Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Bulanan Serendah RM3,078.00 – BMW 3 Series Versi LWB Sudah Boleh Ditempah!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

BMW Group Malaysia, pengedar rasmi BMW, MINI dan kenderaan BMW Motorrad telah merasmikan BMW 330Li M Sport yang pertama pada bulan April tahun ini.






Sedan dengan jarak antara roda yang panjang (long-wheelbase atau LWB) ini ditawarkan pada harga RM277,164.22 tidak termasuk insurans, termasuk pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan yang sah sehinggan akhir tahun ini.  Harga jualannya ialah RM290,284 sekiranya termasuk jaminan selama dua tahun, tanpa had perjalanan dan juga jaminan lanjutan selama lima tahun serta pakej servis.

 

“Besar hati kami untuk memulakan tempahan bagi penambahan terbaharu dalam portfolio kenderaan premium yang dipasang di Malaysia: BMW 330Li M Sport yang pertama. Berdasarkan prestasi yang membanggakan pada separuh pertama 2021 di seluruh dunia, kami percaya bahawa BMW 3 Series model versi LWB yang pertama dipasangkan di Malaysia ini akan terus memberikan kepuasan kepada pelanggan di Malaysia kerana ia membuka ruang kepada pengguna dan peminat BMW untuk merasai pengalaman (memandu kereta) sporty dalam dimensi baharu," ujar Pengarah Pengurusan, Hans de Visser dalam satu kenyataan.

 

Perbezaan yang ketara antara 330Li dan 330i adalah dari segi saiz jarak antara rodanya. Jarak antara roda bagi model terkini ialah  2,961mm yang 110mm lebih panjang daripada yang lain.  Dalam masa yang sama, dengan ketinggian mencecah 1,441mm, 330Li juga ialah 6mm lebih tinggi berbanding 3 Series yang standard. Jika dibandingkan dengan 5 Series, 330Li adalah lebih rendah sebanyak 144mm dari segi kepanjangan dan lebih rendah sebanyak 14mm dari segi jarak antara roda.



BMW 330Li M Sport dikuasakan oleh enjin petrol 4 silinder berpengecas turbo 2.0L yang boleh menjana output berjumlah 254 hp daripada 5,000 ke 6,500 rpm dan berkuasa tork sebanyak 400 Nm pada paras 1,550 ke 4,400 rpm. Kuasa disalurkan kepada roda belakang melalui kotak gear automatik 8 kelajuan dengan pedal penukar gear. 


Berdasarkan maklumat yang dikongsikan BMW, 330Li mampu melakukan pecutan daripada 0 km/j kepada 100 km/j dalam masa hanya 6.2 saat! Kuasa maksimum yang boleh dicapai kereta ini ialah 250 km/j.  Bacaan penggunaan minyak model ini adalah pada kadar 6.4L/100km. Sementara itu, jumlah gas karbon yang dibebaskan pula dicatatkan pada 147g/km.

 Antara ciri menarik yang terdapat pada 300Li ialah pakej M Sport dan M Aerodynamic yang didatangkan dengan roda aloi ringan M bersaiz 18 inci dengan tayar run-flat, kemasan ekzos trapezium dwimuka, serta bampar dan juga skirt sisi yang lebih sporty. Selain itu, kereta ini turut dilengkapi dengan pelbagai ciri menarik lain iaitu ruang but yang berkapasiti 480L, bar lampu di belakang tempat duduk depan yang bersambungan dengan sistem pencahayaan ambien 11 warna, lampu depan LED adaptif, bumbung kaca panoramik, ciri Welcome Light Carpet, upholsteri kulit Vernasca, kerusi pemandu yang boleh  dilaraskan secara automatik serta lengkap dengan fungsi memori, pengecas tanpa wayar Qi, BMW Live Cockpit Professional dengan paparan instrumen digital 12.3 inci dan juga skrin sentuh tengah bersaiz 10.25 inci. Untuk sistem audionya pula, model ini dilengkapi sistem 10 speaker, 205 watt.



Di samping itu, 330Li juga turut memiliki  sistem kemasukan tanpa kunci dengan  butang penghidup enjin, kawalan iklim automatik tiga zon, cermin pandang belakang dengan ciri malap automatik, lampu auto, pengelap cermin auto, kawalan pelayaran pasif, bantuan parkir, bantuan undur, kamera undur belakang, brek kecemasan autonomi, bantuan kekal lorong, pemantauan titik buta, amaran pra-pelanggaran, amaran lintasan trafik dan pencegah pelanggaran belakang.

Pemilik BMW 330Li M Sport boleh berinteraksi secara digital melalui aplikasi My BMW yang menggantikan aplikasi BMW Connected.

 

BMW 330Li M Sport ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Mineral White dan Carbon Black. Sementara ruang kabinnya pula tampil eksklusif dengan warna Mocha dan jahitan berwarna hitam.

 

BMW 330Li M Sport sudah mula ditawarkan di pusat-pusat pengedaran BMW di seluruh negara pada 16 Julai, 2021.  Namun, disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan, semua premis pengedaran tidak dibuka. Sekiranya berminat, anda boleh melayari BMW Shop Online Platform di shop.bmw.com.my.

 

Sebagai info, BMW Group Financial Services Malaysia menawarkan pelan pembiayaan Balloon Financing Plan. Melalui pelan ini, BMW 330Li M boleh dimiliki dengan bayaran bulanan serendah RM3,078.00 sahaja, berdasarkan anggaran pinjaman sebanyak 80 peratus selama lima tahun.

Gallery

Tag:

BMW Malaysia
BMW 330Li M Sport
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

19-01-2026
Berita Auto

15-01-2026
Kereta Baru

20-06-2025
Berita Auto

06-03-2025
Pandu Uji

13-02-2025
Berita Auto

16-01-2025
Kereta Baru

16-01-2025
Berita Auto

28-11-2024

Berita Terkini

Kereta Baru
Eksklusif: PROTON X70 Sport Edition Bakal Dilancar, Terhad 600 Unit, Penampilan Paling 'Hot'  2026

Eksklusif: PROTON X70 Sport Edition Bakal Dilancar, Terhad 600 Unit, Penampilan Paling 'Hot' 2026

Proton X70 Sport Edition Rasmi! Rekaan Lebih Sporty, Hanya 600 Unit Dikeluarkan.

11-04-2026
Kereta Baru
Legasi Litar Kembali: MINI Malaysia Perkenalkan Model Edisi Terhad 1965 Victory & JCW GP Inspired

Legasi Litar Kembali: MINI Malaysia Perkenalkan Model Edisi Terhad 1965 Victory & JCW GP Inspired

MINI 1965 Victory & JCW GP Inspired: Harga, Prestasi, & Segala Yang Anda Perlu Tahu.

10-04-2026
Kereta Baru
Kenapa GWM WEY G9 Hi4 PHEV Direka Untuk Hadap "Senario Terburuk"

Kenapa GWM WEY G9 Hi4 PHEV Direka Untuk Hadap "Senario Terburuk"

Adakah GWM Wey G9 Hi4 PHEV, MPV paling selamat.

09-04-2026
Kereta Baru
Mitsubishi Xforce Rasmi Dilancarkan: Harga Bermula RM109k, Rebat RM5,000 & 2,600 Tempahan Direkodkan

Mitsubishi Xforce Rasmi Dilancarkan: Harga Bermula RM109k, Rebat RM5,000 & 2,600 Tempahan Direkodkan

Teka-teki mengenai harga SUV kompak paling ditunggu-tunggu tahun ini akhirnya terjawab!

08-04-2026
Kereta Baru
Ini Dia Pencabar Proton X50: Mitsubishi Xforce, Ada 2 Varian - RM109K

Ini Dia Pencabar Proton X50: Mitsubishi Xforce, Ada 2 Varian - RM109K

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) akhirnya melancarkan secara rasminya Mitsubishi Xforce ke pasaran tempatan sebentar tadi.

08-04-2026
Kereta Baru
MPV Jimat Minyak, Kia Carnival 8 Tempat Duduk  Boleh Jalan 900KM Dengan Hanya 1 Tangki

MPV Jimat Minyak, Kia Carnival 8 Tempat Duduk Boleh Jalan 900KM Dengan Hanya 1 Tangki

Kia Carnival melancarkan varian baharu lapan tempat duduk yang cukup selesa.

07-04-2026
Kereta Baru
Isuzu D-Max 2026: Ada 9 Varian

Isuzu D-Max 2026: Ada 9 Varian

Isuzu D-Max ada 9 varian, mana satu pilihan anda?

02-04-2026