Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Moratorium Automatik 6 Bulan: Bagaimana Cara Untuk Memohon?

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan moratorium bayaran balik pinjaman bank selama enam bulan kepada semua dalam pembentangan pakej PEMULIH semalam. 


Moratorium Automatik ini ditawarkan kepada semua golongan tanpa mengira sama ada B40, M40 atau T20. Dalam motarium ini, tiada sebarang syarat diletakkan termasuklah pengurangan pendapatan. Selain itu, proses permohonan juga cukup ringkas dan mudah tanpa perlu mengemukakan sebarang dokumentasi.


Dalam Moratorium Automatik 6 bulan yang pernah ditawarkan pada tahun lalu iaitu dari April hingga September, 2020, bantuan ini adalah membabitkan semua jenis pinjaman bank seperti pinjaman rumah, peribadi dan kereta kecuali baki kad kredit. Selepas tempoh ini tamat, golongan yang terkesan perlu menghubungi pihak bank untuk mendapatkan bantuan kewangan tersasar sama ada moratorium untuk tiga bulan atau pengurangan ansuran bulanan.


Berdasarkan pakej PEMULIH kali ini pula, pihak bank dijangka akan membuat pengumuman terbaharu dalam masa yang terdekat.


Mengapa moratorium ditawarkan kepada semua?


Perdana Menteri berkata, moratorium selama 6 bulan ini diberikan untuk membantu orang ramai yang mengalami masalah kewangan akibat Covid-19. 




"Saya banyak mendengar dan membaca rintihan yang sama daripada golongan M40 dan T20 yang turut mengalami peningkatan tanggungan kerana mereka juga membantu ahli keluarga atau saudara-mara yang terjejas akibat COVID-19.



"Saya berharap inisiatif moratorium ini sedikit sebanyak dapat membantu peminjam individu dan PKS dalam menguruskan aliran tunai mereka sepanjang tempoh mencabar ini.



"Bagaimanapun, saya juga ingin berpesan gunalah tawaran ini dengan sebaiknya dan jika tidak mendesak, janganlah membuat tambahan komitmen kewangan lain," katanya.


Ringkasan moratorium yang ditawarkan


Moratorium selama 6 bulan untuk semua golongan (B40, M40 dan T20), syarikat mikro, dan perusahaan kecil dan sederhana (SME) yang terkesan.


Kategori

Bantuan Bayaran Balik

Semua golongan (B40, M40 dan T20)

Moratorium selama 6 bulan.

Tiada dokumentasi diperlukan.

Semua syarikat mikro* 

Semua perusahaan kecil dan sederhana (SME) yang terkesan daripada pandemik

Moratorium selama 6 bulan.

Tiada dokumentasi diperlukan.

Hanya pengisytiharaan diri diperlukan.

* Seperti yang ditakrifkan oleh SME Corporation Malaysia Bantuan khusus (misalnya: Ansuran dikurangkan) bagi memenuhi keperluan dan keadaan kewangan individu juga ditawarkan.


Bagaimanakah cara untuk mendapatkan moratorium 6 bulan?


Tarikh permohonan moratorium boleh mula dibuat: 7 Julai 2021 melalui bank pemohon.


  1. Layari laman web bank untuk mengetahui cara membuat permohonan yang ditawarkan bank yang digunakan (sama ada melalui borang, emel atau panggilan telefon)
  2. Berikan maklumat peribadi dan pinjaman, dan pilih bantuan bayaran balik yang ditawarkan.
  3. Baca dan terima terma dan syarat.
  4. Nantikan pengesahan.
  5. Bank anda akan memproses permohonan dalam masa 5 hari (individu) atau 14 hari (syarikat mikro dan SME).
  6. Sekiranya anda menghadapi kesukaran dengan bank atau tidak menerima sebarang maklumbalas daripada bank dalam jangka masa tersebut, boleh hubungi BNMTELELINK atau isi bnm.my/RAsurvey untuk membuat aduan.


Adakah bantuan bayaran balik atau moratorium 6 bulan akan memberi kesan kepada CCRIS?


Bantuan bayaran balik tidak akan memberi kesan kepada rekod CCRIS pemohon. 


Sumber: Bank Negara Malaysia

Tag:

Moratorium
PEMULIH
Tan Sri Muhyuddin Yassin
Moratorium 6 bulan
Moratorium Automatik
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

ERL Tawar Diskaun 90%! MyPutrajaya & MyKLIA Monthly Travel Card kini lebih murah.

14-04-2026
Berita Auto

Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Penempatan PDRM di stesen minyak hanya tertumpu di kawasan sempadan negara.

14-04-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!

14-04-2026
Berita Auto

Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

MICHELIN Primacy 5, kini diperluaskan khusus untuk menepati keperluan kenderaan SUV.

13-04-2026
Berita Auto

Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima ISO 50001:2018

Proton melakar satu lagi sejarah apabila sebagai pengeluar kereta penumpang pertama di Malaysia yang menerima pensijilan berprestij ISO 50001.

13-04-2026
Berita Auto

Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang

10-04-2026
Berita Auto

Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV

Kawal Chery Tiggo 7 & 8 PHEV Di Hujung Jari – Aplikasi CarLinko Kini Rasmi Di Malaysia.

10-04-2026