Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Ini Perkara Penting Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Keluar Rumah Esok Pagi!

Suhana Veru

Kongsi melalui


Jangan lupa! Bermula esok hanya seorang wakil keluarga dibenarkan keluar rumah  untuk membeli keperluan asas.

Itupun, anda hanya boleh bergerak dalam lingkungan radius 10 kilometer (km) dari kediaman masing-masing.


Untuk makluman anda, perintah kawalan ini hanya dikenakan ke atas beberapa mukim di Kuala Lumpur dan Selangor gara-gara ia menunjukkan trend jangkitan Covid-19 yang agak tinggi sejak kebelakangan ini.

Buat masa ini, Selangor mencatatkan rekod antara 1,800 ke 1,900 kes manakala purata kes harian di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pula  merekodkan  600 ke 1,000 kes.

Oleh itu, kerajaan memutuskan untuk melaksanakan PKPD di lapan daerah dalam Selangor yang membabitkan 34 buah mukim manakala, sebanyak 14 lokaliti di Kuala Lumpur turut dikenakan PKPD.


Arahan tersebut berkuatkuasa selama 14 hari bermula esok sehingga 16 Julai ini.

“Bermula esok orang ramai juga  dinasihatkan supaya tidak melakukan sebarang pergerakan yang tidak perlu selepas pukul 8 malam kecuali untuk kes kecemasan atau mendapat kelulusan dari pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM),” kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan semalam.


Tambah beliau, semua  laluan kawasan PKPD akan ditutup dan dikawal ketat oleh  PDRM mulai tengah malam ini.


Jadi, jalankan tanggungjawab kita , duduklah di rumah dan jika terpaksa keluar rumah atas urusan, penting atau kecemasan, patuhi segala prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. 


Namun apa yang menjadi persoalannya, adakah langkah yang diambil ini berupaya melandaikan lengkuk jangkitan Covid-19  menerusi PKPD yang lebih ketat?

Nantikan hasil keputusan Covid di kedua-dua negeri ini selepas tempoh dua minggu nanti!


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Susulan Tragedi Pokok Tumbang: DBKL Pergiat Kerja Mitigasi di 6 Lokasi Utama

Isu Pokok Tumbang di KL: Ini 6 Lokasi Fokus Kerja Mitigasi DBKL Minggu Ini.

21-07-2026
Berita Auto

Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.

21-07-2026
Berita Auto

Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru

21-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026