- Berita
- Berita Auto
- Kisah Kereta Prototaip Bugatti Chiron: Kekal Utuh Setelah Lalui Ujian Mencabar Selama 8 Tahun!
Kisah Kereta Prototaip Bugatti Chiron: Kekal Utuh Setelah Lalui Ujian Mencabar Selama 8 Tahun!
Prototaip Bugatti Chiron atau 4-005 yang telah berkhidmat lama dalam dunia uji kaji pakar-pakar sistem kereta Bugatti kini mula 'bersara' daripada kehidupan yang penuh cabaran dan dugaan.

Sepanjang lapan tahun ujian dan kajian dilakukan terhadap model prototaip ini, ia telah banyak berkhidmat untuk menawarkan kesempurnaan yang terdapat pada Chiron yang dikeluarkan dalam pasaran.
Dikenali sebagai 4-005, yang disebut 'Four Five' dalam bahasa Inggeris, nombor empat membawa maksud 'prototaip' sementara nombor lima pula bermakna prototaip Chiron yang kelima. Kesemua lapan jenis Chiron ini dibina dengan menggunakan kepakaran tangan dan membabitkan penggunaan bahagian-bahagian yang dihasilkan khas.


Prototaip ini ialah model Chiron pertama yang dipandu di Amerika Syarikat, melakukan aksi drift dalam salji di Skandinavia, melakukan pusingan dalam litar berkelajuan tinggi di Nardò, berjaya melepasi ujian haba di Afrika Selatan dan afterburner Eurofighter Typhoon.
Selain telah dipandu uji, tayar kereta sport hiper ini turut digunakan oleh unit pembangunan Electrics and Electronics sebagai bahan ujian makmal.


Jurutera ujian biasanya akan memberikan tugasan tertentu kepada prototaip dan kebiasaannya, prototaip akan dibuang selepas ujian sistem dilakukan.
Walau bagaimanapun, ini tidak dilakukan kepada prototaip Chiron. Bermula dari tahun 2013, kesemua perisian kereta hiper 4-005 dibangunkan dan diuji.


Proses ini melibatkan kira-kira 30 unit kawalan kenderaan yang menjalani prosedur ujian khusus setelah dilakukan pengubahsuaian, pertama di bangku ujian dan seterusnya di dalam kenderaan.
Seperti yang dikatakan, pasukan Bugatti bergerak ke seluruh Amerika Syarikat dan separuh Eropah untuk memandu uji kereta, memantu dan juga memperhalus sistem. Antara lokasi-lokasi yang dilawati untuk tujuan ini adalah Death Valley, Granada, Grand Canyon dan Grossglockner.

Proses ini dilakukan untuk memastikan kesemua sistem navigasi dan peta prototaip berfungsi dengan baik di setiap negara dan negeri yang dilalui. Ini juga dilakukan untuk menyempurnakan fungsi-fungsi lain seperti penerimaan data satelit, sambungan aerial, radio dan telefon.
Sementara itu, ujian haba yang dilakukan di kawasan gurun pula dilakukan untuk memantau sistem penyejuk udara bagi memastikan aliran penyejukan berfungsi pada tahap optimum.

Selain itu, 4-005 juga melalui penambahbaikan sebelum pengeluaran dimulakan. Ini termasuklah fungsi sistem navigasi dan panggilan persidangan serta navigasi menu human-machine interface (HMI) berdasarkan spesifikasi reka bentuk tertentu.
Teknologi yang digunakan model ini sememangnya canggih memandangkan jurutera sering mengemaskini perisian dan perkakasan kereta setiap kali ujian dilakukan sekiranya penambahbaikan diperlukan.

Hasil daripada kajian yang mendalam mencecah lebih daripada lapan tahun ini dengan jarak perjalanan lebih daripada 74,000 km dalam pelbagai situasi jalan yang mencabar, fungsi dan keadaan elektronik kereta prototaip ini masih bebas daripada sebarang kerosakan. Setelah melalui kesemua situasi yang mencabar ini, akhirnya prototaip 4-005 telah mendapat persaraan yang dinanti-nantikan.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

