- Berita
- Tips
- Bagaimana Toyota Harrier Bersaing Dengan Pendahulu Dan Pesaingnya!
Bagaimana Toyota Harrier Bersaing Dengan Pendahulu Dan Pesaingnya!
Sejak April lalu, pasaran tempatan sudah mengalu-alukan kehadiran generasi keempat Toyota Harrier.
Generasi keempat kini mula ditawarkan secara rasmi di pasaran Malaysia, dan Malaysia merupakan satu daripada dua negara yang menjual Harrier menerusi saluran rasmi dengan jaminan penuh.
Toyota Harrier ini hadir dalam satu varian sahaja.
Menyingkap kembali sedikit sejarah jentera ini, Toyota Harrier 2.0T Luxury keluaran tahun 2018 dijual sekitar harga RM259,900.
Seperti biasa ia hadir dengan lampu LED projektor bersama Lampu Suluh Tinggi Automatik selain lampu LED nyalaan siang hari.
Ia juga dilengkapi lampu selekoh manakala rim aloinya dikatakan bersaiz 18 inci.
Dari segi kabinnya, kenderaan ini dipadankan dengan sistem kawalan iklim dwi zon bersama skrin sentuh infotainmen bersaiz 7 inci.
Malah, ia juga hadir dengan bumbung suria, tempat duduk dibaluti dengan material jenis kulit Nappa manakala, tempat duduk pemandunya boleh dilaraskan kepada lapan arah.
Sebagai perbandingan dengan harga kenderaan generasi keempat ini pula, Harrier baharu ini dijual pada harga yang agak berpatutan iaitu RM249,706.50.
Apa yang menarik mengenai model generasi keempat ini, kebanyakan ciri kereta ini telah dikemaskini. Antaranya, lampu hadapan jenis Bi-LED dan
Sistem lampu depan adaptif pintar, rim aloi bersaiz 18 inci yang dihiasi dengan jejari bersalut hitam dan silver.
Ia juga hadir dengan sistem kawalan iklim dwi zon secara automatik, meter Optitron Gred Tinggi dengan Paparan Pelbagai Maklumat, paparan audio 8 inci dengan sambungan Bluetooth, Apple CarPlay dan Android Auto.
Seperti model sebelum ini, ia juga hadir dengan bumbung panorama bulan manakala kerusi pemandu boleh dilaraskan kepada 12 arah dan semua tempat duduknya dibaluti dengan material jenis kulit.
Dari segi pesaingnya, Toyota Harrier dikatakan standing dengan beberapa bariasan Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) mewah seperti Volvo XC40 Recharge, Lexus UX 200 Urban dan CX8 2.5G SkyActiv.
Jika dibandingkan dengan harga pula, Harrier ditawarkan pada harga yang agak tinggi diikuti dengan Lexus UX 200 Urban pada RM243,888, Volvo XC40 (RM241,997) dan akhir sekali CX8 2.5G SkyActiv (RM201.360).
Di bawah hud kereta, Harrier dijana dengan enjin 2.0 liter empat silinder DOHC dengan VVT-i berkembar serta kotak Transmisi Boleh Ubah Berterusan (CVT) menyebabkan ia mampu menghamburkan 171 kuasa kuda pada takat 6,600 rpm dan 203Nm pada 4,400 rpm.
Bagi Xc40 Recharge pula, ia dikuasakan dengan enjin 1.5 liter bersama 12 injap DOCH dan dipadankan dengan Suntikan Terus Bahan Api. Ini membuatkan ia mampu menghasilkan 171 kuasa kuda pada 5,800 rpm dan 265 Nm pada 1,500 rpm.
Sementara itu, UX 200 Urban pula dijana dengan 2.0 liter bersamaan dengan 16 injap DOHC, aspirasi semulajadi dengan pembolehubah pelbagai masa menyebabkan ia juga mampu menghamburkan kuasa 169hp dan 205Nm.
Ia kemudian diikuti dengan CX8 2.5G SkyActiv. Ia dijana dengan 2.5 liter 16 injap DOHC, aspirasi semula jadi sekali gus dapat menghasilkan 192 kuasa kuda dan 258Nm.
Dari segi transmisi pula, Harrier dilengkapi dengan VVT-I berkembar dengan CVT manakala XC40 Recharge pula dipadankan dengan klac basah berkembar 7 kelajuan.
CVT Direct-Shift dengan fungsi 10-kelajuan terdapat pada Lexus UX 200. CX8 2.5G Skyactiv pula dilengkapi dengan transmisi enam kelajuan Skyactiv Drive dengan pilihan mod manual.
Berbalik kepada Toyota Harrier, ia merekodkan penggunaan bahan api yang paling tinggi dengan mencatatkan 8.3 liter (l) bagi setiap 100 kilometer (km) manakala, CX8 2.5G SkyActiv dan UX 200 Urban pula mencatatkan 7.9 l/100km.
Namun lain pula bagi XC40 Recharge kerana ia merekodkan penggunaan bahan api paling rendah iaitu 2.2 l/100km.
Untuk makluman anda, penggunaan bahan api yang direkodkan untuk UX 200 Urban dan XC40 Recharge adalah berdasarkan ujian NEDC.
Toyota Harrier
Dari segi dimensi pula, Harrier membawakan ukuran panjang 4,740 mm, lebar 1,855 mm, tinggi 1,660 mm dengan jarak antara roda sepanjang 2,690 mm, manakala ruang butnya sekitar 425 liter.
XC40 Recharge pula berukuran sepanjang 4,425, setinggi 1,658 dan selebar 1,673, manakala jarak rodanyanya pula 2702 mm dan mempunyai ruang but bersaiz 452 liter.
Volvo XC40 Recharge
Lexus UX 200 Urban
Beralih kepada UX 200 Urban, ia memiliki ruang but bersaiz 227 liter manakala dimensinya pula dikatakan sepanjang 4,495, 1,840 lebar dan setinggi 1,520mm dan jarak antara roda adalah 2,640 liter.
Akhir sekali, the CX8 2.5G SkyActiv. Jentera ini memiliki ukuran panjang 4,900mm, selebar 1,840mm dan setinggi 1,730mm. Jarak antara roda pula mencecah 2,930mm dan ruang but pula diukur 209 liter.
Mazda CX8 2.5G SkyActiv
Dari segi dimensi, CX8 2.5G SkyActiv dilihat lebih panjang berbanding Harrier manakala, XC40 Recharge pula direkodkan antara yang tertinggi dan lebar berbanding dengan tiga model kereta yang lain.
Mengenai ukuran ruang but, XC40 memiliki ruang but yang agak luas iaitu 452 liter.
Apakah pendapat anda mengenai Toyota Harrier baharu ini?
Adakah ia bakal membuktikan bahawa ia adalah model lebih ummph berbanding keluaran sebelum ini termasuk pesaingnya?
Kongsikan pendapat anda di bawah ruangan komen ini!
Gallery





Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari