Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Pesawat 6 Tempat Duduk Untuk Pelbagai Tujuan Bakal Dilancarkan Rusia?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Pesawat Cyclocar VTOL yang menggunakan sistem pendorongan kipas kitaran super responsif atau  super-responsive cycle propeller propulsion system merupakan sebuah prototaip 60 kg yang dibangunkan oleh  Russia's Foundation for Advanced Research. Pesawat ini dilihat telah mula terbang dalam sesi ujian berdasarkan beberapa buah yang telah dikongsi. 



Dibangunkan sebagai sebahagian daripada projek Cyclone, Clyclocar yang akan dilancarkan pada tahun 2022 ini bakal menggunakan motor elektrik sepenuhnya. Terdapat juga khabar angin yang mengatakan varian hibrid juga sedang dihasilkan. Versi saiz penuhnya memiliki berkepanjangan 6.2 meter, dengan kelajuan maksimum 250 km/j dan boleh mencapai jarak perjalanan sejauh 500 km.

Enjin penjanaan yang bakal digunakan masih belum ditentukan lagi,  namun ia dijangka akan dihasilkan di Rusia dengan menggunakan sama ada enjin putaran piston atau turboshaft. Laras pendorongannya (propulsion barrels) memiliki diameter bersaiz 1.5 meter (5 kaki) dan boleh membawa sehingga enam orang atau 600 kg.


Mengenai kebolehan pendaratannya, pesawat VTOL ini boleh mendarat pada permukaan dengan kecondongan maksimum 30 darjah.  Penumpang pesawat boleh mengakses kabin daripada bahagian tepi dan belakang, dalam masa yang sama, laluan masuk daripada belakang boleh digunakan untuk mengangkut peralatan atau gear khas.



Dalam video di atas, dapat dilihat pasukan sedang mengkaji ciri-ciri yang terdapat pada prototaip. Demonstrasi kemampuan pesawat untuk terbang juga dapat dilihat daripada video yang dikongsikan.



Penerbangan percubaan dijangka akan dimulakan pada tahun 2022. Antara organisasi yang bakal menggunakan teknologi ini ialah  Urban Air Mobility, Search and Rescue, pihak polis dan bomba. Pesawat ini juga bakal digunakan dalam industri pelancongan dan sebagainya.

Advanced Research Foundation yang bertapak di Rusia ini telah ditubuhkan pada tahun 2012 sebagai organisasi kajian dan pembangunan. Tujuannya adalah untuk memodenkan organisasi-organisasi ketenteraan dan keselamatan Rusia dengan menggunakan teknologi dan produk canggih. Teknologi inovatif ini juga turut dikomersialkan untuk pelbagai tujuan lain.  Pasukan projek Cyclocar ini diketuai oleh Yan Chibisov.

Gallery

Tag:

Cyclocar
VTOL
Cyclone
Advanced Research Foundation
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Syarikat Ini Akan Bangunkan Infrastruktur Teksi Terbang Di Jepun

PARK24 akan bekerjasama dengan Skyports, syarikat pembangunan infrastruktur dari UK untuk membina vertriport.

12-06-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Susulan Tragedi Pokok Tumbang: DBKL Pergiat Kerja Mitigasi di 6 Lokasi Utama

Isu Pokok Tumbang di KL: Ini 6 Lokasi Fokus Kerja Mitigasi DBKL Minggu Ini.

21-07-2026
Berita Auto

Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.

21-07-2026
Berita Auto

Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru

21-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026