman di Switzerland. Kereta Nissan Leaf membuatkan saya merasai keseronokan memandu EV walaupun saya bukan berada di trek lumba,” katanya.

Berdasarkan kuasa dan kecekapan kereta elektrik itu, beliau mengakui tertarik dengan EV sejak berlumba di Formula E. 






Kenderaan jenama LEAF itu juga dilengkapi dengan teknologi canggih yang mengoptimumkan kecekapan kenderaan itu di jalan raya.

“Saya agak terpegun dengan kereta EV  yang mampu menghamburkan kuasa  tinggi termasuk daya pecutannya dan pengurusan tenaga yang terdapat pada EV,” jelasnya.

Perasaan  ingin tahu yang tinggi menyebabkan pemandu Formula E ini  sanggup menyertai barisan pemandu yang memandu EV.





Berdasarkan penyelidikan yang dijalankan oleh Nissan di Eropah mendapati sebanyak 70 peratus pemandu EV mengakui rangkaian autonomi EV  adalah lebih baik daripada apa yang dijangkakan mereka.

“Kereta LEAF membawa keterujaan dalam pemanduan seharian saya. Kecekapan kuasanya bermula dari e-Pedal membuatkan pemanduan di jalan raya lebih seronok berbanding berlumba di trek.

“Sel bateri LEAF juga agak cekap termasuk brek janaan semulanya membuatkan pengalaman membawa kenderaan EV ini lebih menyakinkan.





“Sejak 10 tahun lalu, infrastruktur lokasi stesen pengecas elektrik dilihat telah bertambah baik. Malah di Switzerland dimana saya tinggal,  amatlah mudah mencari stesen pengecas elektrik sekali gus membuatkan saya mudah mengecas LEAF saya,” tambahnya.




Bagi mereka, Formula E adalah mengenai keseronokan, tenaga dan alam sekitar. 

“Kami berbesar hati melihat Sebastien menerima pakai  prinsip dan mempamerkan bagaimana prinsip ini dapat disatukan dalam pemanduan harian dengan menggunakan Nissan LEAF,” kata Pengarah Motorsport Global Nissan untuk Formula E,  Tommaso Volpe.


Gallery

Tag:

Nissan
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

Nissan Dedah Z Nismo Versi Manual – Kemunculan Di TAS 2026

Nissan kini disahkan akan memperkenalkan versi transmisi manual (MT) untuk varian paling berkuasa keluarannya, Nissan Z Nismo (RZ34) di acara Tokyo Auto Salon yang bakal berlangsung bulan hadapan.

22-12-2025
Global

Nissan Serena C28 Facelift Muncul Di Jepun – Aura Elegan Lebih Terserlah

Kereta untuk kegunaan keluarga, Nissan Serena generasi keenam (C28) kini muncul dalam versi facelift di pasaran Jepun. Versi kemas kini pertengahan hayat ini tampil dengan imej yang lebih segar dan teknologi kabin yang lebih pintar.

19-12-2025
Global

Nissan Dedah Imej Acah Kereta Konsep Nismo Terbaru Menjelang Tokyo Auto Salon 2026

Debaran semakin memuncak menjelang ketibaan Tokyo Auto Salon (TAS) 2026. Nissan baru-baru ini telah memuat naik satu imej 'teaser' yang memaparkan sebuah kereta konsep misteri di bawah jenama prestasinya, Nismo.

18-12-2025
Global

Dilancar: Nissan Frontier Pro - Harga Bermula Daripada RM99,800

Nissan Frontier Pro sudah menembusi pasaran China, baru-baru ini.

28-11-2025
Global

Nissan Navara 2026 Buat Kemunculan Rasmi, Kembar Triton Yang Lebih Garang

Setelah lebih sedekad, Nissan akhirnya mendedahkan trak pikap Navara generasi terbaru minggu ini.

20-11-2025
Global

Nissan Navara Generasi Terbaru Dijamin "Tidak Akan Dipandu Seperti Sebuah Triton"

Menjelang pendedahan global yang dijadualkan pada 19 November nanti, beberapa butiran baharu mengenai Nissan Navara generasi terbaru mula muncul.

14-11-2025
Global

Nissan Navara Generasi Terbaru 2026 Bakal Didedahkan 19 Nov Ini

Nissan bakal melancarkan Navara generasi terbaru dalam masa beberapa hari sahaja lagi, iaitu pada 19 November ini, menandakan berakhirnya lebih satu dekad tanpa sebarang perubahan besar.

16-10-2025
Global

Ini Dia Nissan Ariya Facelift 2026 – Lebih Moden & Canggih

Nissan baru-baru ini telah mendedahkan imej Nissan Ariya facelift yang akan membuat kemunculan rasmi buat pertama kali di Tokyo Mobility Show pada 30 Oktober nanti.

14-10-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Rebut Peluang Bida Nombor Plat P_P

Bida nombor plat JPJ Siri P_P: Tarikh, Harga & Cara Mohon di JPJeBid.

17-04-2026
Berita Auto

Cukai Jalan 'Mati' 8 Tahun, Bila Kena Tahan, Tiba-Tiba Nak Bakar Kereta

"Drama" seorang pemandu yang mahu membakar kereta akhirnya tidak menjadi.

17-04-2026
Berita Auto

Tamatlah Era Myvi Lama? Perodua Myvi D01D Bakal Ubah Segalanya?

Perodua Myvi D01D: Segala Butiran Yang Kita Ketahui Setakat Ini.

17-04-2026
Berita Auto

Proses Lupus Kereta Tersadai Kini Lebih Cepat: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Amaran Pemilik Kereta Lama: DBKL Kini 'Bersihkan' Ibu Kota, Elakkan Kenderaan Anda Ditunda.

16-04-2026
Berita Auto

Siti Nurhaliza Kemalangan Di MEX

Siti Nurhaliza kemalangan di Lebuh Raya MEX.

16-04-2026
Berita Auto

Harga Minyak "Terjun", Diesel Tanpa Subsidi Turun 75 Sen

Petanda Baik! Harga Diesel & Petrol Malaysia Turun, Rakyat Boleh Tarik Nafas Lega.

15-04-2026
Berita Auto

15 Tahun Auto Bavaria KL: Apa Yang Menjadikan Mereka Ikon Mobiliti Premium Malaysia?

auto Bavaria KL Raikan Ulang Tahun Ke-15, Bakal Lancar BMW X3 Edisi Terhad Hujung Minggu Ini!

15-04-2026
Berita Auto

Kenapa Anda Boleh Percaya Bateri Chery? Ujian Ekstrem Ini Jawapannya

Chery menganjurkan Cabaran Keselamatan Bateri Chery Super Hybrid yang pertama di Malaysia dengan membakar bateri CSH pada 1,000 darjah celsius selama 1 minit dan 20 saat.

15-04-2026