Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Sime Darby Auto Connexion Merangkul Anugerah Jaguar Land Rover Retailer Awards!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Jaguar Land Rover Malaysia telah berjaya merangkul anugerah Jaguar Land Rover Retailer Awards 2020/21.

Setiap tahun, peniaga runcit automotif bagi Jaguar Land Rover di seluruh dunia diberikan penghargaan atas prestasi dan juga kualiti perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan.


Pemenang keseluruhan bagi anugerah berprestij pada tahun ini ialah Sime Darby Auto Connexion (SDAC) yang mendapat poin tertinggi bagi dua daripada tiga kategori yang dipertandingkan.  Ini adalah kemenangan kali kedua SDAC yang sebelum ini pernah merangkul anugerah yang sama pada tahun 2016/17. Berada di tempat yang seterusnya ialah pengedar automotif, Sisma Auto.

"Sime Darby Motors sentiasa komited untuk mencapai kecemerlangan dalam memberikan perkhidmatan bertaraf dunia kepada pelanggan. Saya sangat berbangga dengan pasukan Jaguar Land Rover Malaysia. Kerja keras, dedikasi dan semangat mereka semestinya memberi kesan dalam perniagaan runcit automobil," ujar Pengarah Urusan bahagian Runcit dan Pengedaran Malaysia Sime Darby Motors, Jeffrey Gan dalam satu kenyataan. 

Cabaran peruncit automotif yang bermula pada 1 April, 2020 dan tamat pada 30 Mac, 2021 ini memberi penghargaan sinergi antara tiga entiti Malaysia iaitu Jaguar Land Rover (Malaysia), Sisma Auto dealerships dan Sime Darby Auto Connexion yang berada pada kedudukan teratas dalam anugerah ini. 

Jaguar Land Rover Malaysia adalah usaha sama antara Sime Darby dan Sisma Auto yang menjadi pengimport eksklusif kenderaan Jaguar dan Land Rover di Malaysia. Sementara itu,  Sime Darby Auto Connexion dan Sisma Auto ialah pengedar bagi jenama ini.


"Kami memuji usaha keras semua kakitangan terutamanya mereka yang terlibat dalam pemasaran, jualan dan khidmat pelanggan, yang cuba untuk melakukan yang terbaik dalam situasi pasaran yang kian mencabar ini demi memacu perniagaan," kata Pengarah Pengurusan Jaguar Land Rover Malaysia, Syed Ahmad Muzri Syed Faiz.

Anugerah Jaguar Land Rover Retailer of the Year mengukur kesemua aspek prestasi setiap outlet termasuklah pemasaran, jualan, khidmat pelanggan, latihan dan persembahan peruncit yang membuatkan outlet ini lebih terserlah berbanding yang lain.  Setiap kategori memiliki sembilan ke 12 kriteria, dan anugerah ini terkenal sebagai anugerah yang paling berprestij dalam industri.

Tambah Syed Ahmad Muzri, kemenangan yang dicapai adalah hasil usaha daripada kesemua kakitangan Jaguar Land Rover Malaysia. 



Gallery

Tag:

Sime Darby Auto Connexion
Jaguar Land Rover
Sisma Auto
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Ford Ranger Raptor, Guna Enjin 3.0L, V6 Petrol, Harga Pun OK

Pengedar tunggal Ford di Malaysia, Sime Darby Auto ConneXion melancarkan Ranger Raptor generasi baharu yang ditunggu-tunggu dalam sebuah acara meriah pagi tadi.

07-10-2022
Berita Auto

JLR Malaysia Rangkul Anugerah Peruncit Terbaik Asia Pasifik Buat Kali Ke-5

Jaguar Land Rover (JLR) Malaysia terus mengukir sejarah apabila berjaya merangkul anugerah Peruncit Terbaik Asia Pasifik (APAC) untuk kali kelima.

26-11-2024
Berita Auto

Pakej Stealth Buat I-Pace Lebih Menonjol

Para pemilik Jaguar I-PACE yang berhasrat untuk meningkatkan nilai estetik kereta mereka kini boleh mendapatkan Pek I- PACE Stealth.

30-11-2023
Pandu Uji
Berita Auto

Persatuan Automotif Malaysia (MAA) Lantik Presiden Baharu

Persatuan Automotif Malaysia (MAA) melantik Mohd Shamsor Mohd Zain sebagai Presiden baharu bagi penggal 2023/2024,

10-04-2023
Kereta Baru

Range Rover L460, Enjin V8, Harga Masih Belum Didedahkan

Jaguar Land Rover Malaysia mengesahkan pihaknya akan melancarkan kenderaan utiliti sukan mewahnya, Range Rover L460 pada pertengahan Februari ini.

20-01-2023
Kereta Baru

Jaguar XF Harga Bermula RM498K

Jaguar Land Rover (Malaysia) Sdn Bhd (JLRM) memperkenalkan Jaguar XF baru-baru ini.

14-06-2022
Berita Auto

Land Rover Discovery Metropolitan Edition Diperkenalkan

Land Rover perkenalkan variasi terbaharu, Metropolitan Edition.

16-11-2021

Berita Terkini

Berita Auto

2 Penunggang Basikal Terkorban Dirempuh Kereta

Dua Sahabat Maut Dirempuh Ketika Latihan Berbasikal.

04-09-2026
Berita Auto

Promosi Servis Proton 2026: Diskaun Alat Ganti & Semakan Percuma

Kempen Stay Safe & Save Proton: Penjimatan Diskaun Bateri & Brek.

04-09-2026
Berita Auto

Misteri Buih Tebal di Lebuhraya KESAS Terjawab

Lebuhraya KESAS Dipenuhi Buih Tebal, Polis Sahkan Punca Tumpahan Sabun.

04-09-2026
Berita Auto

ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

Tedung & Kala: 263 Aset Baharu ATM RM164.9 Juta.

04-09-2026
Berita Auto

GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.

03-09-2026
Berita Auto

Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.

03-09-2026
Berita Auto

Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal

03-09-2026
Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026