Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Guna BMW 3 Series Dengan Dashboard Yang Lama? Masa Untuk Upgrade! Lebih Besar & Canggih!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

BMW Group Malaysia, pengedar rasmi kenderaan BMW, MINI dan BMW Motorrad di Malaysia, telah melancarkan BMW 320i Sport yang dikemaskini dengan  sistem BMW Live Cockpit Professional terbaharu.



Sistem ini menggunakan BMW Operating System 7.0 yang merangkumi skrin sentuh tengah bersaiz 10.25 inci dan kluster instrumen digital sepenuhnya yang bersaiz 12.3 inci.  Model sebelum ini menggunakan skrin tengah lebih kecil bersaiz 8.8 inci dan paparan pelbagai info 5.1 inci, ini semenangnya satu perubahan yang besar.



Walau bagaimanapun, 320i adalah RM4,000 lebih mahal dengan harga RM243,889 (harga sebelum ini ialah RM239,884), tidak termasuk cukai jualan dan perkhidmatan.

 

"Hampir 2,000 unit BMW 320i Sport telah dihantar sejak pelancarannya pada bulan Januari 2020, kejayaan ini bukanlah satu kejutan bagi sebuah sedan sport premium yang terlaris di Malaysia. Tambahan ciri terbaharu ini membuktikan pelaburan konsisten kami dalam industri automotif tempatan, dengan harapan untuk terus memandu pemulihannya dalam tahun akan datang," ujar Pengarah Pengurusan Hans de Visser dalam satu kenyataan.

 

Selain itu, sistem ini turut didatangkan dengan fungsi BMW Intelligent Personal Assistant bersama ciri pengaktifan suara.  Pemandu boleh mengaktifkan sistem dengan hanya mengatakan "Hey BMW" atau apa sahaja perkataan  yang ingin digunakan bagi pengaktifan.



Sementara itu, peralatan lain kekal sama, antaranya adalah  lampu depan LED adaptif, lampu kabus depan LED, luaran Sport Line dengan insert bampar belakang dan depan yang berbentuk T, rim aloi dua tona 780 gaya V-spoke 18 inci, upholsteri kulit Vernasca dengan riasan jaringan aluminium, sistem kemasukan tanpa kunci dengan butang penghidup enjin, kawalan iklim tiga zon, kerusi depan boleh laras automatik dengan fungsi memori bagi pemandu, bantuan parkir, kamera undur, enam speaker dan but dengan bukaan handsfree. Namun, platform pengecas Qi tanpa wayar yang terdapat pada model sebelum ini telah dibuang.



Syarikat mengekalkan teknologi kuasa yang sama iaitu enjin petrol TwinPower Turbo 2.0L dan transmisi Steptronic Sport 8 kelajuan bagi BMW 320i Sport yang terkini.  Model sedan sport premium dengan pemasangan tempatan ini boleh menghamburkan kuasa mencecah 184 hp pada 5,000 ke 6,500 rpm dan mencapai tork maksimum sebanyak 300 Nm pada 1,350 ke 4,000 rpm.

 

BMW Group memaklumkan bahawa BMW 320i Sport boleh memecut daripada pegun kepada 100 km/j dalam masa hanya 7.1 saat dan mencapai kelajuan maksimum 235 km/j.  Ia memiliki kadar penggunaan minyak  6.3L/100km dan menjana 144g/km karbon dioksida.

 

BMW 320i Sport yang terbaharu ini didatangkan dalam lima warna berbeza iaitu Phytonic Blue, Black Sapphire, Alpine White, Mineral Grey dan Sunset Orange untuk digabungkan dengan upholsteri kulit premium Vernasca yang berwarna hitam.

 

Ekoran Perintah Kawalan Pergerakan, semua pusat pengedaran ditutup, oleh itu, pelanggan yang berminat boleh melihat dan mendapatkan lebih info mengenai BMW 320i Sport dengan melayari https://shop.bmw.com.my. Pelanggan juga boleh terus menghubungi pengedar yang dipilih.

 


BMW 320i Sport didatangkan dengan pakej BMW Group Malaysia Premium Ownership yang merangkumi waranti tanpa had jarak selama 5 tahun BMW berserta program  servis berjadual percuma, bantuan tepi jalan BMW, hotline kemalangan, aplikasi mudah alih BMW Group Loyalty+, kad BMW Privileges dan Servis BMW dalam talian.

 

Dengan Balloon Financing Plan yang ditawarkan BMW Group Financial Service Malaysia, BMW 320i Sport boleh dimiliki dengan bayaran ansuran bulanan bermula daripada RM 2,708 (berdasarkan anggaran 80 peratus bagi tempoh pinjaman selama 5 tahun).

Tag:

bmw
BMW 3 Series
BMW 320i Sport
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Ini Dia Harga BMW 320i Sport 2025 - Serendah RM265,800

Selain model X3 baharu, BMW Group Malaysia turut mengumumkan harga rasmi bagi model BMW 320i Sport 2025 yang telah dikemaskini, baru-baru ini.

25-06-2025
Berita Auto

Keupayaan Pengecasan BMW i5 Kini Lebih Canggih.

BMW Malaysia mengumumkan bahawa versi terkini BMW i5 eDrive40 M yang dijual pada harga RM399,800 menerima beberapa penambaikan.

13-03-2024
EV

Ada Berita Baik Untuk Pemilik EV Di Penang

Ada Stesen pengecas EV di Island 88.

09-01-2024
Berita Auto

Rugi Siapa Tak Pergi Malaysia Autoshow 2023

BMW Group Malaysia mengalu-alukan pengunjung menyaksikan barisan modelnya yang sedang dipamerkan di Malaysia Autoshow 2023, MAEPS.

04-05-2023
Berita Auto

BMW XM, SUV Plug-In Hybrid Dengan Kuasa Cecah 735 HP! Model Paling Berkuasa BMW?

Pengeluar kereta Jerman, BMW baru sahaja mendedahkan SUV baharu, BMW XM.

29-09-2022
Berita Auto

BMW X5 M Versi Facelift Dikesan Sedang Diuji Di Nürburgring

Gambar intipan X5 versi facelift yang sedang diuji di litar Nürburgring, Jerman.

15-08-2022
Berita Auto

9 Ciri Kereta Ini Boleh Dilanggan Pengguna BMW Malaysia – Bermula Dari RM40/Bulan!

BMW Malaysia telah memperkenalkan beberapa servis langganan baharu.

15-07-2022
Berita Auto

BMW Akan Kekalkan Transmisi Manual, Permintaan Tinggi

BMW M tidak akan menghentikan pengeluaran kereta dengan transmisi manual.

29-06-2022

Berita Terkini

Kereta Baru

Eksklusif: PROTON X70 Sport Edition Bakal Dilancar, Terhad 600 Unit, Penampilan Paling 'Hot' 2026

Proton X70 Sport Edition Rasmi! Rekaan Lebih Sporty, Hanya 600 Unit Dikeluarkan.

11-04-2026
Kereta Baru

Legasi Litar Kembali: MINI Malaysia Perkenalkan Model Edisi Terhad 1965 Victory & JCW GP Inspired

MINI 1965 Victory & JCW GP Inspired: Harga, Prestasi, & Segala Yang Anda Perlu Tahu.

10-04-2026
Kereta Baru

Kenapa GWM WEY G9 Hi4 PHEV Direka Untuk Hadap "Senario Terburuk"

Adakah GWM Wey G9 Hi4 PHEV, MPV paling selamat.

09-04-2026
Kereta Baru

Mitsubishi Xforce Rasmi Dilancarkan: Harga Bermula RM109k, Rebat RM5,000 & 2,600 Tempahan Direkodkan

Teka-teki mengenai harga SUV kompak paling ditunggu-tunggu tahun ini akhirnya terjawab!

08-04-2026
Kereta Baru

Ini Dia Pencabar Proton X50: Mitsubishi Xforce, Ada 2 Varian - RM109K

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) akhirnya melancarkan secara rasminya Mitsubishi Xforce ke pasaran tempatan sebentar tadi.

08-04-2026
Kereta Baru

MPV Jimat Minyak, Kia Carnival 8 Tempat Duduk Boleh Jalan 900KM Dengan Hanya 1 Tangki

Kia Carnival melancarkan varian baharu lapan tempat duduk yang cukup selesa.

07-04-2026
Kereta Baru

Isuzu D-Max 2026: Ada 9 Varian

Isuzu D-Max ada 9 varian, mana satu pilihan anda?

02-04-2026