Link Copiedcheck_circle
Tips

Bagaimana Mitsubishi Xpander Bersaing Dengan Model Lain?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Seperti yang diketahui ramai, Mitsubishi Xpander telah dilancarkan dalam pasaran Malaysia pada bulan November tahun lalu.  Kehadiran Xpander memberikan persaingan yang sengit kepada banyak model kereta yang seangkatan dengannya terutama sekali Honda BR-V dan Toyota Rush. Dalam artikel ini, penulis kongsikan bagaimana Xpander bersaing dengan model-model ini. 

Dari segi harga, Xpander ditawarkan dalam harga permulaan yang terendah, bermula daripada RM 91,369, diikuti oleh BR-V pada RM 96,900, dan akhir sekali, Rush pada harga RM 97,000. 


Enjin yang digunakan Xpander ialah enjin N/A DOHC 16 injap 1.5L dengan pemasaan injap boleh ubah yang memberikan kuasa output mencapai 104 hp pada 6,000 rpm dan 141 Nm tork pada 4,000 rpm.


BR-V  juga dilengkapi dengan enjin N/A DOHC 16 injap 1.5L dengan pemasaan injap boleh ubah, namun kuasa yang direkodkan di atas kertas adalah  lebih tinggi beberapa angka iaitu 119 hp pada 6,000 rpm dan tork mencapai 145 Nm pada 4,600 rpm.

Seterusnya, Rush, dengan enjin sama, N/A DOHC 16 injap 1.5L dengan pemasaan injap boleh ubah dapat memberikan kuasa output mencapai 104 hp pada 6,000 rpm dan tork sebanyak 136 Nm pada 4,200 rpm. 



Xpander memiliki kelajuan maksimum sebanyak 170 km/j dan boleh melakukan pecutan dari 0-100 km/j dalam masa hanya 13.2 saat, sementara BR-V pula memiliki kelajuan maksimum 160 km/j dan boleh memecut dalam masa 12.2 saat.  Xpander menggunakan transmisi automatik 4 kelajuan dan BR-V pula gear CVT. 

Model yang terberat ialah Rush dengan berat sebanyak 1,300 kg, diikuti oleh Xpander pada 1,269 kg dan akhir sekali, BR-V pada 1,259 kg. 

 

Mitsubishi Xpander memiliki kadar penggunaan minyak yang tertinggi pada 8.3L/100km, diikuti oleh BR-V pada 6.4L/100km. 

 

Berdasarkan perbandingan yang dibuat antara Xpander, BR-V dan Rush ini, mana satukah yang menarik hati anda? Kongsikan dalam ruangan komen di bawah!


Jom tonton video review penuh kami tentang Mitsubishi Xpander:





 

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Terkini

Tips
Pertama Kali Balik Kampung Guna EV: Realiti Sebenar Yang Ramai Tak Tahu!

Pertama Kali Balik Kampung Guna EV: Realiti Sebenar Yang Ramai Tak Tahu!

Pertama Kali Balik Kampung Guna EV? Jangan Takut, Ini Sebab Kenapa Jem Raya Takkan Habiskan Bateri Anda!"

21-05-2026
Tips
Hipnosis Lebuhraya: Bahaya Tersembunyi Di Sebalik Refleks 'Mujur Sempat Brek'

Hipnosis Lebuhraya: Bahaya Tersembunyi Di Sebalik Refleks 'Mujur Sempat Brek'

Kerap Mengelamun Semasa Memandu? Ini Cara 'Kejutkan' Otak Anda Sebelum Terlambat

15-05-2026
Tips
Analisis: Cukup Ke Kuota BUDI95 150 Liter Sebulan?

Analisis: Cukup Ke Kuota BUDI95 150 Liter Sebulan?

Kira-kira Minyak RM50: Berapa Jauh Anda Boleh Pergi Dengan 150 Liter?

12-05-2026
Tips
Cara Check Kereta Terpakai Pernah Accident

Cara Check Kereta Terpakai Pernah Accident

Panduan Lengkap Beli Kereta Terpakai: Cara Kenal Pasti Kesan Major Accident.

11-05-2026
Tips
Analisis: Lesen Seumur Hidup: Adakah Sudah Tiba Masa Ia Dikaji Semula?

Analisis: Lesen Seumur Hidup: Adakah Sudah Tiba Masa Ia Dikaji Semula?

Bukan Diskriminasi, Tapi Perlindungan: Kenapa Pemandu Veteran Perlu Disaring.

06-05-2026
Tips
Kenapa Kereta Bawah 5 Tahun dan Pemilik EV Boleh Jual Kereta Lebih Tinggi Melalui Konsainan di CariCarz Automall

Kenapa Kereta Bawah 5 Tahun dan Pemilik EV Boleh Jual Kereta Lebih Tinggi Melalui Konsainan di CariCarz Automall

Jangan terpedaya dengan tawaran trade-in yang rendah rendah! Ketahui bagaimana konsainan di Caricarz Automall membantu anda dapatkan harga lebih tinggi untuk kereta di bawah lima tahun.

05-05-2026