Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Dibina Dengan Teknologi Tercanggih, E-Trenpacu Generasi Terkini BMW iX & i4

Sofea Najmi

Kongsi melalui

BMW sedang bersedia untuk melancarkan model elektrik sepenuhnya iaitu BMW iX dan i4 dengan e-trenpacu yang dihasilkan menggunakan teknologi tercanggih yang dibangunkan oleh BMW sendiri.

Penghasilan e-trenpacu yang canggih dengan teknologi yang terkini ini didorong oleh semangat dan keinginan syarikat untuk meletakkan jenama BMW di hadapan berbanding pesaing yang lain. 

Dua model elektrik baharu BMW ini menggunakan bateri bervoltan tinggi dan juga modul bateri generasi kelima yang menggunakan teknologi tercanggih yang wujud.

Selain pemasangan e-trenpacu yang baru sahaja bermula bagi BMW iX dan i4, kilang turut sedang berusaha untuk menghasilkan unit kuasa yang sama bagi iX3 sejak tahun 2020. 

E-trenpacu yang dibina dengan menggunakan teknologi eDrive BMW generasi kelima ini membolehkan output unit pacuan, kandungan tenaga dan bateri yang bervoltan tingginya memiliki skala yang fleksibel.   

Ini bermaksud, sistem e-trenpacu baharu boleh dilaraskan dan ditala supaya dapat disesuaikan dengan varian model yang berbeza-beza. 

Setiap kenderaan menggunakan sehingga dua e-pacuan yang memiliki tahap integrasi yang tinggi, yang menggabungkan motor elektrik, kuasa elektronik dan transmisi dalam satu perumah yang sama.  

Yang menariknya, berdasarkan prinsip reka bentuk  current-excited rotor, e-trenpacu generasi kelima tidak memerlukan sebarang material yang diklasifikasikan sebagai logam nadir bumi. 

Sebagai contoh, modul baterinya dihasilkan daripada sel bateri prismatik yang dibuat di setiap kilang pengeluaran BMW  Group.

Sistem modular yang dihasilkan ini membolehkan bateri bervoltan tinggi bagi model khusus ini untuk dihasilkan dalam susunan yang fleksibel. 

BMW sebenarnya telah menjangkakan permintaan bagi kereta elektrik meningkat pada masa akan datang. 

Syarikat telah mengumumkan pelaburan mencecah 500 juta euro (kira-kira RM2,471,837,913) dalam usaha untuk memperluaskan kilang mereka yang berlokasi di Dingolfing.

Dengan cara ini, kilang akan memiliki kapasiti untuk menghasilkan lebih daripada 50,000 e-pacuan bermula daripada tahun depan.

Selain kilang Dingolfing, kilang di lokasi lain juga akan melalui proses penaiktarafan iaitu di Leipzig, Regensburg dan Steyr. 

Kesemua lokasi yang dinyatakan menerima suntikan pelaburan mencecah 200 juta euro (kira-kira RM988,631,352).

Secara ringkasnya, kesemua pengeluaran standard bagi BMW iX akan dilakukan di kilang BMW Group Dingolfing, sementara itu BMW i4 pula di Munich pada musim luruh. 

"Kami menganggarkan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada kenderaan yang akan dihantar kepada pelanggan ialah kereta elektrik menjelang tahun 2030. Bagi mencapai sasaran ini, kami bergantung kepada kepakaran dalaman (untuk menghasilkan)  trenpacu. Kami sedang meningkatkan kapasiti penghasilan trenpacu di lokasi sedia ada seperti di Dingolfing dan juga meningkatkan kemampuan di lokasi lain iaitu Regensburg and Leipzig,” kata Naib Presiden Pengeluaran Enjin & E-Pacuan BMW Group, Michael Nikolaides.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto
Susulan Tragedi Pokok Tumbang: DBKL Pergiat Kerja Mitigasi di 6 Lokasi Utama

Susulan Tragedi Pokok Tumbang: DBKL Pergiat Kerja Mitigasi di 6 Lokasi Utama

Isu Pokok Tumbang di KL: Ini 6 Lokasi Fokus Kerja Mitigasi DBKL Minggu Ini.

21-07-2026
Berita Auto
Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.

21-07-2026
Berita Auto
Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru

21-07-2026
Berita Auto
Projek Stesen Sentral Seremban RM100 Juta Dijangka Siap Mac Depan — Anthony Loke
Berita Auto
smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Tragedi Jalan Tun Razak: Lelaki Maut, 7 Sekeluarga Termasuk Bayi Trauma Dihempap Pokok Tumbang Berusia 19 Tahun
Berita Auto
PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto
iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026