Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Hyundai Mahu Tumpu Pada Kereta Elektrifikasi Sahaja!

Suhana Veru

Kongsi melalui

Pada masa kini, tidaklah menjadi satu kejutan besar memandangkan hampir setiap pengeluar kenderaan di seluruh dunia berhasrat untuk membangunkan kenderaan elektrik.

Seiring itu, Hyundai Motor Group (HMG) menjelaskan bahawa pihaknya sedang membangunkan kenderaan elektrifikasi.



Oleh itu, pembuat kereta Korea itu dilaporkan akan mengurangkan bilangan model enjin pembakaran dalaman yang ditawarkan ketika ini.

Reuters melaporkan bahawa syarikat berkenaan akan mengurangkan 50 peratus model kereta yang menggunakan bahan api dalam beberapa tahun akan datang.

Keputusan itu dipersetujui sebulat suara oleh pegawai eksekutif Hyundai pada Mac lalu.

Laporan itu menyebut bahawa langkah itu bertujuan untuk membangunkan sel kenderaan bahan bakar hidrogen dan elektrik.

Biarpun ia masih belum disahkan tetapi satu pengumuman rasmi mengenai strategi lengkap akan dibuat pada tahun ini memandangkan syarikat dilaporkan telah menghentikan pengeluaran enjin kereta yang dijana dengan bahan api.

Pada Mei lalu, HMG turut mengumumkan mengenai satu strategi dimana syarikat berkenaan berhasrat untuk melabur sebanyak AS&7.4 bilion (RM30.7 bilion) di Amerika Syarikat menjelang tahun 2025.

Malah, pelaburan itu dikatakan terdiri daripada penghasilan kenderaan elektrik pada masa akan datang dan kenderaan elektrik sel bahan api sekali gus dapat meningkatkan kemudahan pengeluaran.

Pelaburan seterusnya akan dilaburkan dalam penyelesaian inovatif untuk mobiliti.


Hyundai juga berhasrat untuk memperluaskan penawaran kenderaan elektrik di beberapa pasaran utama seperti Amerika Utara, Eropah dan China. Ia bertujuan untuk menghentikan jualan kenderaan yang mengggunakan enjin pembakaran dalaman menjelang tahun 2040.

Secara jelasnya, hasrat Hyundai untuk menghasilkan kenderaan elektrik telah menjadi tajuk utama di dada akhbar sejak kebelakangan ini, apatah lagi selepas Ioniq 5 dilancarkan baru-baru ini.

Syarikat itu berkata bahawa terdapat banyak lagi model yang akan diperkenalkan pada masa akan datang.


Gallery

Tag:

Hyundai Motor Group
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Jose Muñoz CEO Baharu Hyundai 2025 Nanti – PhD Kejuruteraan Nuklear, CEO Pertama Bukan Warganegara Korea

Hyundai Motor Group telah mengumumkan pelantikan Jose Muñoz sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu syarikat itu, berkuat kuasa 1 Januari 2025.

20-11-2024
Global

Jelajah 5 Negara Sebab Nak Tengok Keupayaan Ioniq 5

Hyundai Motor melancarkan Jelajah ASEAN "Go Far with Zero Worries" IONIQ 5 semalam.

21-11-2023
EV

Demi Kredit Cukai EV, Hyundai Motor, LG Energy Bina Kilang Bateri Di Amerika Syarikat

Hyundai Motor Group dan LG Energy Solution labur AS$4.3 bilion bagi pembinaan kilang bateri kenderaan elektrik (EV) di AS.

26-05-2023
EV

Hyundai Motor Bakal Bina Kilang EV Pertama Di Korea Selatan

Hyundai Motor Co akan membangunkan sebuah kilang khas bagi pengeluaran kenderaan elektrik (EV) di Korea Selatan.

12-07-2022
Berita Auto

Hyundai Akan Dedahkan Strategi Teknologi Hidrogen 7 September Ini

Acara dalam talian ini akan diadakan secara langsung pada 7 September.

30-08-2021
Berita Auto

Bahagian Mobiliti Udara Bandar Bangunkan Operasi AAM

Bahagian Mobiliti Udara Bandar Hyundai Motor Group mengakui pihaknya telah memeterai satu usaha sama dengan ANRA Technologies.

18-08-2021
Berita Auto

Hyundai Santa Fe & Elantra 2021 Pemenang Anugerah Keselamatan Kereta Terbaik!

Hyundai Santa Fe dan Elantra 2021 telah menerima anugerah 2021 TOP SAFETY PICK.

29-04-2021
Berita Auto

Hyundai Motor Group Memperkenalkan Kenderaan Mobiliti Kelas Atas TIGER Tanpa Kru

Hyundai Motor Group telah memperkenalkan kenderaan mobiliti kelas atas (UMV) yang kedua iaitu TIGER (Transforming Intelligent Ground Excursion Robot atau Mengubah Robot Pengembaraan Darat Pintar).

02-03-2021

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026