- Berita
- Kereta Baru
- Emgrand Akan Terlibat Dalam Sukan Asia 2022?
Geely Auto merupakan jenama milik persendirian terbesar di China melancarkan kenderaan generasi keempat Emgrand baru-baru ini.
Jentera itu turut dipilih sebagai kenderaan rasmi sempena Sukan Asia 2022 yang akan diadakan di Hangzhou, China.
Untuk makluman anda, kereta sedan Emgrand dilancarkan pada tahun 2008 dan menjadi salah satu jualan bulanan kereta sedan yang terbaik apabila ia mampu dijual 20,000 unit sejak model itu dikeluarkan.
Kenderaan generasi keempat itu dibangunkan oleh Seni Bina Modular segmen- B Geely Auto (BMA) yang turut digunakan oleh Geely Coolray (Geely Bin Yue in China), Binray (Geely Bin Rui in China)dan Geely ICON SUV.
Berkongsi semangat kejuaraan, Geely Auto yang merupakan penganjur temasya Sukan Asia itu akan mengadakan lawatan ke 10 bandar di seluruh China bagi mempromosikan temasya berkenaan.
Sukan Asia itu dijangka akan bermula pada September tahun hadapan.
“Semangat kejuaraan ini bukan sahaja untuk sukan dunia tetapi ia juga diikitiraf oleh Geely Auto dimana kami akan terus menembusi sempadan dalam usaha untuk memberikan pengalaman pengguna yang lebih baik kepada pengguna global kami.
“Kami yakin bahawa kenderaan generasi keempat ini, Emgrand akan mewakili Geely Auto terutamanya dari segi kualiti, teknologi dan pengalaman,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Geely Auto Group, Gan Jiayue.
Emgrand menjadi elemen penting buat portfolio Geely Auto sejak 10 tahun lalu, baik untuk China mahupun luar negara iaitu sebagai produk yang sangat kompetitif.
Bagaimanapun, pelancaran rasmi model Emgrand yang baharu akan diumumkan hanya dalam beberapa minggu lagi.
Jangan lupa kongsikan pendapat anda di bawah ruangan ini! Apakah pendapat anda tentang sedan generasi keempat ini?
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari