Link Copiedcheck_circle
Tips

Varian Yang Mana Sesuai Untuk Anda? Jom Bandingkan Tiga Varian Honda City Hatchback!

Suhana Veru

Kongsi melalui

Biarpun Honda City Hatchback masih belum menembusi pasaran Malaysia namun ia sudah berjaya menarik perhatian netizen Malaysia!

Sebaliknya kami akan membiarkan anda membuat keputusan sama ada adakah berbaloikah dengan apa yang anda bayar?


Secara amnya, ketiga-tiga varian ini dilengkapi dengan enjin 1.5 liter empat silinder sebaris i-VTEC DOHC yang mampu menghamburkan kuasa 119 kuasa kuda pada takat 6,600 rpm dan tork 145Nm.





Varian asas City Hatchback adalah varian S+ dan ia hadir dengan sistem infotainmen bersaiz 8 inci bersama sokongan Apple CarPlay dan Android Auto. Ia juga dilengkapi dengan lampu hadapan jenis projektor, gril hadapan dihiasi krom dan rim aloi 15 inci.





Selain itu, ia juga hadir dengan kemasan dalaman berwarna hitam, tempat duduk dibaluti dengan fabrik, penghawa dingin manual, alat kawalan masuk tanpa kunci dan sistem henti melahu.




Dari segi ciri keselamatan pula, S+ dilengkapi dengan empat beg udara, bantuan stabiliti kenderaan, bantuan mula-daki, sistem brek anti-kunci, agihan brek elektronik termasuk Isofix.

Sementara itu, varian VS mempunyai beberapa ciri tertentu yang tidak terdapat pada varian S+.

Antaranya, sistem sentuh canggih 8 inci dengan sokongan Apple Carplay dan Android Auto termasuk kamera pandang belakang pelbagai sudut.

Varian ini juga datang dengan petunjuk cermin sisi, lebih banyak ruang simpanan, kerusi dibaluti dengan kulit, penghawa dingin zon tunggal, termasuk kotak simpanan di konsol tengah. 

Sementara itu, varian tertinggi iaitu RS dilihat mempunyai kebanyakan ciri yang terdapat dalam varian sebelum ini namun terdapat beberapa ciri tambahan seperti sistem kawalan penghawa dingin, gril hadapan berwarna hitam, antena sirip jerung, spoiler pintu belakang, penutup cermin sisi dan lampu kabus.

Ia juga dilengkapi dengan rim aloi bersaiz 16 inci, tempat duduknya dibaluti dengan kombinasi fabrik,suede serta kulit, kawalan jelajah iluminasi merah untuk MID, dua saluran kuasa tambahan untuk penumpang belakang, 8 speaker termasuk enam beg udara.

Berikut adalah jadual yang menunjukkan ciri yang terdapat pada setiap varian: 




Apakah pendapat anda mengenai Honda City Hatchback yang akan datang ini?

Kongsikan pendapat anda di bawah ruangan ini!


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Tips
Jerebu KL: Cara Selamat Memandu Waktu Penglihatan Kabur

Jerebu KL: Cara Selamat Memandu Waktu Penglihatan Kabur

Memandu Dalam Jerebu: 5 Langkah Keselamatan Penting.

26-08-2026
Tips
Siapa Sebenarnya Berhak Tutup Lebuhraya?

Siapa Sebenarnya Berhak Tutup Lebuhraya?

Tiba-Tiba Mat Rempit 'Block' Jalan? Ini Hak Anda Sebagai Pemandu & Kenapa Kena Segera Call PDRM.

23-08-2026
Tips
EV Terbakar Di Alam Damai: Adakah Cas  EV Di Rumah Berbahaya?

EV Terbakar Di Alam Damai: Adakah Cas EV Di Rumah Berbahaya?

EV Terbakar? Ini Tips Cas EV Di Rumah Dengan Selamat.

17-08-2026
Tips
Analisis: Kenapa Kereta Sekarang Lebih Manja, Tidak Sejantan Macam Kereta Dulu

Analisis: Kenapa Kereta Sekarang Lebih Manja, Tidak Sejantan Macam Kereta Dulu

Makin moden, makin manja, kenapa kereta sekarang tak sejantan macam kereta dulu?

05-08-2026
Tips
"Kenapa Penumpang Kerap Pening & Loya Dalam Kereta EV?

"Kenapa Penumpang Kerap Pening & Loya Dalam Kereta EV?

Sakit Kepala Lepas Naik Kereta EV? Netizen Kaitkan Dengan ‘Regen Braking?

05-08-2026
Tips
Tiba-Tiba Banjir di KL: 5 Kesilapan Ini Boleh 'Bunuh' Enjin Kereta Anda Dalam 15 Minit

Tiba-Tiba Banjir di KL: 5 Kesilapan Ini Boleh 'Bunuh' Enjin Kereta Anda Dalam 15 Minit

Lembah Klang Hujan Lebat? Ini 5 Tips Penting Pemandu KL Elak Kereta Tenggelam Banjir

21-07-2026