Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Barisan ID Sambut Kehadiran ID.4 GTX!

Suhana Veru

Kongsi melalui

Volkswagen (VW) memperkenalkan ID.4 GTX yang menggunakan dua motor elektrik berkembar di Berlin, Jerman baru-baru ini.

Jentera ini dikatakan dijual pada harga  €50,415 (RM254,524.89) di negara itu namun para pelanggan juga boleh memohon harga subsidi yang bernilai at €7,500 (RM37,864.46).


“ID.4 GTX merupakan model berprestasi tinggi yang pertama kami di bawah jenama GTX. Ia  yang sangat praktikal dan hebat, sudah pasti menawarkan keseronokan memandu. Lagipun, ID.4 GTX ini sama seperti GTI dan  kenderaan utiliti sukan ID yang lain. 

“Menerusi barisan GTX ini, ia membolehkan kami mencapai sasaran Way to Zero sekali gus  Volkswagen dapat mencapai sasaran bebas karbon-neutral menjelang tahun 2050,” kata Ketua Jualan dan Pemasaran Volkswagen, Klaus Zellmer.

Sama seperti GTI dan GTE, GTX adalah sebahagian jenama produk yang bebas dimana ia bertujuan untuk mengubahkan mobilti elektrik dunia kepada kenderaan baharu yang menggabungkan ciri sporty pintar dengan kemampanan dan prestasi tinggi. 

Model ID.4 GTX yang dikatakan merupakan satu-satunya pacuan semua roda yang menggunakan satu pek bateri.

Pek bateri ini menyalurkan kuasa 77 kWh menyebabkan ia mampu menempuh perjalanan sejauh 340 hingga 480 kilometer.

Kenderaan dwi motor elektrik ini dipasang pada gandar hadapan dan belakang yang dijana dengan kuasa 125kW dimana ia mampu menghamburkan kuasa pada takat 220 Kw (295 kuasa kuda).


ID.4 GTX juga boleh dipecut dari 0-100 km/j dalam 6.2 saat (0-60 km/j dalam 3.2 saat) dan kelajuan maksimum dengan pengehad elektrikal mencecah 180 km/j. 

Ia yang dilengkapi dengan ciri Pengurusan Dinamik Kenderaan saling berfungsi dengan kawalan semua pacuan roda termasuk sistem kawalan brek bagi memastikan pengendalian pemanduan berjalan dengan stabil dan baik.

Menyentuh mengenai reka bentuk, ID.4 GTX menampilkan jalur cahaya di bahagian hadapan selain hadir bersama lampu nyalaan siang LED dengan elemen kemasan sarang lebah.

Bahagian bampar diberikan rekaan semula selain dipadankan dengan lampu belakang LED  yang direka semula dengan grafik lampu brek berbentuk-X.

ID.4 GTX juga menampilkan struktur yang diperbaharui sepenuhnya untuk peralatan pilihan seperti reka bentuk, infotaimen, bantuan, keselesaan dan pakej sport yang didapati pada kedua-dua varian standard dan plus.

Struktur pilihan baharu itu juga didapati pada barisan ID yang lain seperti ID.3 dan ID.4. 

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Kereta Baru
Siap Sedia! Ativa Hybrid Bakal Jadi Kereta Hibrid Paling Mampu Milik Di Malaysia?

Siap Sedia! Ativa Hybrid Bakal Jadi Kereta Hibrid Paling Mampu Milik Di Malaysia?

Perodua Sahkan Rancangan Pengeluaran Tempatan (CKD) Bagi Model Ativa Hybrid

15-05-2026
Kereta Baru
Kia Tasman Bakal Dilancar Di Malaysia?

Kia Tasman Bakal Dilancar Di Malaysia?

Adakah Kia Tasman bakal dilancarkan ke pasaran tempatan, semuanya masih misteri.

14-05-2026
Kereta Baru
Bukan Sekadar SUV Biasa: Apa Yang Istimewa Tentang AMG GLC 43 Nightfall?

Bukan Sekadar SUV Biasa: Apa Yang Istimewa Tentang AMG GLC 43 Nightfall?

Gagah & Gelap: Mercedes-AMG GLC 43 Nightfall Edition Kini Di Malaysia.

13-05-2026
Kereta Baru
Adakah DENZA B8 SUV Paling 'King' Tahun Ini?
Kereta Baru
Rasmi: Toyota Yaris Cross Kini Di Malaysia – Petrol & Hibrid Dari RM99,900

Rasmi: Toyota Yaris Cross Kini Di Malaysia – Petrol & Hibrid Dari RM99,900

Toyota Yaris Cross Dilancarkan di Malaysia: Harga Bermula RM99,900, Ada Varian Hibrid!

08-05-2026
Kereta Baru
Pertempuran 'Kembar' Bermula! Toyota Yaris Cross Dah Sampai, Traz Perlu Risau Atau Tidak?

Pertempuran 'Kembar' Bermula! Toyota Yaris Cross Dah Sampai, Traz Perlu Risau Atau Tidak?

Toyota Yaris Cross vs Perodua Traz: Perbandingan Spesifikasi, Harga.

08-05-2026
Kereta Baru
Subaru Crosstrek 2026 Rasmi Dilancarkan Di Malaysia – Unit CBU Jepun, RM190,788

Subaru Crosstrek 2026 Rasmi Dilancarkan Di Malaysia – Unit CBU Jepun, RM190,788

Subaru Crosstrek 2026 rasmi dilancarkan di Malaysia.

06-05-2026
Kereta Baru
SUV Kompak Baharu Proton Bakal Tunjuk Belang

SUV Kompak Baharu Proton Bakal Tunjuk Belang

Bagaimanapun, Proton masih mengunci mulut.

06-05-2026