Link Copiedcheck_circle
Global

Geely Starry EM-i Catat Rekod Dunia – Jimat Minyak, Hanya 3.83L/100 KM!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Starray-EM-i-Australia-4.jpg


Gergasi automotif China, Geely Auto, secara rasmi telah ‘memahat’ nama dalam Guinness World Record selepas model Starray EM-i berjaya menamatkan pemanduan pesisir pantai dari Sydney ke Melbourne dengan catatan penggunaan bahan api luar biasa, iaitu hanya 3.83L/100 km. 


Pencapaian yang direkodkan pada 9 dan 10 Disember 2025 ini diiktiraf sebagai penggunaan bahan api terendah pernah dicatatkan oleh sebuah SUV jenis hibrid plug-in (PHEV) versi pengeluaran. Rekod dunia ini membuktikan dakwaan Geely bahawa model ini  yang juga dikenali sebagai EX5 EM-i, mampu memberikan penjimatan tahap penggunaan bahan api dalam dunia sebenar yang cukup mengagumkan. 


Mengapa Ujian Pemanduan Di Australia Ini Dianggap Lebih Relevan?

THUMB-CariCarz.jpg


Berbeza dengan angka ‘atas kertas’ daripada ujian makmal, Geely memilih laluan jalan raya awam jarak jauh yang mencerminkan cara pemanduan harian sebenar.


Laluan pesisir pantai ini merangkumi lebuh raya, laluan bandar yang sesak, perubahan ketinggian (bukit-bukau) dan cuaca musim panas.


Jarak antara Sydney ke Melbourne menyerupai perjalanan antara bandar yang biasa dilakukan di seluruh dunia, ini secara tidak langsung memudahkan pengguna untuk menilai prestasi sebenar kenderaan tersebut.


Apakah Rahsia Di Sebalik Penjimatan Luar Biasa Sistem EM-i Ini?

web_KS_Proton-eMAS-7-PHEV_Proton-Tech-Showcase-2025_-2-full.jpgweb_KS_Proton-eMAS-7-PHEV_Proton-Tech-Showcase-2025_-3-full.jpg


Kunci utama kejayaan ini terletak pada teknologi EM-i Super Hybrid Geely yang direka untuk ‘melenyapkan’ rasa bimbang pemandu tentang penggunaan minyak yang tinggi apabila cas bateri rendah.


Paduan enjin hibrid berprestasi tinggi dengan unit pacuan elektrik 11-dalam-1 menjamin prestasi yang konsisten, sama ada menggunakan elektrik, petrol atau gabungan kedua-duanya.


Bagaimana Sambutan Terhadap Model Ini Di Peringkat Global?


Di Australia, Starray EM-i melonjak menjadi model PHEV kedua paling laris dalam masa hanya sebulan selepas dilancarkan. Kini, model ini mula menembusi pasaran New Zealand, Eropah, Afrika Selatan dan Indonesia. 


Adakah Teknologi Rekod Dunia Ini Akan Digunakan Pada Proton e.MAS 7?

web_KS_Proton-eMAS-7-PHEV_Proton-Tech-Showcase-2025_-17-full.jpg


Bagi peminat automotif Malaysia, pencapaian yang dibuat sangat penting untuk kita tahu memandangkan Proton e.MAS 7 PHEV yang baru sahaja dipertontonkan di Proton Tech Showcase 2025 adalah kembar versi pemanduan sebelah kanan (RHD) bagi model dengan platform Geely sama ini.


Prototaip e.MAS 7 PHEV yang dipamerkan dengan pelekat samaran  di acara tersebut, mempunyai reka bentuk yang hampir serupa dengan Starray, namun dengan sedikit perubahan teknikal pada sistem hibridnya. 


Model Proton ini dijangka menggunakan sistem Geely NordThor 2.0 PHEV yang menggabungkan enjin 1.5 liter petrol, motor elektrik, transmisi hibrid khas serta pek bateri Short Blade.


 Apakah Yang Rakyat Malaysia Boleh Jangkakan?

web_KS_Proton-eMAS-7-PHEV_Proton-Tech-Showcase-2025_-22-full.jpg


Walaupun perincian spesifikasi dan tarikh pelancaran masih belum dimuktamadkan oleh Proton, kaitan teknikal antara kedua-dua model ini dapat dilihat dengan jelas.


Rekod dunia yang dicapai oleh Geely Starray EM-i menjadi ‘penunjuk’ bahawa Proton e.MAS 7 PHEV dijangka akan muncul sebagai sebuah SUV berprestasi tinggi tanpa mengabaikan aspek kecekapan bahan api yang luar biasa.

Juga Menarik: SPYSHOT: Proton e.MAS 7 PHEV Sedang Diuji, Bakal Dilancar Tahun Depan?

Tag:

Geely Auto
Guinness World Records
Geely Starray EM-i
EX5 EM-i
EM-i Super Hybrid Geely
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV
EV Premium Harga Marhaen:  Ini 6 Fakta Penting Smart #1, EV Yang Bakal Dilancarkan Di Malaysia

EV Premium Harga Marhaen: Ini 6 Fakta Penting Smart #1, EV Yang Bakal Dilancarkan Di Malaysia

Smart #1 bakal masuki pasaran Malaysia, ini 6 fakta penting mengenai EV kompak premium mampu milik ini.

18-08-2022
Global
Geely Emgrand 2022 Masuki Pasaran Filipina, Harga RM60K-70K

Geely Emgrand 2022 Masuki Pasaran Filipina, Harga RM60K-70K

Sedan generasi ke-4, Geely Emgrand, telah memasuki pasaran Filipina.

29-03-2022
Kereta Baru
Geely Boyue X Baharu Diperkenalkan, Tampil Dengan Teknologi Lebih Baik

Geely Boyue X Baharu Diperkenalkan, Tampil Dengan Teknologi Lebih Baik

Bagi memperkukuhkan lagi kedudukan sebagai peneraju segmen, Geely Auto telah memperkenalkan SUV kompak pintar yang baharu, Boyue X.

25-11-2021
Berita Auto
Lynk & Co Bakal Melebarkan Sayap Ke Negara Malaysia

Lynk & Co Bakal Melebarkan Sayap Ke Negara Malaysia

, Lynk & Co telah mengesahkan bahawa syarikat mereka akan mula bertapak di negara Malaysia.

16-11-2021
Kereta Baru
Sedan Generasi Keempat  Ini  Dibina Di Atas Platform BMA

Sedan Generasi Keempat Ini Dibina Di Atas Platform BMA

Geely Auto memperkenalkan Emgrand sedan generasi keempat baru-baru ini.

29-09-2021
Berita Auto
Bekas Pengarah Rekaan Bentley, Stefan Sielaff Kini Naib Presiden Rekaan Global Geely!

Bekas Pengarah Rekaan Bentley, Stefan Sielaff Kini Naib Presiden Rekaan Global Geely!

Geely Auto Group, atau lebih dikenali sebagai Geely telah melantik Stefan Sielaff sebagai Naib Presiden Rekaan Global syarikat.

10-09-2021
Kereta Baru
Emgrand Akan Terlibat Dalam Sukan Asia 2022?

Emgrand Akan Terlibat Dalam Sukan Asia 2022?

Geely Auto merupakan jenama milik persendirian terbesar di China melancarkan kenderaan generasi keempat Emgrand baru-baru ini.

29-07-2021
Berita Auto
Vision Starburst Daripada Geely Auto: Reka Bentuk Berkonsepkan Alam Semesta? Wow!

Vision Starburst Daripada Geely Auto: Reka Bentuk Berkonsepkan Alam Semesta? Wow!

Geely Auto memperkenalkan Vision Starburst yang sememangnya futuristik.

30-06-2021

Berita Terkini

Global
Ini Dia Trak PHEV Pertama Chery, Rely P3X

Ini Dia Trak PHEV Pertama Chery, Rely P3X

Chery Automobile akan melancarkan trak pikap PHEV diesel pertamanya, Chery Rely P3X di Australia pada suku keempat tahun ini.

26-02-2026
Global
Kabin Leapmotor A10 Didedahkan – Model Global Ini Jelas Canggih & Sarat Ciri Praktikal

Kabin Leapmotor A10 Didedahkan – Model Global Ini Jelas Canggih & Sarat Ciri Praktikal

Leapmotor A10 kini sudah boleh ditempah di China sebelum pelancaran rasminya bulan depan. Apa yang menarik sangat dengan SUV ini?

26-02-2026
Global
Nio ES9 Bakal Dilancar, Harga Belum Didedahkan!

Nio ES9 Bakal Dilancar, Harga Belum Didedahkan!

SUV Nio ES9 Flagship bakal dilancarkan secara rasminya pada Mei nanti.

26-02-2026
Global
Lotus Emira Turbo Bathurst Edition Paling Berkuasa, Hanya Untuk Pasaran Australia, Ada 15 Unit

Lotus Emira Turbo Bathurst Edition Paling Berkuasa, Hanya Untuk Pasaran Australia, Ada 15 Unit

Pengedar Lotus di Australia, Simply Sports Cars telah membangunkan Lotus Emira edisi terhad, Emira Turbo Bathurst Edition yang dikatakan antara Lotus Emira paling berkuasa.

25-02-2026
Global
Nissan Kicks 2026 Versi Facelift ‘Make-Up Tebal’ Bakal Tiba Di Thailand

Nissan Kicks 2026 Versi Facelift ‘Make-Up Tebal’ Bakal Tiba Di Thailand

Nissan Kicks e-Power facelift (P15) dilaporkan bakal dilancarkan secara rasmi di Thailand pada Mac ini.

25-02-2026
Global
MG Cipta Rekod, Jual Lebih 1 Juta Kereta Di Pasaran Eropah, UK

MG Cipta Rekod, Jual Lebih 1 Juta Kereta Di Pasaran Eropah, UK

enama MG milik SAIC telah menjadi jenama kereta pertama China yang mencapai jualan terkumpul melebihi satu juta kenderaan di Eropah dan UK.

24-02-2026
Global
Tata Punch EV Facelift 2026 Dilancar, Harga Marhaen, Tapi Bateri Dijual Asing

Tata Punch EV Facelift 2026 Dilancar, Harga Marhaen, Tapi Bateri Dijual Asing

Tata Motors melancarkan secara rasminya, Punch EV Facelift 2026, ke pasaran tempatan, baru-baru ini.

24-02-2026
Global
Peminat G-Class Kena Bersabar! Pelancaran Versi 'Baby' Ditunda Ke 2027 – Sedang Diuji

Peminat G-Class Kena Bersabar! Pelancaran Versi 'Baby' Ditunda Ke 2027 – Sedang Diuji

Imej intipan terbaru mendedahkan bahawa Mercedes-Benz kini sedang giat menguji model yang digelar sebagai ‘baby G-Class’.

23-02-2026